Tokwan Nasir Urut Tradisional

Tokwan Nasir Urut Tradisional *Pulih tenaga batin
*Stroke
*Sakit bahu (frozen shoulder)
*Sakit lutut (knee pain)
*Slip disc/seliuh

16/06/2022
12/05/2022
Petua:Ni nama dia Ketumbar Hantu. Mai kot mana nama hantu pun tak tau la. Tapi besan Tokwan di Skudai habaq, dia cari me...
11/01/2020

Petua:
Ni nama dia Ketumbar Hantu. Mai kot mana nama hantu pun tak tau la. Tapi besan Tokwan di Skudai habaq, dia cari merata Johor pi dapat di Mersing. Dia rebuih minum ayaq beberapa kali; rebuih semua satu pokok, Alhamdulillah buasir dia kecut dan lega teruih. Tokwan tak pernah cuba la pasai Tokwan tak dak buasir!

Bila orang kita buat rawatan macam ni diperlekeh; dikatakan mengarut dan sia sia. Tapi bila orang putih yang jauh lebih ...
19/11/2019

Bila orang kita buat rawatan macam ni diperlekeh; dikatakan mengarut dan sia sia. Tapi bila orang putih yang jauh lebih maju juga buat rawatan main ketuk ketuk pakai hammer, apa kita nak kata kat depa?
https://youtu.be/7Hp0CIuAPRM

folks from England, Calofodu, New Jersey, and Canada visit Dr. Beau for last ditch therapy

18/11/2019

Kebesaran Allah memberikan karamah dan memakhbul doa seseorang untuk menyembuhkan penyakit orang lain. Allahu akbar!

23/09/2019

Wanita ini melakukan senaman gerakan ayun kaki tiap hari selama 20 minit. Ternyata sakit lututnya sembuh. Menurut doktor lututnya telah timbul cairan di tempurung lutut dan dinyatakan tak perlu pembedahan.
Kredit kepada Lim Lock Boon @ Ah Boon, Pelakun Siri Pelenggaq Pak Teh Mat Kedahfm tolong terjemah kat Tokwan.

14/09/2019

Terima kasih banyak Tokwan. Lepas urut dengan Tokwan hari tu, suami saya dah banyak perubahan. Bila boleh urut lagi untuk lebih padu?
Tu bukan ayat rekaan. Tapi tu la yang dihantaq oleh sorang isteri dalam wasap Tokwan. Sesapa ada masaalah, mai la jumpa Tokwan. Insya Allah, Tokwan akan simpan semua rahsia dan keaiban sesapa saja yang mai jumpa Tokwan. Kita tutup aib orang, Allah tutup aib kita..
http://wasap.my/0174613574

05/08/2019

Sahabat ni namanya Haji Zulkifli dari Machang, Kelantan. Hari pertama masuk ke hotel dia berkerusi roda ditolak oleh isterinya. Tokwan tanya pasai apa. Dia kata sakit lutut sangat-sangat; sukar nak berjalan. Dua kali Tokwan urut dia, dah boleh berdiri dan melangkah sikit-sikit. La dah boleh jalan agak laju. Pagi-pagi dia eksisais berjalan keliling lorong bilik-bilik. Bila isterinya hantaq video ke anak-anak...Masya Allah, sukenya demo tokwang...demo ucap banyok-banyok terima kasih pada tokwang. Anok ada kirim pitih dalam akaun saye untuk tokwang...
Allahu akbar...semuanya kehendak Allah. Tokwan cuma tolong sekadar termampu.

Hajji..hajji..yallah..yallah..thoriq..thoriq..Jalan...jalan hajji...Chaloo...chaloo..chaca...Inilah perkataan yang diden...
01/08/2019

Hajji..hajji..yallah..yallah..thoriq..thoriq..
Jalan...jalan hajji...
Chaloo...chaloo..chaca...
Inilah perkataan yang didengar setiap hari yang diucapkan oleh anggota keselamatan di dalam Masjidil Haram.
Kalau tidak dengan kawalan dan ketegasan mereka, mungkin keadaan Masjidil Haram haru hara dengan kerenah jemaah.
Walaupun dikawal oleh anggota keselamatan, ramai jemaah yang ingkar; duduk menghalang laluan, lepak di tepi minuman zamzam, bercampur jemaah lelaki perempuan dan pelbagai kerenah. Tengok depa kerja pun dah penat, apatah lagi depa!
Peliknya, mereka tidak pernah berbahasa Inggeris!
Maknanya, bahasa Melayu lebih dihargai...

