07/07/2020
RESEPI POPIA VIETNAM PALING SIMPLE TAPI SIHAT & SEDAP
Berikut adalah cara membuat popia Vietnam yang sangat mudah.
BAHAN UNTUK POPIA
Kulit popia Vietnam / rice paper (Boleh dibeli di pasar raya Tesco, Giant, dll)
Udang
Isi ketam
Sawi Jepun / salad / apa-apa sayur kegemaran
Lobak merah
Bihun / Soo hoon yang telah dilembutkan (Saya tak pakai)
Bijan
BAHAN UNTUK SOS
Sedikit cili sos biasa
1 sudu besar jus oren (Saya guna Sunquick)
3 titik minyak bijan
Sedikit air panas
1 sudu kecil bijan yang telah disangai
Daun ketumbar dihiris halus
CARA-CARA
1. Rebus Udang & Isi Ketam
Selepas semua bahan dah disediakan, rebus udang dan isi ketam dalam periuk hingga masak.
Letakkan sedikit garam dan toskan.
2. Celur Sayur
Seterusnya celurkan sayuran sekejap. Bagi yang lebih s**a nak makan fresh, tak celur pun tak apa asalkan guna sayuran yang sesuai dimakan terus.
3. Sediakan Kulit Popia
Kalau nak sediakan kulit popia ni senang saja. Mula-mula, masukkkan air masak ke dalam dulang. Celupkan kulit popia tadi ke dalam dulang tadi, kemudian angkat dan bentangkan dalam pinggan l***r / dulang.
4. Gulungkan Bersama Isi
Bubuh isi agak-agak banyak mana yang boleh digulung dan gulungkan segera seperti kuih dadar / popia biasa.
5. Sediakan Sos
Akhir sekali, sediakan sos untuk dicicah bersama popia.
Caranya mudah. Ambil semua bahan yang disenaraikan di atas dan kacaukan hingga sebati.
6. Siap!
Sediakan pinggan untuk sosnya dan dah boleh dihidangkan bersama popia Vietnam.