06/08/2020
5 TANDA DAN PUNCA SEBENAR GASTRIK, ANGIN, ANXIETY YANG RAMAI TAK TAHU DAN SALAH FAHAM.
> Ramai hanya "MERAWAT SYMPTOM" yang berpunca dari masalah USUS BOCOR (INTESTINAL PERMEABILITY) iaitu Gastrik, Angin, Gerd, Anxiety dll dan bukan merawat punca masalah. Cara rawatan konvensional yang sedia ada adalah berlawanan dengan punca sebenar masalah menyebabkan keadaan semakin teruk dari ke hari.
Akibat dari cara rawatan yang salah, dari hanya masalah GASTRO (Kembung, Acid reflux/GERD,Sembelit, Cirit birit,) akan timbul symptom Autoimmune (Arthritis /sakit sendi, Psoriasis /Penyakit kulit, Penyakit Celiac, Masalah Thyroid), Ketidakseimbangan hormon (PMS/Senggugut, Mood Swing, Fibroids, Cyst Ovari, Kencing manis) dan masalah Otak (Anxiety disorder, Brain Fog/pening hanyut, Depresi/perasaan nak mati, ADD/ADHD.
Pada masa yang sama juga mereka juga mengalami masalah berat badan berlebihan yang susah nak turun walau dah cuba pelbagai jenis diet dan juga masalah kurang berat badan yang susah nak naik walau makan banyak.
Mereka yang mengalami masalah usus bocor ini seringkali diruntun kerunsingan, risau, sedih, kecewa dan keliru akibat dihantar kepada pelbagai department hospital (Cardio, Gastro, Psychiatric) mendapat pelbagai jenis rawatan, pelbagai pendapat dan plebagai ubat ubatan (yang sampai boleh buka farmasi dekat rumah) kerana mengalami pelbagai simptom pada satu masa.
----------------------------------
CARA RAWATAN KONVENSIONAL YANG BERLAWAN DENGAN PUNCA MASALAH
----------------------------------
-Soalan-
"Hah? Saya baru balik dari jumpa "pakar". Dia cakap sebab Acid dalam perut lebih. Itu yang buat pedih perut, berangin, kembung, selalu sembelit kadang kadang cirit birit pulak. senak dada sampai sesak nafas, Dah makan ubat gastrik angin tapi ok kejap jer, lepas tu datang sakit balik. Yang paling pelik, sakit saya nie jadi berulang-ulang dan saya makin sakit bukan makin sembuh, Saya pening, mual, muntah, badan jadi lemah lesu. tak boleh tido malam Stress bengong sampai datang perasaan nak mati dibuatnya saya jadi. Aku sakit apa sebenarnya nie ?
-Pendapat saya-
Bagi saya, cara rawatan conventional yang fokus untuk meneutralkan (Antacid) mengurangkan (H2 Blocker) menghentikan (PPI) pengeluaran acid perut adalah “contradict” dengan punca sebenar masalah iaitu usus bocor akibat stress dari pemakanan yang salah dan ubatan yang mengubah fisiologi manusia.
Ya memang betul, pengambilan ubatan ini dapat memberi keselesaan sementara waktu. Sebagai contoh pengambilan :
Antacid, H2 blocker dan PPI yang meneutralkan acid perut kesan kerengsaan akibat dari acid reflux pada tisu lembut Esofagus (saluran pemakanan) dan Larynx (kotak suara) dapat dikurangkan.
Cara rawatan ini bertujuan untuk membeli masa dan bukan untuk merawat malah akan menimbulkan kesan sampingan kepada buah pinggang dan kehilangan zat Magnesium yang paling ketara (sesak nafas, jantung berdebar laju, sejuk/kebas kaki tangan, Vertigo, Anxiety, bengkak kaki tangan) jika digunakan dalam jangka masa panjang (lebih dari 2 minggu)