24/10/2025
Alhamdulillah, satu pengalaman yang sangat bermakna dapat ditemu bual oleh pelajar-pelajar SMAP Kajang 🌸
Setiap pertemuan dengan generasi muda mengingatkan bahawa tanggungjawab kita bukan sekadar untuk berjaya secara peribadi, tetapi untuk menjadi insan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Melihat semangat dan adab adik-adik ini benar-benar menginspirasikan — begitu sopan, berilmu dan berakhlak. 🌿
Terima kasih kepada cikgu- cikgu SMAP Kajang atas jemputan dan peluang ini. Moga lebih ramai generasi muda Islam yang berani berkongsi, bertanya dan terus mencari kebenaran melalui ilmu dan iman. 🌷
🤍