Little Bloomers Speech Therapy Centre

Little Bloomers Speech Therapy Centre Menyediakan perkhidmatan terapi pertuturan & carakerja bertauliah untuk sesi individu & kumpulan.

“Anak Tak Boleh Duduk Lama = Tak Sesuai Jumpa Speech Therapist?”Ramai parents share perkara ini pada kami… dan sebenarny...
17/11/2025

“Anak Tak Boleh Duduk Lama = Tak Sesuai Jumpa Speech Therapist?”

Ramai parents share perkara ini pada kami… dan sebenarnya, ini salah faham yang masih berlaku sehingga kini.

Sebagai terapis, kami bertanggungjawab untuk betulkan maklumat yang kurang tepat — supaya anak-anak tidak terlepas intervensi awal. ❤️

Di Little Bloomers, anak yang:
✔ sangat aktif
✔ cepat bosan
✔ sensory seeking
✔ s**a melompat atau berlari
✔ impulsive & susah fokus
✔ non-speaking / speech delay

… semua ini BUKAN alasan untuk tunggu.
Ini tanda-tanda awal yang perlu diberi intervensi segera.

---

💛 Speech Therapy bukan hanya duduk diam di meja.

Kami guna:
✨ play-based therapy
✨ aktiviti movement
✨ pendekatan sensory–social
✨ strategi regulate sebelum belajar
✨ AAC / gestures / picture choices

Kami ikut anak.
Kami adjust aktiviti ikut tenaga & sensory profile mereka.
Kami tak paksa duduk — kami bina engagement dulu.

---

💬 Jika anak puan aktif & susah fokus…

di situlah terapi sepatutnya bermula.
Bukan ditangguhkan. 🤍

---

📞 Untuk pertanyaan & slot sesi:
010-787 0836

📩 DM kami untuk konsultasi awal.
🌼 Little Bloomers Speech Therapy Centre, Alor Setar.

15/11/2025

🥚 Egg Sandwich Day di Little Bloomers! 🥪✨

Anak-anak di Little Bloomers semua berbeza dan unik tau.

Ada yang baru nak mula explore, ada yang dah boleh ikut step, ada yang dah pandai buat sendiri.

Tapi yang bestnya… 1 aktiviti simple macam ni pun boleh masuk untuk semua level!
Kita cuma adjust goal & bantuan ikut kemampuan masing-masing 💛

🧡 Yang masih takut pegang – kita bagi masa, bagi bau dulu, sentuh sikit-sikit.
💛 Yang dah berani cuba – mash telur, sapu mayo, sebut nama bahan.
💚 Yang dah confident – buat sandwich sendiri, dari mula sampai siap!

Paling seronok bila tengok muka bangga mereka bila boleh makan hasil sendiri 🥹💛
Aktiviti simple je… tapi progress mereka besar.

Di Little Bloomers, kita ada banyak pilihan sesi supaya anak dapat support yang sesuai:
✔️ 1 to 1 session
✔️ Playgroup
✔️ EIP
✔️ Intensive 3M

By the way, ptg ni ada playgroup tau. Kita buat aktiviti Egg Sandwich dgn kumpulan besar.

Kalau ibu ayah nak anak join aktiviti macam ni,

📩 WhatsApp ja kami — kami happy nak guide! ✨/

08/11/2025

🌟 AAC vs PECS – Mana sesuai untuk anak kita? 🌟

Bila anak s**ar bercakap, kita boleh bantu mereka komunikasi melalui alat bantu:

🔹 PECS (Picture Exchange Communication System)

Gunakan kad gambar untuk bertukar dan dapat apa yang mereka mahu.

Fokus awal: permintaan (requesting).

Low-tech sahaja.

🔹 AAC (Augmentative & Alternative Communication)

Semua jenis PECS termasuk di dalam AAC, tapi AAC lebih luas & fleksibel.

Boleh guna kad gambar, buku, atau tablet/app.

Boleh bantu anak minta, bertanya, nyatakan emosi, dan bercerita.

💡 Pilihan kami? AAC!

Sebab fungsi komunikasi lebih pelbagai.

Boleh berkembang ikut kemahiran anak.

Anak dapat ekspres diri dengan lebih yakin dan gembira.

✨ Tip: Mulakan dengan apa yang mudah & anak s**a, kemudian tambah simbol/ayat baru secara berperingkat.

📌 Nak tahu lebih banyak tip & contoh penggunaan AAC di rumah?
➡ Follow kami & share pengalaman anak anda juga!

