Esulix - Tips Kencing Manis diabetes

Esulix - Tips Kencing Manis diabetes Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Esulix - Tips Kencing Manis diabetes, Vitamins/Supplements, Ampang.

ESULIX telah disahkan secara klinikal oleh pakar & penyelidik dari USM, bahawa ESULIX adalah formulasi herba yang boleh membantu pesakit kencing manis dengan berkesan

Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan influenza, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa:✔️men...
21/07/2022

Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan influenza, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa:

✔️mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi;
✔️amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
✔️mengamalkan adab batuk yang baik; mengamalkan cara hidup sihat.

⚠️ Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza, sila laksanakan perkara-perkara seperti dikongsikan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Kredit to. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

JAGA BUAH PINGGANG KITA.Bagaimana nak tahu ginjal kita sihat? Lakukan pemeriksaan darah dan air kencing.Bacaan eGFR (est...
14/07/2022

JAGA BUAH PINGGANG KITA.

Bagaimana nak tahu ginjal kita sihat?

Lakukan pemeriksaan darah dan air kencing.

Bacaan eGFR (estimated glomerular filtration rate) yang normal adalah pada takat 90mls/min.

Jika kita mempunyai bacaan yang lebih rendah dari ini, kita mungkin seorang pesakit buah pinggang yang kronik. Pesakit buah pinggang kronik mempunyai bacaan eGFR kurang dari 60 mls/min.

Tapi bagaimana p**a eGFR ni disukat? Ini dikira berdasarkan umur dan bacaan ujian darah kreatinine anda.

Selain itu, penyakit buah pinggang kronik juga boleh dikesan melalui ujian air kencing yang menunjukkan kebocoran protin atau darah atau jika struktur buah pinggang anda tidak normal dengan ujian ultrasound.

Mereka yang berisiko mengalami penyakit ginjal adalah pesakit diabetis, pesakit hipertensi, pesakit yang mengambil steroid dan ubat tahan sakit.

Oleh itu, jagalah kesihatan buah pinggang kita. Amalkan lah gaya hidup sihat.

Semoga bermanfaat.

Kredit : Dr Zubaidi Hj Ahmad



14/07/2022

VITAMIN E MEMBANTU KEROSAKAN PADA TULANG RAWAN SENDI LUTUT

Setakat hari ini, banyak kajian dan pembuktian bahawa vitamin C memainkan peranan yang besar dalam metabolisme dan juga penyembuhan tulang rawan (cartilage ) dan tisu penghubung (connective tissue) yang telah cedera.
Namun begitu sekarang semakin banyak kajian dan pembuktian peranan vitamin E sebagai suplemen yang baik untuk merawat kecederaan lutut dan penyakit osteoarthritis. Ini bermakna kedua-dua vitamin ini membantu pesakit tersebut.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimp**an bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis.
Rujuk: Sutipornpalangkul, Morales NP, Charoencholvanich K, Harnroongroj T. Lipid peroxidation, glutathione, vitamin E, and antioxidant enzymes in synovial fluid from patients with osteoarthritis. Int J Rheum Dis. 2009 Dec;12(4):324-8. doi: 10.1111/j.1756-185X.2009.01430.x.
Kajian itu mendapati bahawa cecair dalam sendi (synovial fluid) pada pesakit sendi lutut osteoarthritis mengalami kekurungan vitamin E berbanding dengan orang yang tidak mengalami masalah ini.
Vitamin E telah lama dikenali bersifat antioksidan yang baik, mampu menghalang kerosakan kesan pengoksidaan pada tulang rawan. Dalam satu kajian lain, yang diterbitkan dalam Iowa Orthopathogy Journal menunjukkan bahawa vitamin E dan sebatian antioksidan yang lain membantu menghalang kematian yang lebih awal sel-sel tulang rawan akibat tekanan yang kuat akibat berat badan yang berlebihan.
Rujuk: Beecher BR, Martin JA, Pedersen DR, Heiner AD, Buckwalter JA. Antioxidants block cyclic loading induced chondrocyte death. Iowa Orthop J. 2007;27:1-8.
Dalam kajian lain vitmin E dapat melindungi sel-sel tulang rawan dari kesan negative antibiotic quinalone (contohnya Cipro dan Levaquin) yang selalu diberikan kepada pesakit yang mengalami kencing kotor (jangkitan pada saluran kencing).
Rujuk: Pfister K, Mazur D, Vormann J, Stahlmann R. Diminished ciprofloxacin-induced chondrotoxicity by supplementation with magnesium and vitamin E in immature rats. Antimicrob Agents Chemother. 2007 Mar;51(3):1022-7.
Sebab itu pengambilan antibiotic perlukan perskripsi setelah menjalani pemeriksaan doctor dan tidak boleh dibeli terus dari farmasi agar kesan kemudaratan dapat dikawal.
Selain itu vitamin E juga dapat membantu melindungi sel dalam tubuh (termasuk sel-sel pada sendi) daripada kerosakan yang disebabkan oleh kesan negative pil-pil steroid (yang dinamakan osteonecrosis). Pengambilan pil-pil steroid juga harus mendapat preskripsi doctor.
Dalam kajian lain yang dilakukan pada 2007, beberapa sebatian antioksidan seperti vitamin E, omega 3 dan vitamin C dapat mengekalkan ketebalan sel-sel tulang rawan yang dikaji menggunakan pemeriksaan MRI. Dalam kes osteoarthritis, kebanyakan pesakit mengalami kenipisan sel-sel tulang rawan sehingga menyebabkan ruang dalam sendi lutut menjadi sempit dan pesakit berasa sakit dan dengan sendi berbunyi apabila digerakkan.
Kajian ini dilakukan oleh saintis dan doctor pakar di Department of Epidemiology and Preventive Medicine, Monash University, Central and Eastern Clinical School, Alfred Hospital, Melbourne, Australia.
Secara kesimp**annya saya mencadangkan kepada pesakit sendi lutut, selepas membuat pemeriksaan doctor dan mengetahui punca sebenar masalah sakit lutut mereka, mengambil vitamin E, vitamin C dan omega 3 bagi membantu merawat kecederaan tulang rawan akibat kesan oksidan yang didapati pemakanan kita, pengambilan ubat tertentu, kecederaan sukan atau masalah penuaan.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad


13/07/2022

AIR KENCING BERBUIH YANG TIDAK NORMAL

Ada kalanya buih dalam air kencing menunjukkan seseorang individu itu mempunyai banyak kandungan protein dalam air kencing akibat mula mengalami masalah buah pinggang. Ini kerana proses penapisan tidak dapat dilakukan dengan sempurna, menyebabkan pro tein dari darah, dapat melepasi penapisan dan masukkan ke dalam untuk air kencing. Oleh itu buih dalam air kencing adalah sesuatu yang agak agak serius jika individu itu bukan wanita hamil, tidak dalam keadaan dehidrasi, tidak mengambil suplemen minuman/makanan berprotein tinggi seperti daging atau produk tenusu.

Selain dari tanda kerosakan buah pinggang, buih dalam air kencing juga boleh menandakan beberapa penyakit lain. Antaranya adalah jangkitan pada pundi kencing. Ia dikenali sebagai kencing kotor. Ini kerana kuman yang berada ke dalam pundi dan saluran kencing, melepaskan gas, yang menyebabkan buih. Selain kencing berbuih, seseorang yang mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing juga akan mengalami rasa sakit ketika membuang air kencing.
Selain itu, air kencing yang berbuih boleh disebabkan oleh pembentukan vesicocolic fistula. Fistula adalah sambungan antara dua organ yang tidak normal. Vesicocolic fistula, adalah sambungan laluan yang menghubungkan antara pundi kencing dan usus besar. Ia akan menyebabkan najis dan udara dari usus besar boleh masuk ke dalam pundi kencing, dan apabila ia dikeluar sebagai air kencing, ia akan berbuih.

Jika seorang individu itu melihat buih dalam air kencing dalam masa atau keadaan tertentu, atau ia berlaku hanya sesekali, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Walau bagaimanapun, jika melihat air kencing berbuih setiap kali membuang air kecil, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut. Ia kerna besar kemungkinan beliau mula mengalami masalah kerosakan buah pinggang (ginjal).

Kredit: Dr Zubaidi HJ Ahmad


DOKTOR, APA MANFAAT OMEGA 3?1. Ramai yang menyangka semua lemak dan lemak berbahaya. Namun terdapat lemak sihat yang per...
13/07/2022

DOKTOR, APA MANFAAT OMEGA 3?

1. Ramai yang menyangka semua lemak dan lemak berbahaya. Namun terdapat lemak sihat yang perlu kita perolehi dari makanan dan suplemen kerana ia tidak dibentuk oleh tubuh kita. Antaranya minyak ikan yang mengandungi Omega 3.

2. Omega-3 adalah sejenis kump**an asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fat) yang diperlukan oleh tubuh. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian.

3. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3 yang utama iaitu :
✅Alpha-linolenic acid (ALA)
✅Eicosapentanoic acid (EPA)
✅Docosahexanoic acid (DHA).

Namun DHA dan EPA adalah dua komponen penting yang perlu kita perhatikan ketika memilih suplemen minyak ikan.

4. Omega-3 kebanyakannya didapati daripada ikan laut dalam seperti :
✅ Ikan tuna
✅ Ikan parang
✅ Ikan sardin
✅ Ikan kembung
✅ Ikan tenggiri
✅ Ikan tongkol

5. Mengikut Panduan Diet Malaysia kita dicadangkan untuk mengambil satu sajian ikan dalam diet harian. Ini membantu kita mendapat bekalan Omega 3 secukupnya. Tetapi bagi mereka yang tidak menyukai ikan atau tidak ada peluang mengambil ikan setiap hari, saya mencadangkan pengambilan suplemen Omega 3 sekurang-kurangnya 500mg dalam sehari.

6. Antara kepentingan Omega-3 adalah:

✅ Hipertensi: Masalah tekanan darah tinggi sangat berkait rapat dengan pengambilan garam dan lemak transfat yang berlebihan. Bagi memastikan amalan pemakanan yang lebih sihat, kita bolehlah menggantikan hidangan daging dengan hidangan ikan bagi suatu menu makan utama. Ini kerana kandungan omega-3 yang tinggi dalam produk ikan dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

✅Hiperkolestrolemia: Kajian menunjukkan pengambilan omega-3 dapat menurunkan tahap trigliserida dan pada masa yang sama ia juga mampu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam darah.

✅ Kanser: Omega-3 juga dikaitkan dengan pencegahan beberapa jenis kanser seperti kanser usus, kanser payudara dan kanser prostat.

✅ Perkembangan minda anak semenjak kandungan.
Omega-3 daripada kelas DHA (Docohexanoic acid) dan EPA (Eicosapentanoic acid) amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak semenjak dalam kandungan. Ia membantu sel otak untuk berhubung dan seterusnya mempengaruhi fungsi pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu wanita hamil dan menyusukan anak sangat dicadangkan untuk mengamalkannya.

✅ Selain itu Omega 3 dicadangkan untuk kesuburan, pencegahan masalah berkaitan mental seperti dementia (nyanyuk) dan kemurungan, mencegah kejadian strok (angin ahmar), mengurangkan risiko diabetes (kencing manis) dan mencegah arthritis (sakit pada sendi).

7. Pada masa ini, terdapat pelbagai suplemen omega-3 di pasaran terutamanya dalam bentuk suplemen minyak ikan. Ia dicadangkan untuk golongan yang mempunyai masalah di atas terutama yang tidak mendapat hidangan ikan setiap hari seperti yang dicadangkan.

Rujukan :
1. Omega-3 fatty acids: a comprehensive review of their role in health and disease. Postgraduate Medical Journal. Volume 85, Issue 1000.
2. American Heart Association (AHA). 2002. Circulation. Scientific Statements: Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids and cardiovascular diseases.

Kredit : Dr Zubaidi Hj Ahmad


PETANDA MASALAH JANTUNGSewaktu berbaring atau tidur di tengah malam, pernahkah anda mengalami sesak nafas dan disusuli r...
12/04/2022

PETANDA MASALAH JANTUNG

Sewaktu berbaring atau tidur di tengah malam, pernahkah anda mengalami sesak nafas dan disusuli rasa sakit atau dihimpit di bahagian dada?

Disebabkan masalah itu, anda terpaksa meninggikan bantal sehingga dua atau tiga tingkat bagi membantu untuk tidur lena pada waktu malam.

Keadaan itu boleh menjadi lebih ekstrem apabila terpaksa tidur dalam posisi duduk.

Jika pernah mengalaminya, segera rujuk kepada pakar kardiologi kerana kemungkinan ia ada kaitan dengan masalah kegagalan fungsi jantung.

Meskipun sesak nafas boleh menjadi gejala bagi pelbagai jenis penyakit lain terutama membabitkan peparu dan hati, ia masih menjadi 'petanda' serius untuk masalah jantung.

Pengalaman pesakit jantung yang mengalami sesak nafas dengan pesakit lain seperti pesakit asma ataupun mereka yang menghidapi 'pulmonari obstruktif kronik' (COPD) mungkin bertindih atau sukar dibezakan.

Namun terdapat ciri tertentu dalam gejala sesak nafas yang mengaitkan ia dengan masalah kegagalan fungsi jantung. Contoh, individu yang sesak nafas kerana asma merujuk kepada reaksi mereka yang alah kepada perkara tertentu.

Bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, adalah tanda sesak nafas itu daripada masalah asma. Ia berlaku kerana jangkitan atau saluran pernafasan menjadi sempit.

Berbeza dengan mereka yang ada masalah jantung, sesak nafas biasanya disusuli rasa sakit dada dan kerap berlaku apabila mereka melakukan aktiviti harian.

Satu contoh kes dialami seorang pesakit, dia mengadu rasa penat lebih daripada biasa ketika berbasikal di trek mendaki. Sebelum ini dia tidak pernah mengalami masalah berkenaan untuk aktiviti yang sama. Setelah diperiksa, saluran darah sudah tersumbat 90 peratus dan memerlukan rawatan segera.

Dalam kebanyakan kes, pesakit mengalami sesak nafas akibat kegagalan jantung berpunca daripada arteri sempit dan tersumbat.

Biasanya mereka mengalami gejala sesak nafas akibat kegagalan fungsi jantung apabila saluran darah yang mengangkut oksigen ke jantung menjadi sempit atau tersumbat berpunca daripada pemendapan lemak di bahagian terbabit.

Kesan daripada saluran koronari yang sempit atau tersumbat ini menyebabkan jantung sendiri tidak dapat bekalan oksigen mencukupi dan menjadi punca individu sukar bernafas.

Faktor lain menyebabkan individu mengalami sesak nafas adalah otot jantung sedia dalam keadaan lemah. Jantung itu sendiri berperanan sebagai otot tidak dapat mengepam darah ke luar atau ke bahagian tubuh lain dengan baik.

Implikasi daripada keadaan jantung yang tidak dapat mengepam darah dengan baik turut mengundang kepada masalah lain termasuk air masuk ke dalam peparu dan kaki bengkak.

Penting bagi pesakit yang mengalami gejala sesak nafas menjalankan ujian lanjut bagi meneliti punca sebenar penyakit mereka.

Bagi individu yang mengalami sesak nafas dan mengesyaki ia berpunca daripada masalah jantung, boleh lakukan penilaian kendiri.

Dalam kes pesakit yang mengalami sesak nafas disusuli gejala kaki bengkak, mereka boleh lakukan ujian edema lekuk (pitting edema). Ujian terbabit merujuk kesan lekuk yang tertinggal beberapa minit selepas bahagian kaki bengkak dipicit.

Bagi saringan di hospital, pesakit terbabit akan menjalani beberapa siri ujian, antaranya ekokardiogram atau elektrokardiogram (ECG) untuk mengenal pasti sama ada jantung mereka berdegup normal atau lemah selain ujian darah (cardiac marker) dan saringan berkaitan.

Rawatan bagi masalah arteri tersumbat atau sempit boleh diatasi dengan prosedur rawatan angioplasti dan stenting. Dalam kaedah angioplasti, doktor akan memasukkan stent menerusi tiub nipis melalui arteri bahagian kaki atau tangan untuk sampai ke arteri yang tersumbat atau sempit.

Stent yang menyerupai spring bersaiz mikro ini akan membuka saluran yang tersumbat. Kebiasaannya, seminggu selepas pesakit menjalani prosedur rawatan ini, mereka boleh meneruskan rutin harian aktif seperti biasa.

Selain faktor arteri tersumbat, masalah injap jantung bocor juga menyebabkan pesakit jantung mengalami gejala sesak nafas.

Apabila injap jantung bocor dan tidak dapat berfungsi dengan baik, ini mengakibatkan darah mengalir ke belakang. Pesakit mungkin mengalami simptom sukar bernafas, penat, denyutan jantung tidak seragam dan bengkak kaki.

Sukarnya, tiada lagi rawatan jenis ubat dapat merawat dan hanya boleh dikendalikan menerusi pembedahan dan kaedah konvensional biasanya melalui pembedahan terbuka (open surgery).

Namun inovasi terkini iaitu penggunaan klip khas dipanggil 'Mitral Clip' (Klip Mitra) dikatakan menjadi harapan baharu bagi pesakit jantung yang mengalami kebocoran injap.

Tidak semua pesakit boleh melalui kaedah pembedahan terbuka untuk membaiki masalah injap jantung mereka. Bagi kes sedemikian, terdapat pilihan untuk membaiki injap mitral yang bocor dengan pilihan Mitral Clip.

Kebiasaan pesakit yang menjalani prosedur rawatan ini pulih dengan lebih cepat dan kualiti kesihatan mereka menjadi lebih baik.

Prosedur ini juga hanya membabitkan 'belahan' kecil pada saluran darah di bahagian kaki sebagai bukaan untuk memasukkan klip menggunakan peralatan khas. Prosedur ini dikendalikan sekurang-kurangnya dua doktor pakar menerusi sistem kendalian luar.

Mesej penting ialah orang ramai terutama yang begitu takut untuk menjalani saringan terutama mereka yang pernah mengalami gejala seperti sesak nafas atau bengkak kaki, tidak perlu bimbang dengan diagnos penyakit mereka.

Bukan sahaja teknologi malah ubat-ubatan juga sudah bertambah baik, ia dapat membantu mereka pulih daripada penyakit. Jadi saringan awal penting selain menjalani ujian berkala terutama bagi mereka yang berisiko tinggi.

Sumber : Harian Metro

Kredit : Harian Metro & Dr Zubaidi Hj Ahmad






HIPOGLISEMIA DI BULAN PUASAHipoglisemia berlaku apabila tahap gula dalam darah terlalu rendah. Selalunya ia berlaku pada...
06/04/2022

HIPOGLISEMIA DI BULAN PUASA

Hipoglisemia berlaku apabila tahap gula dalam darah terlalu rendah. Selalunya ia berlaku pada pesakit diabetes yang mengambil ubat anti-diabetes, tetapi keadaan ini boleh berlaku pada mereka yang bukan pesakit diabetes.

Hipoglisemia berlaku apabila tahap gula seseorang itu kurang dari 4.0 mmol/L. Ia akan memberikan tanda-tanda tertentu. Bila ia semakin rendah dan mencapai 3.0 mmol/L, keadaan ini sangat berbahaya dan harus diberikan rawatan segera. Apabila tahap menjadi semakin rendah mencapai 2.0 mmol/L pesakit boleh pengsan dan jika tidak diberikan rawatan segera, individu tersebut boleh meninggal dunia.

TANDA-TANDA HIPOGLISEMIA

Setiap orang mempunyai tahap toleransi terhadap tahap gula dalam darah yang berza. Antara tanda-tanda hipoglisemia adalah:

• Pening
• Rasa sangat lapar
• Sakit kepala
• Tidak boleh focus pada pekerjaan
• Berpeluh
• Menggigil
• Pandangan berkabur
• Sukar bernafas
• Akhirnya pengsan

Tetapi ada individu yang mengalami hipoglisemia tanpa sebarang tanda, dan pengsan setelah tahap gula terlalu rendah.

HIPOGLISEMIA DAN PESAKIT DIABETES

Hipoglisemia boleh berlaku di kalangan pesakit diabetes apabila:

1. Mereka mengambil ubat anti-diabetis tetapi tidak mengambil sebarang makanan. Keadaan ini selalunya berlaku :

• Di kalangan warga tua yang mengambil ubat anti-diabetes dan tidak berselera untuk makan.

• Di kalangan pesakit diabetes yang berpuasa.

Ia berlaku kalangan pesakit diabetes yang mengambil ubat anti-diabetes yang kuat, seperti suntikan insulin dan glibenclamide (daonil) dan ubat yang sekump**an dengannya.

Saya mencadangkan agar pesakit diabetes menukarkan ubat kepada Metformin yang tidak merangsangkan pengeluaran insulin jika mahu berpuasa. Metformin hanya akan merangsangkan sel-sel otot lebih sensitif terhadap insulin yang ada dalam tubuh.

Jarang pesakit diabetes yang mengambil ubat Metformin mengalami masalah hipoglisemia.

Selain itu, pesakit diabetes juga boleh mengurangkan dos ubat yang diambil. Ini bergantung kepada pemeriksaan doctor yang merawat.

Pesakit diabetes yang mengalami hipoglisemia boleh diberikan air manis yang mengandungi gula bagi meningkat tahap gula dengan cepat. Jika tidak ia boleh menyebabkan kematian.

2. Ada satu lagi keadaan yang saya namakan Pseudo-Hipoglisemia, iaitu keadaan di mana pesakit merasakan seolah-olah mengalami hipoglisemia, tetapi apabila diperiksa tahap gula dalam darah menggunakan mesin glucometer, bacaannya normal.

Sebagai contoh, saya ada seorang pesakit yang tiba-tiba masuk ke dalam klinik dibawa oleh anaknya.

“Tolong doctor, bapa saya mengalami hipoglisemia”

Pesakit berusia 60an dipapah oleh anaknya dan staf klinik ke bilik rawatan. Saya memeriksa gula dalam darahnya, dan mendapati bacaan adalah 8.4 mmol/L.

Mulanya saya tidak percaya dengan bacaan yang ditujukkan. Saya ulangi semula, dan bacaannya lebih kurang sama.

“Bapa puan tak alami masalah hipoglisemia…”

Jika bacaan gula normal, kenapa ada tanda-tanda mengalami hipoglisemia? Ini berlaku apabila terdapat penurunan gula dalam darah yang berlaku secara mendadak di kalangan pesakit diabetes. Oleh kerana sudah biasa dengan tahap gula yang tinggi, penurunan gula yang mendadak, walaupun masih berada dalam paras yang normal akan menyebabkan otak berasa tidak selesa dan segera memberitahu sistem saraf autonomik bahawa tubuh sedang mengalami masalah kekurangan gula. Jadi sistem saraf autonomic diaktifkan, dan kita berasa lemah, berpeluh, dan degupan jantung laju. Pada hal tahap gula masih dalam tahap yang normal.