31/07/2019

Selepas solat Suboh tadi, berbual-bual dengan sorang pemuda Arab; pelajar Universiti Jordan. Seronok berbual dengannya kerana bahasa Inggerisnya agak fasih walaupun pekat pelat Arab. Katanya, lelaki yang telah menyimpan janggut tidak boleh mencukur janggutnya tanpa keperluan kerana menyimpan janggut adalah sunnah Nabi. Cuma boleh dirapikan untuk nampak lebih kemas. Mencukur janggut
(dengan alasan tanpa janggut nampak lebih handsome) adakalanya boleh menjadi haram. Itu kata gurunya. Wallahu aklam.
juga perlu mencari guru untuk penjelasan dan dalil tepat.

29/07/2019

Semasa berjalan pi masjid, Tokwan ternampak setompok taik burung merpati atas kain tudung sorang wanita Burkina Faso (di tudung dia ada tulis nama negara). Tokwan bagitau dia tapi dia tak paham. Tokwan masih berjalan di belakang dia. Tiba-tiba ada lelaki rakan senegaranya di tepi Tokwan. Tokwan cuit lelaki tu dan tunjuk ke arah kain tudung perempuan tadi.
Tokwan cuma ingat lelaki tu cakap pada perempuan: apepe nyarere....!

29/07/2019

Nak dapat haji mabrur kena banyak bersabar dalam pelbagai hal dan situasi. Orang marah kita, kita diam....

28/07/2019

1. Semasa mengerjakan tawaf umrah di dataran Baitullah, ternampak sorang lelaki bertawaf keadaan menyerupai merangkak kerana tiada kedua-dua belah kaki. Tiba-tiba dada Tokwan berdebar-debar....
2. Setelah bertahallul, Tok Nini nak beli KFC. Semasa nak bagi duit kat Tok Nini, menyerama budak-budak berkerumun Tokwan mintak duit. Masa ni Tokwan bersikap kedekut!
3. Semasa berjalan balik ke hotel, budak perempuan kulit hitam tangan kudung yang pernah Tokwan nampak beberapa tahun dulu dah jadi anak gadis; tapi masih meminta sedekah di jalanan. Tokwan terfikir; sampai bila dia nak meminta-minta?

27/07/2019

Dalam buku rekod sewa bilik barokah penuh dengan nama Tokwan. Yang syoknya geng mak-mak wasap kat Tokwan mintak tolong booking bilik barokah. Tokwan tanya nak buat apa? Depa kata nak seterika baju; bilik tu luas sikit. Akai jenoh!🤣🤣🤣

25/07/2019

TH menyediakan bilik barokah yang boleh disewa dalam tempoh tertentu untuk "pertemuan" suami-isteri. Tokwan selalu sewakan bilik tersebut dengan bayaran ditanggung oleh pelanggan yang perlukan rawatan melebihi 45 minit. Bila Tokwan telefon ustaz, ustaz dah tau, "Tokwan nak guna bilik ka?"
Tapi kadang-kadang Tokwan sewa, tak mengurut orang pun! Malaih nak habaq kat hangpa!😀😀😀

24/07/2019

Selama berada di Makkah dah ramai orang kena pulaih dengan Tokwan termasuk pegawai TH. Kebanyakannya kes sakit betis, pelipat dan tumit akibat banyak berjalan. Tokwan pun bukan banyak pahala; tu la saja jariah Tokwan.
Tapi rupa-rupanya bila bersalam ada isi....
Alhamdulillah, rezeki jangan tolak.

Address

Alor Setar
06500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60174613574

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tokwan Nasir Urut Tradisional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tokwan Nasir Urut Tradisional:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram