03/05/2024
Bila sebahagian mak kata rasa takut nak buat bunyi ‘shhh…’ untuk cuba tenangkan & tidurkan anak lepas baca kes viral ni, dalam hati saya rasa macam:
Memang sebahagian orang, makin moden dunia jadi makin malas berfikir elok ya?
Yes, syaitan sentiasa ada+ ada dimana-mana + ada bersama setiap dari kita:
Aisyah pernah bertanya, "Apakah syaitan menyertai setiap orang?" pertanyaan tersebut diulang benarkan oleh Rasulullah SAW.
"Apakah ia besertamu juga?"
"Benar," Lalu, Rasulullah SAW menyambung, "Tetapi Rabbku menolongku dalam menghadapinya, sehingga aku bisa selamat (dari keburukan & kejahatan syaitan)," (HR Muslim).
Maka, sebab tu agama telah siap-siap memberi panduan untuk kita mendinding dan melindungi diri dari gangguan syaitan antaranya seperti: memperbanyakkan solat, zikir dan membaca quran dalam rumah serta amalkan doa masuk rumah.
Pemilik cerita asal, mengaku dah mengalami beberapa gangguan SEJAK SEBELUM insiden mendodoi anak sambil ‘shhhing’ ni. Saya petik ayat beliau sendiri : “…merasakan rumahnya menjadi tumpuan makhluk halus sejak dia menimang cahaya mata”
Cerita penuh tuan badan dicampak tepi, tiba-tiba yang ramai netizen fokus buat kesimp**an ialah ‘tak elok shhhing’ anak…😒 Dulu masa sekolah, kertas pemahaman Bahasa Melayu anda gagal ke? 😏
Kalau hujah yang netizen pakai ialah tak elok buat bunyi ‘shhh’ sebab takut syaitan mengikut buat bunyi ‘shhh’ maka saya nak sebut , syaitan boleh buat lebih dari mengikut bunyi ‘shhh’ bila dia memilih nak munculkan kehadirannya. Nak menjelma menyerupai makhluk lain pun syaitan mampu. So tak perlu nak memasal tiba-tiba kata tak elok ‘shhh’ anak JIKA ALASANNYA CUMA TAKUT SYAITAN MENGIKUT.
Berkenaan netizen yang sebut LEBIH BAIK selawat dan zikir daripada buat bunyi ‘shhh’. Yes, jika ‘lebih baik’ itu dinilai dari sudut mendapat pahala dan rahmat Allah, saya AMAT setuju.
Tapi jika yang mahu dinilai itu ialah dalam bab nak bantu mudahkan dan cepatkan anak tenang dan tidur, maka bab JENIS BUNYI ini BOLEH DIPERDEBATKAN.
Saya bantu bagi fakta tentang jenis bunyi yang cepat aktifkan reflek tenang anak kecil ⬇️⬇️⬇️
Oleh kerana bayi manusia telah duduk 9 bulan dalam rahim mendengar bunyi rahim TANPA HENTI dimana bunyi rahim itu mirip bunyi ‘wooshing’ (ibarat alunan air deras/angin kuat) dengan kekuatan rahim mencecah 70db, maka ia punca ramai bayi NEWBORN TERUTAMANYA, lebih cepat tenang bila kita meniru bunyi ‘woooshing’ rahim itu iaitu dengan membuat bunyi ‘shhhh’ (guna mulut) yang bertenaga dan beralun.
Ia punca kaunselor tidur bayi dan ramai pakar tidur mencadang memasang bunyi ‘white noise’ dari jenis ala rahim/shhing/beralun untuk bantu bayi NEWBORN terutamanya, lena.
Adakah ini bermaksud kami tak bagi pasang zikir dan quran untuk tenangkan dan tidurkan anak? Adakah ini bermaksud kami kata zikir dan quran tak bagus?
TIDAK❌❌❌
Saya cuma berikan fakta kenapa ramai bayi s**a bunyi berunsur ‘shhh’ . Tu saja. Tugas saya sampaikan ilmu.
REALITINYA, ada sebahagian parents yang mengaku pernah memasang bunyi Quran namun gagal bantu anak lena ,tapi bila mereka tukar dengan bunyi ala rahim/ wooshing /shhhing ini, nampak lebih berkesan.
Lalu mereka tanya sebabnya.
Maka saya bantu berikan jawapannya iaitu jawapan yang sama telah saya berikan diatas.
DAN, saya tambah lagi fakta ilmu ya, sensori (deria) anak kecil masih sedang berkembang, maka,oleh kerana bacaan Quran atau zikir itu mempunyai kelajuan bacaan dan kenyaringan suara yang berbeza, ia boleh jadi punca mengapa SEBAHAGIAN bayi ‘kurang s**a’.
Tak terhad kepada bacaan quran dan zikir saja ya, apa-apa bunyi dengan dinamik (turun naik nada & rentak) yang besar, ia boleh buat sebahagian anak kecil ‘struggle’ nak proses.
Ada juga ibu yang tanya, jika mereka biasakan dengarkan anak dalam kandungan dengan Quran, ada ‘chance’ tak anak prefer bunyi quran dari white noise?
Saya sebut: silakan berusaha. Ia usaha yang bagus. Saya tak boleh jawab adakah anak akan s**a atau tak, namun yang saya boleh jawab ialah, bunyi apa pun yang kita biasa perdengarkan kepada anak dalam kandungan, ia tak akan boleh lawan JUMLAH MASA anak mendengar bunyi wooshing rahim setiap saat, 24/7.
Ini soal sensori anak yang berkembang,
Ini soal fakta bunyi pertama yang meneman anak manusia 9 bulan yang panjang,
Ini soal tidur.
Bukan soal ibadah, dosa atau pahala.
SILAKAN guna bunyi apa pun yang parents s**a jika bunyi itu ternyata boleh bantu anak cepat tenang dan tidur.
Buat ibubapa yang mencari titik tengah iaitu nak rumah sering bergema dengan ayat quran dan dalam masa yang sama nak berikan bunyi white noise untuk anak lena, mudah saja: pasang saja lah kedua-duanya. Boleh je kan pasang ayat Quran dan zikir selawat di TV/MP3/laptop/radio dan dalam masa yang sama ‘on’kan mesin white noise atau dodoi bunyi ‘shhh’…
Benda mudah je, itu pun sibuk nak viral! .