Dalam keadaan ini pesakit tidak perlu mengambil sebarang minuman yang mempunyai gula yang tinggi kerana tahap gula pesakit masih tinggi. Cukup sekadar minum air kosong dan perlahan-lahan sistem saraf autonomik akan direhatkan dan tubuh akan beransur pulih.

Sebagai nota, pesakit diabetes yang tidak mengambil ubat, (sama ada dengan sengaja atau secara tidak sengaja) keadaan masalah hipoglisemia tidak akan berlaku kerana walaupun berpuasa, tahap gula darah tubuh masih tinggi.

HIPOGLISEMIA DI KALANGAN BUKAN PESAKIT DIABETES

Bagi orang yang sihat, situasi hipoglisemia jarang berlaku. Ini kerana apabila tahap gula menurun, tubuh akan berusaha meningkatkan semula tahap gula dalam darah secara semulajadi, walaupun individu tersebut tidak mengambil sebarang makanan atau sedang berpuasa.

Sebagai contoh, bagi kita yang berpuasa, tahap gula dalam darah akan menurun setelah enam jam kita tidak makan. Kita bersahur pada pukul 5 pagi dan selalunya keadaan ini mula berlaku di waktu tengahari. Tubuh akan melakukan proses gluconeogensesis di mana insulin tidak dikeluarkan, tetapi hormone glucagon dikeluarkan bagi meningkatkan gula dalam tubuh. Glucagon akan menukarkan glikogen yang disimpan di hati kepada glukosa. Glukosa ini akan ditukarkan menjadi tenaga untuk digunakan.

Namun terdapat juga keadaan di mana seorang individu mengalami masalah hipoglisemia walaupun ia tidak mengalami masalah penyakit diabetes. Terdapat dua jenis keadaan:

1. Hipoglisemia reaktif

Ia berlaku beberapa jam selepas makan. Apabila kita makan terlalu banyak karbohidrat (terutama makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas), akan menyebabkan insulin yang dikeluarkan dengan banyak dalam masa yang singkat. Ini menyebabkan tahap gula akan menurun dengan mendadak. Ini menyebabkan hipoglisemia. Keadaan seperti ini bermakna seseorang itu mengalami masalah pra-diabetes.

2. Hipoglisemia non-reaktif

Ia berlaku pada bila-bila masa, tanpa berkaitan dengan makanan. Tetapi ia berkaitan dengan penyakit yang mungkin tidak dikesan dan tidak diketahui.

Punca-punca masalah ini adalah:

1. Ubat-ubat tertentu
Antaranya adalah ubat darah tinggi (beta-blocker) seperti atenolol, atau propranolol, ubat jantung anti-arrhythmia seperti cibenzoline dan quinidine, ubat tahan sakit indomethacin, ubat anti-diabetes insulin dan ubat jenis sulfonylurea seperti glibenclamide.

2. Ketagihan arak yang kronik kerana kerosakan organ hati akan menghalang pengeluaran glukosa dari simpanan di hati.

3. Kerosakan fungsi hati, ginjal dan jantung

4. Kehamilan

5. Tumor pada organ pancreas iaitu insulinoma yang menyebabkan pengeluaran insulin yang berlebihan.

6. Berlebihan hormone tiroid (hipertiroidism)

RAWATAN BAGI HIPOGLISEMIA

Bagi mereka yang mengalami penyakit diabetes, masalah hipoglisemia yang berulang disebabkan dos ubat anti-diabetes yang diambil tidak sesuai lagi dengan corak pemakanan kita. Oleh itu apa yang perlu dilakukan adalah mengurangkan dos mengikut nasihat doctor yang merawat.

Ada juga yang bertanya, apabila keadaan hipoglisemia kerap berlaku, kita perlu mengambil lebih makan lebih banyak? Jawapannya adalah bukan meningkat pengambilan makanan. Tetapi mengurangkan dos ubat yang diambil.

Bagi individu bukan pesakit diabetes, keadaan hipoglisemia yang berulang adalah sesuatu yang tidak normal. Buatlah pemeriksaan lanjut.

BAGAIMANA MENGURANGKAN REAKTIF HIPOGLISEMIA

Antara yang boleh dilakukan bagi mereka yang mengalami masalah hipoglisemia selepas makan, adalah:

1. Makan makanan yang mengandungi lebih banyak karbohidrat kompleks seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

2. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang bergula atau dari sumber karbohidrat ringkas.

3. Ambil lebih banyak protein sihat seperti telur, ikan dan lemak sihat seperti minyak zaitun

4. Minum air secukupnya.

BAGAIMANA MERAWAT FUNGSI PANKREAS SECARA PEMAKANAN SIHAT

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa terdapat makanan yang dapat membantu meningkatkan fungsi pancreas mengeluarkan insulin dan meningkatkan sensiviti otot-otot terhadap insulin, dengan ini dapat merawat sel-sel pancreas yang terjejas.

