Red Bubbles

Red Bubbles Red Bubbles clowns delivers your gift of smiles and laughter to seriously ill children.

RED BUBBLES or Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah KL & Selangor is a non-profit organisation established in April 2011, and registered under Registrar of Societies with registration number: 2095-11-WKL.

Dua minggu lepas kami bertugas menghibur kanak-kanak pesakit kanser di Wad Pediatrik Hematologi, Hospital Pakar Kanak-ka...
06/05/2025

Dua minggu lepas kami bertugas menghibur kanak-kanak pesakit kanser di Wad Pediatrik Hematologi, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM.

Saya bergandingan dengan Oceans yang kebetulan datang ke KL dari Penang.

Ketika kami sampai di wad, ketua jururawat, Puan Hasmida awal-awal lagi sudah siapkan kami dengan senarai nama pesakit yang boleh kami lawati pada hari itu.

Ada enam orang pesakit kanser kanak-kanak yang akan kami hiburkan nanti.

Ada yang menghidap Neuroblastoma, Acute Myleoid Leukemia dan Acute Lymphobastic Leukemia.

Umur mereka p**a, ada bayi 6 bulan, 2 tahun, 7-8 tahun dan paling tua 13 tahun.

"Mak baby 6 bulan tak kasi sentuh anak dia ya!" Pesan KJ kepada kami.

Saya tersenyum dalam hati. S**a saya dengar pesanan yang sangat penting ini.

Ketika menghibur anak-anak di wad mana-mana sekalipun, kami sentiasa beringat untuk tidak menyentuh pesakit.

Ini bagi mengelakkan risiko berlakunya jangkitan.

Justeru rutin kami setiap kali datang menghibur di wad, kami mesti cuci tangan sebelum dan selepas menghibur setiap pesakit.

Kita ini berada di wad semata-mata untuk menyebar senyuman, dan bukannya kuman!

Hari itu kami berjaya menguntum senyum si adik L yang berusia 13 tahun.

Dia menghidap Lymphoma. Rambutnya sudah gugur kesemuanya kerana kesan kemoterapi.

Kami masuk ke biliknya dengan aksi spontan seolah berada di stesen angkasa lepas. Oceans menurut sahaja melakonkan aksi seorang angkasawan terapung di udara tanpa graviti.

Si L tersengih melihat kelakuan tak masuk akal kami itu. Haha.

Tapi saat kami menghulur sampul duit Raya kepadanya (Syawal belum habis lagi pada hari itu gais! 😋), dia cepat-cepat menyambar.

Saya p**a sengaja tak mahu lepaskan. Lalu berlakulah aksi tarik-menarik duit raya antara clown dan si L.

Emak L terus ketawa melihat aksi lucu itu. Haha.

Selesai di bilik L, kami akhirnya tiba ke bilik bayi berusia 6 bulan. No touching. Pesan KJ Hasmida kami sentiasa ingat.

Baby F namanya dan menghidap Acute Myleoid Leukemia.

Dengan Baby F kami menukar rentak. Kali ini aksi kami menjadi "slow motion" Oceans memetik ukulele dan kami mengalun lagu soft lullaby untuknya.

Dia memandang kami dengan wajah yang terkesima. Ibunya tersenyum.

Guru hospital clowning saya, Michael Christensen pernah beritahu dahulu, inilah 'sublime moment' yang sering berlaku dalam tugas seorang hospital clown. Saya bersyukur.

Banyak momen yang ingin saya ceritakan sewaktu kami menghibur di wad hematologi itu tempoh hari.

Namun tak terluahkan apa yang dilihat dan dirasa ketika berada di wad itu. Malah nak tulis catatan ini pun ambil masa hampir dua minggu. Tulis, padam. Tulis, padam.

Tak mengapalah, ini pun satu permulaan yang baik.

Walau apa pun, it is great to be back in the cancer children ward.

Kami akan berkunjung lagi ke sana dalam bulan ini.

Mohon sokongan dan doa daripada kawan-kawan semua kepada usaha menghibur anak-anak yang menghidap penyakit berbahaya dan kritikal di wad ini.

Usaha kami bergantung sepenuhnya kepada bantuan kalian.

Sekiranya kawan-kawan ingin menyumbang seikhlasnya kepada tabung Red Bubbles, maklumat akaun dan QR code ada dikongsikan di ruang komen.

Terima kasih didahulukan atas sumbangan ikhlas kalian. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa. Amin.

Kita masih berusaha bagi menyampaikan duit Raya kepada anak-anak yang menghidap penyakit serius dan kritikal di 4 buah h...
27/03/2025

Kita masih berusaha bagi menyampaikan duit Raya kepada anak-anak yang menghidap penyakit serius dan kritikal di 4 buah hospital berikut:

1. Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
2. Hospital Pakar Kanak-kanak UKM Cheras.
3. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
4. Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Di hospital-hospital inilah pasukan clown doctors Red Bubbles bertugas bagi menghibur anak-anak ini pada setiap minggu dan juga bulanan.

Hari Raya ini ramai antara mereka yang terpaksa beraya di wad.

Mudah-mudahan dengan kiriman duit raya kita ini, mereka akan ceria dan gembira ketika menjalani rawatan kanser, dialisis dan sebagainya.

Insya Allah, kami akan menyampaikan kiriman duit raya kepada anak-anak yang sedang berjuang untuk sembuh ini pada sepanjang bulan Syawal kelak.

Sekiranya ada sahabat-sahabat yang ingin mengirim duit raya seikhlas hati kepada mereka, berikut disertakan akaun dan kod QR untuk tujuan sumbangan.

Mohon maklumkan kepada kami selepas itu melalui WA: 0192665157 atau emel: redbubblesmy@gmail.com.

Terima kasih didahulukan atas sumbangan daripada kawan-kawan semua. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki kalian. Amin.

Tiap-tiap tahun kami tak pernah 'miss' bagi Duit Raya kepada Airen,  kanak-kanak pesakit buah pinggang kronik di Hospita...
19/03/2025

Tiap-tiap tahun kami tak pernah 'miss' bagi Duit Raya kepada Airen, kanak-kanak pesakit buah pinggang kronik di Hospital Selayang.

Saya masih ingat lagi masa tahun 2018 di bilik dialisisnya

Hari itu kami memang nak menyakat Airen.

Kami sengaja melengah-lengah masa waktu nak hulur sampul Duit Raya kepadanya.

Sekejap saya hulur kepada DR Lat.

Kemudian, DR Lat pass semula kepada saya.

Begitulah aksi kami berulang-kali sehingga Airen memberi jelingan tajam kepada dua clowns yang sering mengalahkannya dalam peraduan teka-teki. Haha.

Akhirnya kami beri jugalah Duit Raya kepadanya.

Kini semua itu sudah jadi kenangan.

Setiap kali Ramadan saya pasti terkenangkan Airen, dan 'sparring partner'nya, Ayiep.

Teringat-ingat gelak ketawa mereka ketika kami datang menghibur mereka pada setiap hari Rabu. Eh, hari ini Rabu kan? 😪

Baru 2-3 hari lepas saya berWhatsapp dengan si Teha, kawan mereka di wad yang kini sudah menginjak usi dewasa.

Dia juga akui yang dia masih teringat-ingatkan mereka.

(Sebenarnya saya sedang kesat-kesat mata masuk habuk waktu menulis catatan ini)

Nyata, saya sangat rindu kepada anak-anak yang berjuang habis-habisan melawan sakit mereka ini.

Airen, Ayiep dan ramai lagi yang tidak tertulis di sini.

Semoga Allah cucuri rahmat kepada roh mereka. Amin.

Apa pun usaha menyampaikan Duit Raya kepada anak-anak yang menghidap penyakit kronik dan kritikal masih kami teruskan.

Walaupun dananya masih jauh dari sasaran yang diharapkan, kami yakin ramai yang ingin menggembirakan mereka pada Aidilfitri ini.

Terbayang dalam fikiran saya betapa gembiranya mereka yang terpaksa beraya di wad kerana rawatan dialisis dan kanser apabila menerima sampul raya Red Bubbles yang berisi kiriman duit raya daripada para dermawan.

Semoga mereka terus kuat dan cekal berjuang untuk kembali sembuh. Amin.

Insya Allah, tahun ini kita berusaha untuk menyampaikan kiriman Duit Raya daripada kawan-kawan budiman kepada ratusan anak-anak yang berada di empat buah hospital tempat kami menghibur mereka.

Sekiranya ada kawan-kawan yang ingin mengirim duit raya kepada anak-anak ini dengan seikhlasnya, maklumat lanjutnya ada di ruang komen post ini.

Terima kasih didahulukan atas sumbangan kawan-kawan semua.
Semoga rezeki kalian murah sentiasa. Amin.

Alhamdulillah, uncang duit raya untuk anak-anak yang menghidap penyakit kritikal yang sering kami hiburkan di hospital k...
08/03/2025

Alhamdulillah, uncang duit raya untuk anak-anak yang menghidap penyakit kritikal yang sering kami hiburkan di hospital kini mencapai RM2500.

Terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat Red Bubbles yang telah menyumbang.

Semoga Allah memurahkan rezeki kalian dan memberi pahala berlipat-ganda di bulan Ramadan ini.

Kita sasarkan dana sebanyak RM15,000 untuk uncang duit raya ini

Kami sedang berusaha bagi menyampaikan kiriman duit raya inj kepada anak-anak yang menghidap kanser, Leukemia dan sakit kronik yang lain di Hospital Sultan Ismail di JB, HPKK UKM Cheras, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani pada penghujung Ramadan dan di bulan Syawal kelak.

Untuk terus menyumbang, maklumat lanjut ada di ruang komen.

Terima kasih didahulukan atas bantuan semua.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, saya pasti terkenangkan Baim, anak kecil penghidap Leukemia yang kami pernah hiburkan...
06/03/2025

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, saya pasti terkenangkan Baim, anak kecil penghidap Leukemia yang kami pernah hiburkan di Hospital Kuala Lumpur suatu ketika dulu.

Pertama kali berjumpanya, Baim awal-awal lagi sudah memberitahu yang dia nak jadi seorang clown doctor seperti kami.

Dia sangat ceria orangnya. S**a mengusik orang dan juga pandai menyakat doktor yang penakut dengan ular plastiknya. Haha.

Hasrat hatinya sangat tulus sehingga kami menulis sebuah buku kanak-kanak bertajuk DR Bubbles dan Baim.

Dalam buku itu, kami tunaikan impian Baim menjadi seorang clown doctor dan menghibur kawan-kawannya di dalam wad.

Gembira sungguh dia dapat sign dan cop setiap bukunya itu semasa pesta buku di PWTC dulu.

Terlalu banyak kenangan manis dan pilu kami bersama Baim di bulan Ramadan dan Syawal.

Paling sukar dilupakan, pada hari Raya pertama, sedang kami sibuk meraikan anak-anak dan ibu bapa di wad kanser, tiba-tiba Baim datang beraya di wad bersama keluarganya.

Lalu dia turut sama bersama kami menyampaikan angpau Raya kepada rakan-rakan seperjuangan dari katil ke katil.

Saat itu hati saya benar-benar terharu melihat betapa besarnya sungguh hati anak kecil bernama Baim ini.

Walaupun dia sendiri sakit, tapi dia tetap ingin melihat orang lain bahagia.

Pada hari-hari terakhir seorang anak bernama Baim ini, kami sempat menunaikan hajatnya untuk bermain mercun di bulan Ramadan.

Di depan rumahnya kami menahan air mata daripada tumpah di hadapannya lalu sama-sama meletupkan mercun pop-pop ke lantai.

Mana mungkin saya melupakan detik gembira bercampur hiba itu. 😭

Kerana itulah pada Ramadan dan Syawal setiap tahun kami meneruskan usaha Baim untuk menggembirakan kawan-kawannya di wad dengan menyampaikan Duit Raya kepada mereka.

Tahun ini kami merancang untuk menyampaikan Duit Raya ini kepada anak-anak di empat hospital tempat kami berkhidmat menghibur mereka.

Kami akan pergi menyampaikan duit raya kepada Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Pakar Kanak-kanak UKM Cheras, Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar dan Hospital Sultan Abdul Halim di Sg. Petani.

Alhamdulillah, dana yang disumbangkan oleh sahabat-sahabat Red Bubbles sudah meraih RM1500. Terima kasih banyak-banyak. Moga rezeki kalian muraj sentiasa.

Walaupun ia masih jauh dari jangkauan sasaran yang diharapkan (RM15,000), namun kami yakin ia akan dapat dicapai kelak.

Sekiranya ada kawan-kawan yang ingin menyumbang kepada uncang duit Raya ini, maklumat sumbangannya ada di ruang komen.

Semoga usaha kita untuk menggembirakan anak-anak yang sedang berjuang untuk sembuh daripada penyakit kronik dan kritikal dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.

Terima kasih Baim!

Ini detik kami bertugas buat kali pertamanya sebagai hospital clown  menghibur pesakit kanak-kanak di Hospital Sultan Ab...
26/02/2025

Ini detik kami bertugas buat kali pertamanya sebagai hospital clown menghibur pesakit kanak-kanak di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada tahun 2012.

Sudah pun 13 tahun ia berlalu.

Latfy, sahabat baik saya ini sebenarnya jadi 'bidan terjun' sebagai clown doctor pada hari itu.

Kerana pada saat itu saya amat memerlukan dan sedang mencari-cari seorang 'clown partner' untuk bergandingan di wad pediatrik.

Beliau tanpa banyak soal terus menawarkan diri.

Sebab itu kalau dapat lihat di gambar ini, dia hanya sempat menyarung lab coat, red nose dan sebuah ukulele.

Semalam saya sengaja Whatsapp beliau gambar ini untuk mengenang kembali kenangan manis kami beraksi saat itu.

Terus dia balas,

"Mak aih, terasa tua!" Haha.

Beberapa hari yang lalu, kami telah dapat berita gembira. Lama juga berusaha dan menunggu jawapannya.

Alhamdulillah, pasukan clown doctors Red Bubbles telah mendapat kebenaran rasmi untuk berkhidmat bagi menghibur pesakit kanak-kanak di wad pediatrik Hospital Sultan Abdul Halim itu.

Kemungkinan besar lawatan secara bulanan.

Besar ertinya khabar baik ini kepada usaha kami.

Nanti mudahlah kami nak melatih si Oceans, clown doctor muda kami yang menetap di Pulau Pinang supaya beliau boleh menerajui program hospital clowning di sebelah utara Semenanjung.

Apabila diberitahu, dia nyata sangat gembira!

"Hospital itu dekat. Sejam sahaja dari rumah saya!" Katanya girang.

Kami juga akan dapat meneruskan usaha melatih sukarelawan belia yang berpotensi untuk berkhidmat sebagai clown doctors di sana kelak.

Malah selepas Raya nanti kami akan berkongsi pengalaman dan kemahiran kepada pelajar seni persembahan di USM melalui satu bengkel latihan yang sedang diusahakan.

Sekarang ini kami sedang berusaha meraih dalam anggaran RM15,000 bagi melaksanakan program menghibur pesakit kanak-kanak di Hospital Sultan Abdul Halim ini.

Dana itu akan membantu menampung kos perjalanan, penginapan dan juga latihan berterusan kami di sana.

Sekiranya ada sahabat sahabat ingin membantu sama seikhlas hati, bolehlah menyumbang kepada usaha Red Bubbles melalui maklumat lanjut di ruangan komen.

Semoga usaha bagi menghibur pesakit kanak-kanak di negeri Jelapang Padi ini dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.

Terima kasih didahulukan atas sumbangan dan bantuan kawan-kawan semua. Moga Allah balas budi baik kalian dengan rezeki yang murah. Amin.

Tinggal lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan.Di bulan Ramadan ini anak-anak yang duduk d...
25/02/2025

Tinggal lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Di bulan Ramadan ini anak-anak yang duduk di wad kanser kanak-kanak memang menantikan kemunculan kami.

Mengapa?

Kerana pada bulan yang mulia ini, kami akan datang bagi menyampaikan sumbangan duit raya daripada kawan-kawan yang dermawan semua.

Rutin bertandang ke wad pediatrik untuk beri duit raya ini sudah kami lakukan sejak dari dulu lagi.

Serata wad kami sudah pergi bagi menyampaikan duit raya kepada anak-anak yang menghidap penyakit kronik dan kritikal

Dari wad kanser kanak-kanak HKL sampailah ke HUSM di Kelantan saban tahun.

Tahun ini kami sedang berusaha bagi menyampaikan duit raya kepada anak-anak yang kami selalu hiburkan di hospital berikut:

1. Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
2. Hospital Pakar Kanak-kanak UKM.

Kami juga akan berusaha menyampaikan duit raya kepada pesakit kanak-kanak di hospital yang akan kami hiburkan ini kelak:

1. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.
2. Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah (terbaru!🥰)

Kalau ada rezeki, kami juga ingin menyampaikan sumbangan duit raya ini kepada anak-anak di wad pediatrik HUSM Kelantan juga.

Justeru kami dengan rendah hatinya mengalu-alukan sumbangan duit raya yang seikhlasnya daripada kawan-kawan semua.

Apa jua jumlahnya kami alukan kerana ia besar nilainya kepada anak-anak yang sedang cekal berjuang melawan penyakit serius dan kritikal seperti kanser dan sakit buah pinggang.

Untuk menyumbang, kawan-kawan boleh imbas kod Red Bubbles di ruang komen.

Terima kasih kami dahulukan atas kesudian kawan-kawan untuk menghibur dan menyuntik semangat kepada anak-anak di wad.

Semoga kalian dimurahkan rezeki sentiasa hendaknya. Amin.

Alhamdulillah kayuhan amal Red Nose Ride 2025 dari Tumpat ke Dungun tamat pada lewat petang Sabtu di Pantai Sura, Dungun...
03/02/2025

Alhamdulillah kayuhan amal Red Nose Ride 2025 dari Tumpat ke Dungun tamat pada lewat petang Sabtu di Pantai Sura, Dungun.

Kayuhan pada hari terakhir memang cukup mencabar.

Laluan dari Kuala Terengganu ke Dungun merentasi kawasan yang berbukit bukau. Tambah p**a, rintangan angin di hadapab melambatkan lagi kayuhan.

Apabila masuk ke kawasan bandar Dungun, kenderaan juga semakin banyak dan laju dan boleh membahayakan para peserta kayuhan yang sudah keletihan.

Namun Alhamdulillah akhirnya mereka selamat tiba di garisan penamat.

Kutipan amal Red Nose Ride ini bagi membantu program menghibur pesakit kanak-kanak Red Bubbles di hospital juga sudah berjaya meraih RM4674 setakat hari ini.

Sasaran kita sebanyak RM10000. Justeru kita masih berusaha mengumpul dana secukupnya.

Malah, ada beberapa orang peserta juga akan meneruskan kayuhan mereka bagi melengkapkan jarak 350KM.

Sekiranya ada kawan-kawan yang ingin membantu seikhlas hati, boleh salurkan sumbangan kalian melalui pautan kod & no.akaun di ruang komen.

Terima kasih didahulukan atas bantuan kawan-kawan semua. Semoga rezeki kalian murah sentiasa. Amin.

Alhamdulillah pasukan basikal Red Bubbles selamat sampai di Kuala Terengganu dari Jertih, jam 5.00 petang semalam. Bukti...
31/01/2025

Alhamdulillah pasukan basikal Red Bubbles selamat sampai di Kuala Terengganu dari Jertih, jam 5.00 petang semalam.

Buktinya mereka sempat berkayuh lintas hormat di Jambatan Angkat yang terkenal itu. Haha.

Semalam cuaca panas di luar tidak begitu terik.

Tapi sangkaan saya yang memandu dalam kereta berhawa dingin ketika mengekori mereka ini nyata meleset.

Rupa-rupanya berkayuh di pesisir pantai yang kurang berpokok ini lagi kuat bahang panasnya.

Warung cendol atau stesen petrol di sepanjang jalan untuk berhenti rehat p**a susah nak jumpa.

Lalu tubuh badan lagi mudah kekurangan air (dehydrated).

Petang semalam sewaktu makan malam, salah seorang peserta kayuhan amal Red Nose Ride ada tanda-tanda dehydrated sebegitu.

Mujurlah dalam pasukan kami ada seorang doktor ikut sama. Terus dapat rawatan segera.

Syukur Alhamdulillah dana yang terkumpul melalui kayuhan amal Red Nose Ride kini sudah mencapai RM3283.45.

Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang telah pun menyumbang seikhlas hati kepada usaha Red Bubbles menggembirakan pesakit kanak-kanak di hospital.

Moga dimurah rezeki semuanya oleh Allah SWT. Amin.

Jika ada kawan-kawan yang ingin menyumbang, maklumat lanjut ada di ruang komen. Terima kasih.

Hari ini kami akan berkayuh ke garisan penamat Red Nose Ride di Dungun.

Pagi ini tim kayuhan amal Red Nose Ride berkayuh basikal dari Jertih ke Kuala Terengganu. 117 KM ikut jalan pesisir pant...
31/01/2025

Pagi ini tim kayuhan amal Red Nose Ride berkayuh basikal dari Jertih ke Kuala Terengganu. 117 KM ikut jalan pesisir pantai.

Cuaca cerah. Rintangan angin dijangka harus ditempuhi sepanjang jalan.

Dua peserta sudah tercedera dan tidak dapat berkayuh pada pagi ini.

Mohon doa agar perjalanan mereka semua selamat sampai ke Kuala Terengganu. Amin.

Terima kasih atas sumbangan dana ikhlas daripada kawan-kawan semua. Semoga Allah memurahkan dan meluaskan rezeki kalian. Amin.

Red Nose Ride 2025 - 30 Januari 2025. Hari pertama kayuhan amal ini semalam bagi mengumpul dana untuk usaha Red Bubbles ...
30/01/2025

Red Nose Ride 2025 - 30 Januari 2025.

Hari pertama kayuhan amal ini semalam bagi mengumpul dana untuk usaha Red Bubbles tamat dengan jayanya.

Semalam semua peserta telah berkayuh dari Tumpat - Pasir Mas - Melawi - Jertih dengan jarak 112 KM.

Alhamdulillah, mereka selamat tiba di homestay di Jertih sekitar jam 5.30 petang.

Semalam mereka terpaksa berkayuh dalam cuaca yang panas terik. Selain itu, halangan angin di pesisir pantai juga membuatkan kayuhan mereka menjadi agak perlahan.

Alhamdulillah, dana yang terkumpul melalui kayuhan amal Red Nose Ride kini sudah mencapai RM2773.45.

Terima kasih banyak-banyak atas sumbangan kalian. Semoga Allah memurahkan rezeki semua yang membantu. Amin.

Sasaran dana kita adalah RM10000 bagi membantu usaha pasukan 'clown doctors' Red Bubbles untuk terus berkhidmat menghibur pesakit kanak-kanak di hospital.

Sekiranya ada teman-teman ingin menyumbang dana seikhlasnya, bolehlah semak maklumatnya dalam ruang komen.

Terima kasih didahulukan atas keprihatinan kalian.

Kayuhan amal Red Nose Ride bagi mengumpul dana Red Bubbles bermula pagi ini dari homestay kami di Tumpat.Mulanya 8 orang...
30/01/2025

Kayuhan amal Red Nose Ride bagi mengumpul dana Red Bubbles bermula pagi ini dari homestay kami di Tumpat.

Mulanya 8 orang sahaja akan berkayuh pagi ini. Tiba-tiba kawan Khairil yang 20 tahun tak berjumpa, Bodak orang Tumpat (baju putih) pun nak kayuh sama sampai ke Peringat.

Beliau siap bersedekah air minuman lagi untuk semua. Terima kasih banyak-banyak abe Bodak kerana membantu.

Hari ini mereka akan menuju ke Jertih melewati Pasir Mas.

Mohon doa kawan-kawan semua agar perjalanan mereka selamat dari segala bahaya dan kecelakaan di jalan raya. Amin.

Dana yang terkumpul sempena kayuhan amal Red Nose Ride kini RM2200. Terima kasih semua kerana telah menyumbang. Semoga rezeki kalian di murahkan sentiasa. Amin.

Sekiranya ada kawan-kawan ingin menyumbang sama, boleh klik QR di komen nanti.

Terima kasih didahulukan atas bantuan kalian kepada usaha Red Bubbles untuk terus menghibur anak-anak di hospital.

Address

190A, Lorong Kempas 2, Kg. Melayu Ampang Tambahan
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Red Bubbles posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Red Bubbles:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram