OH Ya

OH Ya Malaysian Ways of Aafiyat Lifestyle

Tips harian, kisah semasa & realiti kesihatan
Sambung perjalanan Aafiyat di Olive House Malaysia - HQ Bukan untuk mengajar.

Kadang hidup ni bagi kita banyak isyarat kecil,
tapi kita cuma perasan bila ada yang menyentuh hati dan buat kita terfikir, “Oh ya… betul juga.”

Di sinilah OH Ya bermula. Kami kongsikan kisah dan isu yang dekat dengan hidup kita,
tentang kesihatan, keluarga, kehilangan, harapan, dan semua yang manusia rasa. Cuma nak sama-sama faham. Sebab bila kita faham, barulah kita mula jaga diri, hati, dan or

ang sekeliling. Misi Kami

Kami percaya kesedaran tak perlu datang dari perkara besar. Kadang cukup satu kisah, satu ayat, atau satu doa yang sesuai pada waktunya. Itulah misi kami, menyampaikan cerita dan ilmu yang buat kita lebih tahu, lebih berjaga, dan lebih Aafiyat. Secara tidak langsung, setiap usaha kecil ini diharap dapat menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia. Apa Yang Kami Kongsikan

• Kisah benar orang Malaysia dari hal kesihatan sampai kisah kehidupan.
• Fakta yang sahih, disampaikan dengan rasa.
• Renungan yang menyentuh emosi, bukan sekadar maklumat.
• Kandungan yang “viral dengan makna” sebab kesedaran pun boleh dari kisah trending yang diambil ikhtibar. Komuniti OH Ya

OH Ya bukan sekadar page. Yang mengikutinya adalah komuniti dari kita semua yang nak jadi lebih baik sedikit demi sedikit. Yang percaya bahawa bila kita mula ambil tahu, kita akan mula berubah untuk diri, keluarga dan masyarakat. Teruskan bersama komuniti OH Ya. Like, follow dan kongsi setiap sebaran yang bermanfaat,
kerana kesedaran tak berhenti bila kita baca, ia bermula bila kita sebarkan. OH Ya — Malaysian Ways of Aafiyat Lifestyle.

KIT HAJI UNTUK MAK AYAHPenerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berangkat 3 hari lagi (18 April 2026)Persiapan mak ...
15/04/2026

KIT HAJI UNTUK MAK AYAH

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berangkat 3 hari lagi (18 April 2026)

Persiapan mak ayah kita dah cukup ke?

Ramai fokus pakaian & dokumen. Tapi yang selalu jadi cabaran nanti adalah panas, penat & perubahan rutin badan.

Sebab itu, kit simple seperti ini sangat membantu:

✔️ Mask & sanitizer – kurangkan risiko jangkitan
✔️ Plaster & krim kaki – elak luka ganggu ibadah
✔️ Tisu basah – mudah jaga kebersihan
✔️ Payung & spray – bantu tahan panas & elak dehidrasi

Dan jangan lupa sokongan dalaman:

➡ Vitamin E
Vitamin E yang tinggi khasiat di Malaysia adalah tocotrienols dari minyak sawit merah, tinggi antioksidan bantu lindungi sel badan.

➡ Minyak zaitun extra virgin
Bantu beri tenaga lebih stabil untuk aktiviti harian yang padat.

Sementara masih sempat, anak-anak boleh mula sediakan untuk mak ayah. Atau untuk kenalan yang bakal pergi atau diri sendiri yang sedang buat persiapan.

Simple, tapi sangat bermakna bila diperlukan.

Ramai tak sedar, makanan harian kita sebenarnya dah ada probiotik. Ini 5 yang kita makan hampir setiap hari.1. Tapai ubi...
14/04/2026

Ramai tak sedar, makanan harian kita sebenarnya dah ada probiotik. Ini 5 yang kita makan hampir setiap hari.

1. Tapai ubi / pulut
Dihasilkan melalui penapaian, membantu menambah bakteria baik dalam usus.

2. Tempoyak
Durian yang ditapai secara semula jadi, menyokong keseimbangan mikroflora usus.

3. Buah tin
Kaya serat yang membantu “memberi makan” bakteria baik.

4. Tempe
Hasil penapaian kacang soya, menyokong fungsi penghadaman harian.

5. Yogurt
Mengandungi kultur hidup — pilih yang rendah gula untuk manfaat lebih baik.

Kenapa probiotik penting?

Bila bakteria baik cukup, perut lebih selesa, badan lebih ringan dan kurang gangguan penghadaman harian. Kulit pun nampak lebih sihat.

Tapi ramai yang terlepas pandang. Probiotik perlukan “makanan” seperti prebiotik untuk terus berfungsi.

Contoh prebiotik yang anda boleh dapatkan adalah minyak zaitun extra virgin, pisang, bawang putih & oat.

Usus sihat bermula dengan keseimbangan bakteria yang baik.

Yogurt sihat jika anda pilih yang rendah gula.

Makan sambil dating dengan suami orang? Tidak.

Min perasan kat Threads, ramai mengaku drive kereta AUTO guna dua kaki sebab dulu biasa bawa manual.Ramai tak sedar, hab...
13/04/2026

Min perasan kat Threads, ramai mengaku drive kereta AUTO guna dua kaki sebab dulu biasa bawa manual.

Ramai tak sedar, habit ni sebenarnya boleh tingkatkan risiko kemalangan.

Dalam kereta AUTO:
➡️ Kaki kanan kawal minyak & brek
➡️ Kaki kiri rehat (atas footrest)

Kenapa penting?

Sebab bila berlaku situasi mengejut, badan kita tak sempat fikir, terus ikut refleks. Kalau dah biasa guna dua kaki, risiko untuk tersalah tekan pedal jadi lebih tinggi.

Banyak kes kereta tiba-tiba memecut bukan sebab kereta rosak, tapi pedal misapplication—kaki tekan minyak padahal niat nak brek.

Guna satu kaki (kanan) bantu otak & otot kita ada satu sistem kawalan yang konsisten. Bila panik, kaki yang sama akan terus tekan brek dengan betul.

Apa yang boleh buat lepas ni:
✔️ Biasakan diri guna kaki kanan sahaja
✔️ Letakkan kaki kiri di footrest, jangan “hover” atas brek
✔️ Elakkan pakai slipper/sandal longgar (mudah sangkut)
✔️ Pastikan kain atau dress labuh tak ganggu pergerakan kaki

Keselamatan bukan pada “dah biasa”, tapi pada cara yang betul.

Satu saat silap, boleh libatkan nyawa orang yang langsung tak bersalah.

13/04/2026

Apa yang dah berlaku, cikgu tetap kena siasat. Tapi jangan sampai kita jadi TERPALING mengecam. Hari ni ujian dia, esok belum tentu bukan kita. Doakan syurga buat adik Hawa.

Sejak kecil hingga dewasa, dakapan ibu sering menjadi sumber ketenangan.Ini bukan sekadar perasaan.Pelukan merangsang pe...
12/04/2026

Sejak kecil hingga dewasa, dakapan ibu sering menjadi sumber ketenangan.

Ini bukan sekadar perasaan.

Pelukan merangsang penghasilan hormon oxytocin
yang membantu menenangkan emosi serta mengurangkan hormon stres seperti cortisol.

Individu yang sering menahan emosi dan kelihatan kuat dari luar lebih berisiko mengalami tekanan dalaman seperti keresahan (anxiety), keletihan emosi dan gangguan tidur.

Pelukan juga membantu meningkatkan rasa selamat, kepercayaan dan hubungan emosi,
serta mengurangkan rasa keseorangan.

Ibu di kampung dan anda tidak tinggal bersama?

Mendengar suara ibu melalui panggilan telefon
juga mampu memberi kesan ketenangan yang hampir sama.

Luangkan masa. Hubungi ibu anda hari ini.
Jika berpeluang bertemu, peluklah mereka sepuasnya.

Mereka semakin berusia.
Hargai selagi masih ada.

Isteri ajak bersama… tapi anda selalu mengelak?“Abang penat lah hari ni… Esok boleh?”Mula-mula nampak biasa. Tapi bila k...
10/04/2026

Isteri ajak bersama… tapi anda selalu mengelak?

“Abang penat lah hari ni… Esok boleh?”

Mula-mula nampak biasa. Tapi bila kerap, pasangan mula terasa dan mula menjauh.

Ramai ingat ini cuma penat kerja. Hakikatnya, badan tengah bagi signal.

Mungkin ini bukan sekadar penat tapi hormon testosteron yang mula menurun.

Testosteron ni antara hormon utama yang kawal
keinginan, tenaga & respon badan lelaki. Bila ia menurun, rasa nak bersama pun ikut berkurang.

Puncanya?

➡️ Kurang tidur
➡️ Stress berpanjangan
➡️ Pemakanan tak seimbang
➡️ Gaya hidup & persekitaran

Apa yang dulu terasa biasa, kini terasa berbeza.

Ini bukan soal malas.
Ini bukan soal tak sayang.

Jangan tunggu sampai pasangan salah faham. Kalau badan dah mula berubah, ambil serius.

Jaga tidur, urus stress & perbaiki gaya hidup. Kalau berlarutan, buat pemeriksaan hormon.

Kadang punca masalah rumah tangga bukan pada orang ketiga, tapi pada badan yang kita tak pernah check.

Bila sebut kalsium, ramai terus fikir susu.Tapi realitinya, tak semua orang boleh minum susu.Ada yang:– Tak s**a rasa– P...
08/04/2026

Bila sebut kalsium, ramai terus fikir susu.

Tapi realitinya, tak semua orang boleh minum susu.

Ada yang:
– Tak s**a rasa
– Perut tak boleh terima (lactose intolerance)
– Mudah loya, terutama warga emas

Bila susu bukan pilihan, ramai sebenarnya tak sedar kalsium harian mereka tak mencukupi.

Sedangkan kalsium penting untuk kekalkan tulang kuat dan kurangkan risiko osteoporosis, terutama bila umur meningkat.

Ramai tak tahu, badan kita sebenarnya perlukan sekitar 1000 mg kalsium sehari.

Kalsium tetap perlu cukup, walaupun tanpa susu.

Boleh dapatkan daripada:
– Ikan bilis
– Tempe & tauhu
- Buah tin
– Sayur hijau seperti brokoli

Cuma realitinya, ramai tak ambil dalam jumlah yang mencukupi setiap hari.

Apa yang kita ambil setiap hari, itulah yang akan tentukan keadaan badan kita nanti.

Jadi, pastikan kalsium harian anda benar-benar mencukupi.

Jangan picit serangga ini jika tidak mahu kulit melecur teruk.Jika anda nampak serangga kecil berwarna hitam berbelang j...
07/04/2026

Jangan picit serangga ini jika tidak mahu kulit melecur teruk.

Jika anda nampak serangga kecil berwarna hitam berbelang jingga merayap di dinding, langsir atau katil terutama waktu malam, itu berkemungkinan semut Charlie.

Serangga ini tidak menggigit, tetapi akan merembeskan toksin pederin apabila terancam. Sentuhan pada kulit boleh menyebabkan radang kulit yang serius, pedih dan melepuh.

Kesan biasanya tidak berlaku serta-merta. Dalam tempoh 12 hingga 36 jam, kulit akan mula menunjukkan tanda seperti kemerahan, gatal dan lepuh, dan boleh mengambil masa untuk pulih.

Kes semakin kerap berlaku kerana:
– serangga ini tertarik kepada cahaya lampu pada waktu malam
– gemar kawasan lembap
– boleh terbang ke aras lebih tinggi (rumah flat/apartment kena hati-hati)
– habitatnya terganggu, contohnya semasa musim pembakaran jerami

Jika serangga ini hinggap pada kulit:
– jangan picit, pukul atau gosok
– alirkan air atau tiup sehingga ia jatuh

Jika terkena toksin:
– basuh segera dengan air dan sabun
– elakkan menggaru kawasan terjejas
– dapatkan rawatan jika simptom teruk atau tidak pulih

Berhati-hati terutama bagi kanak-kanak yang mudah tersentuh tanpa sedar.

Pernah rasa dada tiba-tiba sempit, jantung laju… padahal tak ada apa pun jadi?Itu mungkin tanda anxiety (kebimbangan mel...
06/04/2026

Pernah rasa dada tiba-tiba sempit, jantung laju… padahal tak ada apa pun jadi?

Itu mungkin tanda anxiety (kebimbangan melampau).

Anxiety ibarat seperti belon.

Tekanan hidup seperti kerja, orang sekeliling, pengalaman lepas ibarat udara yang masuk perlahan-lahan.

Makin lama, makin penuh.

Kalau tak dilepaskan boleh ‘meletus’ (panic attack).

Punca yang ramai alami:

• Kerja berlebihan
• Tempat sesak / ramai orang
• Persekitaran toksik
• Trauma lama

Rasa risau itu normal.

Tapi kalau berlarutan, susah dikawal dan ganggu kehidupan, itu tanda perlu diberi perhatian.

Bila anxiety datang, cuba berhenti seketika.

• Tarik nafas perlahan (contoh: 4 saat tarik, 4 saat tahan, 6 saat hembus)
• Fokus pada apa yang ada di sekeliling (apa yang nampak, dengar, rasa)
• Beri diri masa untuk bertenang, walaupun sekejap

Jangan abaikan asas ini:

• Cukupkan tidur
• Kekal aktif (berjalan, senaman ringan)
• Kurangkan pengambilan kopi, gula dan garam

Jika sampai mengganggu kerja dan kehidupan harian, dapatkan bantuan. Jangan tunggu lama.

Dalam keadaan sekarang, ramai juga sedang berdepan tekanan kewangan akibat keadaan ekonomi global.

Mungkin tak semua nampak, tapi ramai sebenarnya sedang bertahan.

Jaga diri, walaupun dunia sedang tidak baik-baik saja.

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang,ramai sebenarnya sedang bertahan… bukan gagal.Harga barang naik.Kos hidu...
05/04/2026

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang,
ramai sebenarnya sedang bertahan… bukan gagal.

Harga barang naik.
Kos hidup makin tinggi.
Komitmen makin berat.

Dan dalam diam, ramai yang memilih untuk hidup lebih sederhana. Bukan sebab tak mampu, tapi sebab tahu apa yang perlu diutamakan.

Tak perlu malu kalau…

Kita pakai apa yang ada, bukan apa yang trending.
Kita makan sekadar cukup, bukan untuk nampak mewah.
Kita berjimat hari ini, supaya esok masih ada.

Lebih-lebih lagi bila…

Mak ayah kita semakin berusia.
Mereka dah tak kuat macam dulu.
Mereka dah banyak berkorban untuk kita tanpa pernah rasa malu.

Sekarang giliran kita p**a jaga mereka,
walaupun terpaksa kurangkan gaya hidup kita.

Hakikatnya,

Ramai orang nampak biasa…
tapi sebenarnya sedang berjuang luar biasa.

Hari ini Hari Autisme Sedunia.Min yakin ada sesetengah parents alami situasi seperti ini…Anak tengah main, kita panggil ...
02/04/2026

Hari ini Hari Autisme Sedunia.

Min yakin ada sesetengah parents alami situasi seperti ini…

Anak tengah main, kita panggil banyak kali tapi dia buat taktahu?

Atau dia boleh duduk lama ulang benda sama,
susun, buka, pasang… ulang benda yang sama tanpa jemu?

Pergi tempat baru sikit, terus tantrum sampai kita sendiri pun penat nak handle.

Dalam hati mula terdetik “Normal ke tak anak aku ni…?”

Sebenarnya, bukan dia buat-buat atau mengada.

Cara dia proses bunyi, sentuhan dan emosi memang berbeza.

Bukan sebab tak dengar, tapi otak dia terlalu banyak terima rangsangan serentak (overwhelmed).

Ramai tak tahu, anak autisme selalunya ada fokus yang sangat kuat. Kalau dia minat sesuatu, dia boleh jadi sangat mendalam dan hebat dalam benda tu.

Cuma, cara dia belajar dan berinteraksi tak sama macam kita biasa nampak.

Kalau nampak tanda awal ini, jangan tunggu lama. Bukan untuk label, tapi untuk bantu dia dari awal.

Sebab bila kita faham cara dia, baru kita boleh bantu dia berkembang dengan betul.

Untuk mak ayah yang tengah lalui fasa ni, you’re not alone.

Anda bukan parents yang gagal.
Anak anda bukan pelik.
Anak anda bukan kurang.

Anak anda special. Dan dia cuma perlukan dunia yang lebih memahami.

02/04/2026

Semoga berbahagia adik Zara Qairina di sana… Kadang di dunia, keadilan tak selalu kita temui. Tapi ketahuilah, seadil-adil pembalasan hanyalah dari-Nya.

Address

Alor Setar
05150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OH Ya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to OH Ya:

Share