01/04/2026
🇲🇾 Syukur & Terima Kasih! 🌙✨
Pertubuhan Pasukan Ambulans Sukarelawan Mesra Sayang (Sayang Sayang Ambulans) dengan rendah hati ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak atas kejayaan misi kami sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2026 yang baru lalu.
Sepanjang tempoh puncak perjalanan balik raya, pasukan sukarelawan kami telah bertugas bersepadu dengan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menyediakan Perkhidmatan Ambulans kecemasan PERCUMA . Kami bersiaga sepanjang masa bagi memastikan sebarang kecemasan di jalan raya mahupun di komuniti dapat diberikan respons segera dan cekap.
Kami berperanan membantu pasukan perubatan hospital dalam memberikan pertolongan cemas, terutamanya membabitkan kemalangan jalan raya dan kes-kes kritikal semasa musim sibuk ini. Setiap senyuman dan ucapan terima kasih daripada pesakit serta keluarga mereka adalah semangat buat kami untuk terus berbakti.
Jutaan terima kasih kepada:
👏 Sukarelawan kami yang bertungkus-lumus siang dan malam.
🏥 Pihak Hospital Sultanah Bahiyah serta KKM atas kerjasama erat.
🚑 Masyarakat yang sentiasa memberi laluan kepada ambulans kecemasan.
Bersama kita selamatkan nyawa. Berkhidmat Untuk Manusia .
COMPETENCE, COMMITMENT , CARE
PROFESSIONAL, PERPADUAN , PENYAYANG