1. Pengambilan minyak zaitun (extra-virgin olive oil)

Minyak zaitun (EVOO) yang tidak bertapis mengandungi sebatian polifenol yang bersifat antioksida seperti hydroxytyrosol, tyrosol, luteolin dan apigenin yang memberikan kesan positif terhadap fungsi dan kelangsungan beta-cells yang mengeluarkan hormone insulin. Dengan ini ia dapat mengawal tahap gula dengan lebih baik pada pesakit diabetes jenis 2.

Rujuk:
1. Annalisa Natalicchio, Rosaria Spagnuolo, Nicola Marrano, Giuseppina Biondi, Lucia Dipaola, Angelo Cignarelli, Sebastio Perrini, Luigi Laviola And Francesco Giorgino. Effects of Extra Virgin Olive Oil Polyphenols on Pancreatic Beta-Cell Function and Survival. Diabetes 2018 Jul; 67

2. Santangelo, C. et al. Consumption of extra-virgin olive oil rich in phenolic compounds improves metabolic control in patients with type 2 diabetes mellitus: a possible involvement of reduced levels of circulating visfatin. J. Endocrinol. Invest. 39, 1295–1301.

2. Pengambilan Minyak Habatus Sauda

Pengambilan minyak habatussauda yang mengandungi thymoquinone selama sekurang-kurangnya empat bulan minggu dapat meningkatkan sensitivity sel-sel terhadap insulin, dan ia juga meningkatkan kelangsungan sel-sel Langerhan yang mengeluarkan hormone insulin.

Rchid, H., H. Chevassus, R. Nmila, C. Guiral, P. Petit, M. Chokairi and Y. Sauvaire, 2004. Nigella sativa seed extracts enhanced glucose insulin release from rat-isolated langerhans islets. Fumdam. Clin. Pharmacol., 18: 525-529

2. Afaf Jamal Ali Hmza, Effat Omar, Ariza Adnan and Muhamed T. Osman Nigella sativa Oil Has Significant Repairing Ability of Damaged Pancreatic Tissue Occurs in Induced Type 1 Diabetes Mellitus. Global Journal of Pharmacology 7 (1): 14-19, 2013.
(Kajian di Centre of Pathology, Diagnostic and Research Laboratories, Faculty of Medicine, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sg. Buloh Campus, Sg Buloh, Selangor, Malaysia).

3. Pengambilan cuka buah

Dalam kajian yang dilakukan, pesakit diabetes jenis yang mengambil cuka buah-buahan contohnya cuka buah teen selepas makan akan mengurangkan tahap gula dalam darah, peningkatan insulin dan tahap triglyceride.

Rujuk: Mitrou P, Petsiou E, Papakonstantinou E, et al. Vinegar Consumption Increases Insulin-Stimulated Glucose Uptake by the Forearm Muscle in Humans with Type 2 Diabetes. J Diabetes Res. 2015;2015:175204.

VITAMIN D DAN PANKREAS

Selain itu terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan vitamin D dapat memberikan rawatan kepada pesakit diabetes jenis 2 dan juga bagi mencegah kanser pancreas.

Rujuk: Altieri B, Grant WB, Della Casa S, Orio F, Pontecorvi A, Colao A, Sarno G, Muscogiuri G. Vitamin D and pancreas: The role of sunshine vitamin in the pathogenesis of diabetes mellitus and pancreatic cancer. Crit Rev Food Sci Nutr. 2017 Nov 2;57(16):3472-3488.

Dalam kajian yang dilakukan dalam 2014, kekurangan vitamin D akan meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik seperti kanser, multiple sclerosis dan diabetes jenis dan jenis 2.

Rujuk: Griz LH, Bandeira F, Gabbay MA, Dib SA, Carvalho EF. Vitamin D and diabetes mellitus: an update 2013. Arq Bras Endocrinol Metabol. 2014 Feb;58(1):1-8

Seperti mana yang diketahui terdapat data yang menunjukkan pesakit diabetes mengalami kekurangan vitamin D. Keadaan ini berlaku apabila terdapatkan kerintangan insulin yang disebabkan oleh keradangan. Kerdangan biasa berlaku pada pesakit kronik yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah.

Rujuk: Rifkin J. The role of vitamin D in diabetes. Pract Diabetol 28:5–8, 2009

Semoga bermanfaat.

Kredit : Dr Zubaidi Hj Ahmad




𝗔𝗛𝗟𝗔𝗡 𝗪𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗟𝗔𝗡 𝗬𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 "Permulaan Ramadhan itu adalah RAHMAT, Pertengahannya adalah KEAMPUNAN Maghrifah dan penghuj...
02/04/2022

𝗔𝗛𝗟𝗔𝗡 𝗪𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗟𝗔𝗡 𝗬𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡

"Permulaan Ramadhan itu adalah RAHMAT, Pertengahannya adalah KEAMPUNAN Maghrifah dan penghujungnya adalah KEBEBASAN dari api neraka"
Team ESULIX mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua muslimin dan muslimat di Malaysia.
Pesakit Diabates harus menjaga pemakanan dan pengambilan ubat secara konsisten
SALAM RAMADAN!



TIP UNTUK MEMELIHARA JANTUNG SIHATTabiat makan yang tidak sihat (diet yang tinggi lemak tepu/trans dan kurang serat, pen...
25/03/2022

TIP UNTUK MEMELIHARA JANTUNG SIHAT

Tabiat makan yang tidak sihat (diet yang tinggi lemak tepu/trans dan kurang serat, pengambilan garam berlebihan) berserta kurang melakukan aktiviti fizikal secara berkala akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Berazamlah untuk mencapai gaya hidup yang sihat untuk mencegah penyakit kardiovaskular.

1. Ikuti panduan Seimbang, Kesederhanaan, dan Kepelbagaian

Makan semua makanan daripada pelbagai kump**an di dalam piramid makanan dalam saiz sajian sederhana dan pilih pelbagai jenis makanan daripada setiap kump**an makanan. Hadkan makanan bergula, berminyak dan bergaram yang boleh memburukkan faktor risiko penyakit kardiovaskular.

2. Makan lebih banyak serat

Serat membantu mengawal paras kolesterol dan glukosa dalam darah, mengekalkan berat badan sihat dan mengurangkan risiko penyakit kardiovasular contohnya obesiti. Untuk mendapatkan serat, tambah legum, bijirin penuh, buah dan sayur ke dalam diet harian anda. Produk makanan bijirin penuh seperti beras perang, oat dan roti bijirin penuh ialah sumber baik bagi serat.

Makanan terbabit juga mengandungi vitamin dan mineral lain. Oat khususnya, mengandungi serat larut yang likat dikenali sebagai beta-glukan. Ia membantu mengurangkan jumlah kolesterol ketumpatan rendah (LDL) di dalam darah anda.

3. Aktif bergerak

Aktiviti fizikal terutama senaman aerobik, membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan stres, memperbaiki metabolisme dan meningkatkan paras kolesterol HDL. Panduan Diet Malaysia menyarankan 30 minit senaman berintensiti sederhana, lima hingga enam kali setiap minggu diikuti bergiat aktif sepanjang hari dengan membuat pilihan yang lebih aktif contohnya, menggunakan tangga berbanding lif, berjalan pergi dan balik daripada makan tengah hari atau kedai berhampiran berbanding menaiki kereta.

4. Kekalkan berat badan sihat

Mengekalkan berat badan yang sihat atau mengurangkan lebih berat badan boleh menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan faktor risikonya (contohnya paras kolesterol dan tekanan darah) dengan ketara. Berazam untuk capai Indeks J***m Tubuh (IJT) di antara 18.5-24.9. Ukuran lilitan pinggang 90 sentimeter (35 inci) atau lebih bagi lelaki atau 80 sentimeter (32 inci) atau lebih bagi wanita, dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti diabetes jenis dua, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

5. Lakukan saringan secara berkala

Jadualkan pemeriksaan tahunan bagi tekanan darah, paras kolesterol dan glukosa anda. Penyakit kardiovaskular boleh wujud tanpa sebarang simptom atau simptomnya tidak begitu jelas kelihatan. Oleh itu, mengetahui sama ada anda berisiko terhadap penyakit kardiovasular melalui saringan boleh membantu doktor menasihati anda mengenai kaedah rawatan sesuai.

6. Kurangkan stres dan rehat secukupnya

Stres sebenarnya boleh meningkatkan tekanan darah, begitu juga jika tidak cukup tidur. Cuba dapatkan lapan jam tidur yang berkualiti, belajar untuk menenangkan tubuh, minda dan jiwa anda dari semasa ke semasa.

7. Berhenti merokok

Sesiapa yang merokok satu kotak rokok sehari menggandakan risiko serangan jantung berbanding mereka tidak merokok. Perokok yang berhenti merokok mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan serta-merta!

Anda boleh mencegah dan mengawal banyak faktor risiko penyakit kardiovaskular melalui perubahan gaya hidup yang sihat lantas menikmati kehidupan lebih gembira bersama orang disayangi. Perubahan terbabit bukan saja melindungi jantung anda tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.


www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

Kredit : Dr Zubaidi Hj Ahmad



Address

Ampang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Esulix - Tips Kencing Manis diabetes posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Esulix - Tips Kencing Manis diabetes:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram