MICO Farmasi, Jln Langgar.

MICO Farmasi, Jln Langgar. Dahulu FARMASI KNZ
Di Jenama Sebagai
MICO FARMASI
CAWANGAN JALAN LANGGAR. Di Miliki Oleh KNZ Medicare Sdn.Bhd.

(SSM NO. 202501035756)
Ahli Farmasi:
Puan Khairuzzaila Abu Bakar.
04-7331232 / 011-20873732

Rumah dah senyap.Lampu dah tutup.Mata dah cuba pejam.Tapi jantung p**a yang tiba tiba buat kecoh.Berdebar.Laju.Kuat.Samp...
31/03/2026

Rumah dah senyap.
Lampu dah tutup.
Mata dah cuba pejam.

Tapi jantung p**a yang tiba tiba buat kecoh.

Berdebar.
Laju.
Kuat.
Sampai rasa macam badan sendiri sedang bagi amaran.

Inilah yang buat ramai orang takut bila waktu malam.

Siang tadi okey.
Masih boleh kerja.
Masih boleh berjalan macam biasa.
Tapi bila nak tidur, dada p**a rasa lain macam.

Dan bila benda ini jadi waktu malam, kepala mula fikir macam macam.

“Ini normal ke?”
“Kenapa jadi waktu nak tidur?”
“Patut risau ke?”

Ramai orang diam saja dengan pengalaman ini.
Sebab susah nak jelaskan.
Nampak macam kecil.
Tapi bila jadi pada diri sendiri, memang susah nak bertenang.

Kadang kadang, badan baru tunjuk apa yang dia tanggung bila suasana mula senyap.
Waktu siang kita sibuk.
Waktu malam, semua rasa jadi lebih jelas.
Termasuk degupan yang tak mahu reda.

Masalahnya, bila kita tak faham apa yang sedang berlaku, kita mula takut pada tubuh sendiri.

Sebab itu jangan terus anggap remeh.
Tapi jangan juga terus panik sampai fikir yang paling buruk.

Kalau jantung berdebar waktu nak tidur jadi makin kerap, makin mengganggu, atau datang sekali dengan simptom lain, itu bukan benda untuk dipendam lama lama.

Ada masa badan cuma terlalu penat.
Ada masa fikiran terlalu sarat.
Dan ada masa, ia memang perlukan pemeriksaan.

Yang penting, jangan biasakan benda yang buat anda rasa tak tenang setiap kali malam menjelang.

Sebab bila badan mula “bercakap” waktu semua benda lain diam, mungkin itu tanda dia mahu kita mula dengar.

https://share.google/oVUud3ox6d49U54fU"PANAS LANI BUKAN BIASA-BIASA OII, JANGAN BUAT MAIN DENGAN STROK HABA!" ☀️🥵Sat-sat...
31/03/2026

https://share.google/oVUud3ox6d49U54fU

"PANAS LANI BUKAN BIASA-BIASA OII, JANGAN BUAT MAIN DENGAN STROK HABA!" ☀️🥵

Sat-sat ni pun Milah rasa pening lalat, tekak pun perit ja. Cuaca kat luar nu punya la lit-lit, matahari duk tegak atas kepala. Kita kena beringat nah, badan kita ada limit dia.

Cuba pakat tengok sat poster ni. Kalau dah mula rasa:
😵‍💫 Kerap sakit kepala & hilang fokus.
🔥 Suhu badan naik mendadak sampai 39°C.
🥵 Kulit jadi kering & merah-merah (padahal peluh tak keluaq pun!).

Tu maknanya badan dah bagi 'signal' kecemasan! Jangan duk biaq pi ja, takut melarat jadi strok haba yang bahaya.

Mai sat singgah Farmasi MiCO Taman Ria. Kita sembang-sembang sat, ambil air penyejuk badan ke, garam hidrasi ke... biar badan tu rasa 'sejuk' sikit. Kami sedia bantu dengan penuh kasih sayang. ❤️

𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐒, 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐒𝐀𝐋𝐀𝐍: 𝐀𝐃𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐀𝐋𝐎𝐈?Kadang-kadang ada merasakan dengan meneguk segelas alkohol itu cara un...
31/03/2026

𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐒, 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐒𝐀𝐋𝐀𝐍: 𝐀𝐃𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐀𝐋𝐎𝐈?

Kadang-kadang ada merasakan dengan meneguk segelas alkohol itu cara untuk 'healing' atau berseronok, tapi hakikatnya ia sedang 'killing' dari dalam secara senyap.

Lihat sahaja infografik ini terdapat pelbagai kesan buruk minum alkohol kepada badan.

Alkohol menyebabkan gangguan otak yang membuatkan kita hilang ingatan, hinggalah kepada kerosakan hati yang kronik.

Adakah kita sanggup menggadaikan kewarasan dan kesihatan organ dalaman demi keseronokan yang hanya bersifat sementara?

Fikirkan semula sebelum meneguk, kerana sel-sel badan anda sedang merayu untuk diselamatkan.

MICO Farmasi, Jln Langgar.

[KUKU KUNING & RAPUH? JANGAN BIARKAN IA JADI KULAT! 🦶]Kuku nampak makin tebal? Warna pun dah bertukar kuning atau perang...
31/03/2026

[KUKU KUNING & RAPUH? JANGAN BIARKAN IA JADI KULAT! 🦶]

Kuku nampak makin tebal? Warna pun dah bertukar kuning atau perang? Aduh, nak pakai selipar kat luar pun rasa malu, kan? 😔

Sebenarnya, itu mungkin tanda Jangkitan Kulat Kuku. Kalau dibiarkan, ia bukan saja sakit, tapi boleh merebak ke kuku lain juga! 😱

Jangan risau, Farmasi MiCO ada penyelesaiannya!
✅ Ubat titis antikulat yang berkesan.
✅ Krim rawatan asas yang selamat.
✅ Nasihat profesional daripada ahli farmasi kami.

Langkah bahagia bermula dengan kuku yang sihat! Jom singgah ke Farmasi MiCO hari ini untuk konsultasi percuma.

📍 Farmasi MiCO, Taman Ria, Sungai Petani.

Pesakit Gout, Hati-Hati Dengan Kuih Raya Berasaskan Kacang Kalau Tak Nak Sakit Sendi.Makanan penyebab gout sering tidak ...
29/03/2026

Pesakit Gout, Hati-Hati Dengan Kuih Raya Berasaskan Kacang Kalau Tak Nak Sakit Sendi.

Makanan penyebab gout sering tidak disedari datang daripada kuih raya yang kelihatan kecil dan “sekadar kudap-kudap”.

Hakikatnya, kuih berasaskan kacang tanah dan kacang p*s boleh menyumbang kepada peningkatan asid urik, sekali gus mencetuskan serangan gout jika diambil berlebihan, terutamanya dalam tempoh perayaan.

"ABANG, KAKAK... KADANG-KADANG BADAN KITA DAH BAGI SIGNAL, TAPI KITA JA TAK PERASAN..." 🥺🩹Cuba pakat tengok sat poster n...
26/03/2026

"ABANG, KAKAK... KADANG-KADANG BADAN KITA DAH BAGI SIGNAL, TAPI KITA JA TAK PERASAN..." 🥺🩹

Cuba pakat tengok sat poster ni. Diabetes ni dia bukan mai mengejut, dia mai senyap-senyap ja.

Awatlah asyik rasa lapar ja padahal baru lepas makan nasi?
Awatlah berat badan turun mendadak padahal kita tak berdiet pun?

Kaki tangan mula rasa kebas, kulit pun gatal-gatal tak menentu...
Jangan buat biar pi ja nah.

1.9 juta orang kat Malaysia ni sebenarnya ada kencing manis tapi depa tak sedaq pun!

Mai sat singgah Farmasi MiCO Taman Ria. Kita sembang-sembang sat, kami tolong cek bacaan gula. Biar hati tenang, baru syok nak buat kerja. Kami sedia bantu dengan penuh kasih sayang. ❤️

25/03/2026

KETUHAR BERSKALA BESAR SEDANG MELANDA UTARA MALAYSIA

Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran Gelombang Haba

🚨 TAHAP AMARAN 2 (Kritikal: 37°C hingga 40°C):
📍 Kedah: Pokok Sena, Pendang, Baling.

⚠️ TAHAP AMARAN 1 (Berjaga-jaga: 35°C hingga 37°C):
📍 Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, S*k, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu)
📍 Pulau Pinang (Utara & Timur Laut)
📍 Perak (Hulu Perak, Selama, Kuala Kangsar, Kinta)
📍 Pahang (Jerantut, Raub) & Perlis.

Dengan suhu luar mencecah 40°C, BERHENTI layan kereta anda seperti bilik menunggu

Apabila kereta diletakkan di bawah matahari terik tanpa penyaman udara, Dalam masa 10 MINIT SAHAJA, suhu dalam kereta boleh melonjak naik 10°C lebih tinggi dari suhu luar.

Bayangkan kalau suhu luar dah 40°C, suhu dalam kereta boleh cecah 50°C hingga 60°C!

🛑 AMARAN KEPADA IBU BAPA

JANGAN SESEKALI tinggalkan kanak-kanak bersendirian di dalam kenderaan, walaupun "sekejap je nak beli barang"

Sistem regulasi suhu badan kanak-kanak tidak matang seperti orang dewasa. Badan mereka memanas 3 hingga 5 kali ganda LEBIH CEPAT. Dalam kereta yang membahang, organ dalaman mereka boleh gagal berfungsi (Strok Haba) dan membawa maut dalam masa yang sangat singkat.

Biasakan amalan "Look Before You Lock" (Toleh Belakang Sebelum Kunci). Letak beg tangan atau kasut kerja anda di tempat duduk belakang supaya anda terpaksa menoleh sebelum keluar kereta.

Tolong SHARE amaran kecemasan ini kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan, terutamanya yang menetap di kawasan amaran merah di atas

25/03/2026

Awat Badan Dok Menggigil Padahal Tak Sejuk Pun?

"Mak cik, pak cik... kalau rasa badan tu dok bergetaq, menggigil semacam padahal kipas pun tak pasang, air-cond pun tak buka, jangan dok biaq lagu tu ja nah. Badan kita ni cerdik, dia tengah hantar 'pesanan ringkas' habaq ada benda tak kena kat dalam enjin badan kita."

1. Gula Jatuh (Hypoglycemia).

"Paling kerap jadi, terutamanya kalau mak cik ada kencing manis. Kalau terlepas makan atau ubat dos tinggi sangat, gula dalam darah boleh jatuh junam. Bila gula rendah, badan takdak 'minyak' nak jalan, tu yang dia menggigil, peluh jantan keluaq, dengan rasa melayang tu."

2. Badan Tengah Lawan Kuman (Infection).

"Kadang-kadang kita tak demam lagi, tapi badan dah mula menggigil. Itu maknanya askar dalam badan tengah 'berperang' lawan kuman. Sat lagi naik la demam panas tu."

3. Masalah Hormon (Tiroid).

"Ada juga jenis enjin badan jalan laju sangat (Hyperthyroid). Dia rasa ghabat, jantung berdegap-degap lari kencang, tu yang tangan pun dok terketar-ketar takleh nak pegang cawan tu."

4. Stres atau Terlalu Penat.(ANXIETY)

"Ni kes sakan beraya la ni. Badan letih sangat, otot pun dah longgar, atau pun dok pikiaq macam-macam sampai anxiety (gelisah). Badan jadi 'short-circuit' sat, tu yang jadi menggigil tu."

Apa Nak Buat? (Rawatan & Cara Atasi)

Cek Gula Cepat-Cepat: "Kalau ada mesin cek gula kat rumah, terus cek. Kalau rendah, ambik ayaq manis sat bagi stabil balik. Lepas tu mai Farmasi MiCO, kami tolong cek bacaan HbA1c mak cik."

Rehat & Minum Ayaq: "Jangan duk gagah buat kerja. Baring sat, minum ayaq masak bagi cukup. Kalau badan penat sangat, otot memang akan bergetaq."

Bawa Jumpa Doktor: "Kalau menggigil ni datang sekali dengan rasa sesak nafas atau sakit dada, jangan tunggu lama. Terus pi klinik atau hospital nah."

25/03/2026
"Kesian tengok anak rendah, abang paksa dia bergayut kat pintu hari-hari biar tinggi sikit..." Ramai ibu bapa masih perc...
19/03/2026

"Kesian tengok anak rendah, abang paksa dia bergayut kat pintu hari-hari biar tinggi sikit..."

Ramai ibu bapa masih percaya senaman bergayut atau melompat-lompat boleh 'menarik' tulang anak jadi lebih panjang.

Tenang ibu bapa, jangan tersilap strategi. Menurut Sains, SENAMAN BERGAYUT TIDAK TERBUKTI MENAMBAH KETINGGIAN AKHIR SECARA KEKAL

Yang berlaku hanyalah regangan tulang belakang sementara. Anak nampak tinggi sikit sekejap, tapi tulang kaki atau badan tidak memanjang pun.

Tinggi anak ditentukan oleh GENETIK (60-80%), Hormon, dan Pemakanan. Tulang memanjang melalui 'Growth Plate'. Bila growth plates ni dah MENUTUP (biasanya sekitar 15-17 tahun bagi lelaki, ikut individu), tulang panjang TIDAK LAGI BERTAMBAH PANJANG

Kalau nak bantu anak capai POTENSI TINGGI semulajadi dia sebelum terlambat, ini yang paling REALISTIK

4 Checklist Wajib Ibu Bapa:

1. Tidur Cukup Setiap Malam (Kritikal!)
Remaja 13-18 tahun perlu 8-10 jam tidur setiap malam. Kanak-kanak 6-12 tahun perlu 9-12 jam.

Tidur cukup penting untuk pembebasan hormon pertumbuhan normal

2. Pastikan Protein & Nutrien Cukup (Bukan sekadar "makan banyak")

Protein adalah blok binaan tulang. Pastikan ada Telur, Ikan, Ayam, Daging, Tempe, Tauhu, Susu atau Yogurt dalam setiap hidangan utama.

3. Kekal Aktif 60 Minit Sehari
Lompat, lari, berenang, main bola, latihan kekuatan sesuai umur. Semuanya bagus untuk kesihatan tulang, otot, postur, dan berat badan ideal

Jangan terus beli supplement 'tinggi' atau growth hormone tanpa penilaian doktor..

Mata celik, otak loadingRamai orang ingat kalau otak rasa lemau, mesti sebab tidur tak cukup.Padahal kadang-kadang, mata...
16/03/2026

Mata celik, otak loading

Ramai orang ingat kalau otak rasa lemau, mesti sebab tidur tak cukup.

Padahal kadang-kadang, mata memang celik.
Badan pun dah bangun.
Tapi kepala masih rasa berat, lambat tangkap, dan susah nak fokus macam biasa.

Ada masa masalahnya bukan pada bantal.
Masalahnya pada benda lain yang badan sedang hadap diam-diam.

1. Kurang air
Bila badan mula dehidrasi, otak pun tak rasa segar. Kepala jadi berat, badan cepat letih, fokus pun mula merosot.

2. Gula darah drop
Skip makan, makan tak seimbang, atau jarak makan terlalu lama boleh buat otak rasa lembap. Tiba-tiba rasa blur, menggigil, dan susah fikir.

3. Stress
Kadang-kadang yang buat otak lemau bukan badan penat pun. Tapi kepala dah terlalu penuh sampai semua benda rasa jammed.

4. Tiroid rendah
Bila hormon tiroid tak cukup, seluruh badan jadi perlahan. Tenaga drop, fikiran berat, dan benda kecil pun rasa susah nak proses.

5. B12 rendah atau anemia
Bila oksigen atau fungsi saraf tak cukup baik, badan cepat lemau dan otak pun rasa macam tak perform.

Sebab itu kalau anda rasa asyik blur, susah fokus, cepat lupa, atau kepala rasa berat sepanjang hari, jangan terus tuduh diri malas.

Kadang-kadang otak bukan tak mahu jalan.

Kadang-kadang badan memang sedang beri petunjuk bahawa ada benda lain yang perlu diperiksa.

🛒 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐔𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍? 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐁𝐄𝐋𝐈! 🛒Nampak 𝐮𝐛𝐚𝐭 “𝐯𝐢𝐫𝐚𝐥” di media sosial? Sebelum tekan butang ‘𝐁𝐞𝐥𝐢’, ...
16/03/2026

🛒 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐔𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍? 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐁𝐄𝐋𝐈! 🛒

Nampak 𝐮𝐛𝐚𝐭 “𝐯𝐢𝐫𝐚𝐥” di media sosial? Sebelum tekan butang ‘𝐁𝐞𝐥𝐢’, ingatlah bahawa 𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐮𝐣𝐢 𝐤𝐚𝐣𝐢! 🚫💊

✨ 𝟑 𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧:

1️⃣ 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐞𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐞𝐬𝐭𝐢𝐦𝐨𝐧𝐢
Testimoni boleh direka. Cari 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐬𝐚𝐢𝐧𝐭𝐢𝐟𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐡, bukan sekadar kata-kata manis pengguna.

2️⃣ 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧
Layari laman web 𝐍𝐏𝐑𝐀 (𝐐𝐔𝐄𝐒𝐓 𝟑+). Jika produk tiada dalam pangkalan data, 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐈!

3️⃣ 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐉𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧
Ubat terkawal memerlukan 𝐝𝐢𝐚𝐠𝐧𝐨𝐬𝐢𝐬 dan 𝐩𝐫𝐞𝐬𝐤𝐫𝐢𝐩𝐬𝐢 𝐝𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐡. Jangan sesekali beli ubat terkawal di platform e-dagang.

💙 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢.
Pastikan ubat anda 𝐒𝐀𝐇, 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧!

Address

19, Tingkat Bawah, Taman Enggang, Jalan Langgar
Alor Setar
05460

Opening Hours

Monday 09:30 - 20:30
Tuesday 09:30 - 20:30
Wednesday 09:30 - 20:30
Thursday 09:30 - 20:30
Saturday 09:30 - 20:30
Sunday 09:30 - 20:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MICO Farmasi, Jln Langgar. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share