08/11/2025

🌟 Apa itu AAC & kenapa ia penting? 🌟

AAC (Augmentative & Alternative Communication) ialah alat komunikasi untuk anak yang s**ar bercakap. Ia boleh jadi buku gambar, apps di tablet, atau isyarat tangan. 💬✨

Kebaikannya:

Boleh beritahu apa yang mereka nak & rasa 🌱

Meningkatkan verbal speech bagi anak non-speaking 😍

Kurangkan frustrasi & lebih yakin untuk berinteraksi ❤️

Belajar bahasa & sosial sambil seronok bermain 🖍️📱

💡 Tip: Mulakan dengan langkah kecil, sokongan konsisten, dan banyak pujian!

✨ Follow untuk lebih banyak sharing & tips AAC!

07/11/2025

Selamat Pagi Jumaat! 🌸✨

Jumaat ni memang penuh keberkatan, jom kita mulakan hari dengan hati yang bersyukur dan semangat baru. 💛

Untuk semua ibu ayah yang tengah usaha bantu anak-anak dalam pertuturan dan komunikasi, ingat ya… setiap langkah kecil tu sebenarnya pencapaian besar! 🌱💬

Teruskan berdoa, berusaha, dan beri yang terbaik. Semoga hari ni penuh kebaikan, kejayaan, dan senyuman untuk semua. 🙏💖

‼️PERINGATAN WABAK INFLUENZA 📢‼️Ibu bapa/penjaga yang dihormati,Mohon semua ibu bapa pantau kesihatan anak-anak dan ambi...
12/10/2025

‼️PERINGATAN WABAK INFLUENZA 📢‼️

Ibu bapa/penjaga yang dihormati,

Mohon semua ibu bapa pantau kesihatan anak-anak dan ambil langkah pencegahan berikut:

😷 Tutup mulut & hidung bila batuk/bersin
🧼 Kerap cuci tangan
😷 Pakai pelitup muka jika bergejala
💉 Dapatkan vaksin influenza di klinik

*Tanda-tanda Influenza:*
🤒 Demam, selesema, batuk, sakit tekak, sakit kepala atau sakit badan
⚠️ Jika anak bergejala, bawa segera ke klinik/hospital untuk rawatan.

✨ Throwback Sambutan Hari Malaysia 2025 🇲🇾 ✨Alhamdulillah, Little Bloomers berpeluang menyertai Program Sambutan Hari Ma...
17/09/2025

✨ Throwback Sambutan Hari Malaysia 2025 🇲🇾 ✨

Alhamdulillah, Little Bloomers berpeluang menyertai Program Sambutan Hari Malaysia 2025 di perkarangan Masjid Al-Islah, Alor Mengkudu 🌸.

Suasana sangat meriah dengan pelbagai pertandingan, jualan Rahmah, senaman pagi & pemeriksaan kesihatan percuma.

Kami di Little Bloomers turut membuka booth pameran interaktif untuk berkongsi tentang terapi pertuturan, playgroup & program intervensi awal. 🎉

Terima kasih kepada semua ibu bapa & anak-anak yang singgah di booth kami, mencuba aktiviti serta membawa pulang info bermanfaat 💕.

Semoga usaha kecil ini memberi inspirasi & kesedaran tentang pentingnya perkembangan awal kanak-kanak. 🌈

🇲🇾✨ Hari ni Malaysia Theme Playgroup di Little Bloomers! Stay tuned ⏰ 6/9/25 @ 2.30 ptg – 4.00 ptg📍 Little Bloomers Spee...
06/09/2025

🇲🇾✨ Hari ni Malaysia Theme Playgroup di Little Bloomers! Stay tuned

⏰ 6/9/25 @ 2.30 ptg – 4.00 ptg
📍 Little Bloomers Speech Therapy Centre

Aktiviti best untuk anak-anak:
🎶 Nyanyi lagu-lagu Malaysia
📖 Storytelling merdeka vibes
🎨 Craft bertema Malaysia
🧁 Cupcake Decoration ala Merdeka

Mari kita sambut suasana merdeka dengan cara yang fun & colourful! 🥳💕

Bagi yang dah mendaftar, jumpa ptg nanti 😉

Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M dari kami Little Bloomers Speech Therapy Centre.
05/09/2025

Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M dari kami Little Bloomers Speech Therapy Centre.


Address

No 28, KG GANDING, Jalan ALOR MENGKUDU
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 13:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Little Bloomers Speech Therapy Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Little Bloomers Speech Therapy Centre:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram