13/06/2020
MANDIAN HERBA
Setiap kali ibu-ibu berpantang, mandian herba adalah antara kewajiban untuk mengembalikan kesegaran badan mereka setelah penat bertarung di medan peperangan. Selain ia adalah tradisi turun temurun, ia tetap diamalkan dan digemari oleh ibu-ibu zaman ini. Ada pelbagai jenis mandian herba yang ditawarkan oleh mereka yang terlibat dalam bidang pantang ini, samada moden atau tradisional. Jika amalan mandi herba sepanjang berpantang, ia membantu mewangikan badan, memberikan kesegaran badan serta mengurangkan rasa tekanan dalam diri.
Jika memilih secara tradisional, antara jenis-jenis daun herba yang terkandung didalam mandian herba adalah tamu tasik / lampin budak, daun mengkudu, daun kantan, lempoyang, lemuni, mahkota dewa, daun kayu manis, daun kunyit, daun lengkuas, daun kunyit hitam, buah mengkudu, halba,daun serai wangi, lengkuas, halia dan limau purut. Kesemua bahan-bahan ini perlulah direbus sehingga mendidih, dan air didih dipindahkan ke dalam baldi dan dicampur besama dengan air paip biasa. Ukur mengikut tahap kepanasan yang boleh diterima badan.
Sebelum mandi, seeloknya seseorang ibu berpantang itu mencebok dengan air rebusan sirih kerana ia membantu merawat luka jahitan. Setiap herba memiliki khasiat-khasiat yang tersendiri. Dan air rebusan tersebut boleh mengharumkan suasana rumah Ketika dimasak. Daun-daun herba tersebut jangan terus dibuang, ini kerana ia boleh digunakan sebanyak 3 atau 4 kali mandi.
Seseorang itu digalakkan mandi sehari sebanyak 2 kali sahaja. Serta dimulai dengan jurusan kaki supaya urat-urat badan tidak tersentak menerima air dan angin naik ke kepala. Selain itu, mandi juga tidak digalakkan terlalu lama dan terlalu sekejap sehingga menggigil kesejukan. Digalakkan seseorang ibu berpantang untuk mengamalkan mandi herba selama 44hari berpantang.
*AuraBeautyMarwaniz*
Best Confinement Center 2019