FR Bekam Ampang

FR Bekam Ampang Menyediakan perkhidmatan Bekam rumah ke rumah .. Pakej Bekam 3 dalam 1 :-

- Bekam Angin
- Bekam Luncur
- Bekam Darah

11/02/2022

Dengar sampai habis ya .

Betulkan yg biasa , biasakan yg betul

Semoga bermanfaat 😊

07/02/2022

Assalamualaikum ..

Anda ingin berbekam tapi tiada masa dan tak tahu dimana nak berbekam ?

Jangan risau .

FR Bekam ada menawarkan perkhidmatan Bekam terus ke rumah anda di seluruh lembah kelang , tiada lagi masalah tiada masa untuk ke pusat bekam dan tak tahu dimana pusat bekam ..

Pakej Bekam kami ada 3 dalam 1 iaitu :





Kesemua jenis bekam ini kami rangkul dalam 1 sesi rawatan bekam , insya Allah tak sakit dan sangat2 selesa ..

Boleh call dan whatsapp http://wasap.my/+601132147172/NAKBEKAM
http://wasap.my/+601132147172/NAKBEKAM
http://wasap.my/+601132147172/NAKBEKAM

DAKWAT SOTONGSUCI ATAU NAJIS?SOALAN :Saya ingin mendapatkan kepastian tentang dakwat sotong yang berwarna hitam itu adak...
26/07/2020

DAKWAT SOTONG
SUCI ATAU NAJIS?

SOALAN :

Saya ingin mendapatkan kepastian tentang dakwat sotong yang berwarna hitam itu adakah sebenarnya ia najis atau tidak najis?

JAWAPAN :

Para fuqahak telah berselisih pendapat tentang dakwat hitam yang keluar dari haiwan laut yang bernama sotong ini yaitu sebahagian fuqahak mengatakan ia adalah najis manakala sebahagian lagi mengatakan dengan sucinya.

Berkata Syeikh Abdul Rahman Ba’lawi :

الذي يظهر أنّ الشيء الأسود الذي يوجد في بعض الحيتان وليس بدم ولا لحم نجس, إذ صريح عبارة التحفة أنّ كلّ شيء في الباطن خارج عن أجزاء الحيوان نجس, ومنه هذا الأسود للعلّة المذكورة إذ هو دم أو شبهة

Artinya : “Bermula yang zahirnya bahawa suatu yang berwarna hitam yang didapati pada setengah haiwan laut yang bukan ia darah dan bukan daging itu adalah najis ia kerana telah jelas pada ibarat kitab Tuhfah sungguhnya setiap sesuatu di dalam perut yang keluar dari juzuk-juzuk haiwan itu adalah najis. Dan setengah daripadanya ialah dakwat hitam yang tersebut kerana ia dihukumkan darah atau seperti darah” (Kitab Bughyah Al-Murtassyidin)

Dan tersebut p**a pada kitab Bughyah At-Tullab :

وقد قال بعض مشايخنا: أنّ هذا السواد شيء جعله الله لصاحبه ترسا يتترس به عن كبار الحيتان فإذا قصده حوت كبير ليأكله أخرج هذا السواد فاختفى به عنه فلا يقاس بالقيئ ولا باللعاب لكونه خاصا له بهذه الخصوصية ويكون طاهرا والله أعلم

Artinya : “Telah berkata sebahagian guru-guru kami sungguhnya dakwat hitam ini adalah suatu yang Allah jadikan bagi haiwan tersebut sebagai senjata yang berjaga dengannya dari haiwan laut lain yang lebih besar. Maka apabila haiwan yang besar hendak menangkapnya lalu dikeluarkan dakwat hitam ini maka dia dapat menghilangkan diri darinya. Maka tidaklah diqiaskannya dengan muntah dan tidak juga air liur kerana keadaannya itu suatu yang istimewa bagi haiwan sotong ini dan ia adalah suci.”

KESIMPULAN

Hukum dakwat hitam yang ada pada sotong ini najis ia menurut setengah pendapat ulamak dan suci ia menurut setengah pendapat yang lain.

Yang afdhal ialah membasuhnya supaya keluar dari perselisihan.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

FIQAH KORBANBahagian 3AIB HAIWAN KORBANHaiwan yang hendak dijadikan sebagai korban disyaratkan tidak mempunyai aib atau ...
25/07/2020

FIQAH KORBAN
Bahagian 3

AIB HAIWAN KORBAN

Haiwan yang hendak dijadikan sebagai korban disyaratkan tidak mempunyai aib atau kecacatan.

Jika berkorban dengan haiwan yang ada padanya aib maka tidak sahnya korbannya itu.

Al-Barra’ bin ‘Azib r.a. berkata Rasulullah saw telah bersabda :

أَرْبَعٌ لَا تَجُوزُ فِي الْأُضْحِيَّةِ: الْعَوْرَاءُ الْبَيِّنُ عَوَرُهَا، وَالْـمَرِيْضُ الْبَيِّنُ مَرَضُهَا، وَالْعَرْجَاءُ الْبَيِّنُ ظَلْعُهَا وَالْعَجْفَاءُ الَّتِي لَا تُنْقِي

Artinya : “Empat perkara yang tidak diharuskan pada haiwan korban yaitu haiwan yang buta matanya dan jelas butanya dan haiwan yang sakit dan jelas sakitnya dan haiwan yang tempang dan jelas tempangnya dan haiwan yang kurus dan tidak berdaging.” (Hadith Abu Daud)

Dalam hadith di atas terdapat empat kecacatan yang dilarang pada haiwan korban menurut kesepakatan ulama sebagaimana yang disebut olih Imam Nawawi dalam kitab Al-Majmu’ yaitu :

الْعَوْرَاءُ

Yaitu hewan yang telah buta atau rosak dan matanya dengan kerusakan yang jelas. Jika matanya hanya rabun maka masih sah dibuat korban.

الْمَرِيْضُ

Yaitu hewan yang sakit berat atau terang nampak sakitnya. Dimaafkan sakit yang ringan atau sedikit.

Maka ia dapat diketahui dengan dua cara :

- Fizikal haiwan jelas nampak sakit seperti berkudis atau tercabut kulitnya atau besar lukanya.

- Kesan penyakit yang jelas pada haiwan tersebut seperti tiada nafsu makan dan terlalu lemah dan seumpamanya.

Maka sakit yang sedikit tidak menjejaskan sahnya korban seperti sedikit bisul atau sedikit ketuat atau sedikit luka dan haiwan itu tetap sihat dan kuat serta berselera makan.

الْعَرْجَاءُ

Yaitu hewan yang tempang atau capek dan nampak jelas tempangnya seperti adalah dia tidak mampu berajalan macam biasa dengan haiwan yang sihat sehingga selalu tertinggal.

Adapun haiwan yang sedikit tempang atau capek sedikit tetapi kuat dan berjalan laju seperti haiwan yang sihat adalah dibolihkan.

الْعَجْفَاءُ dan لَا تُنْقِي

Yaitu yang sangat kurus dan yang tidak berdaging

Dalam soal berdaging atau tidak ini ada 4 jenis haiwan yaitu :

1. Gemuk maka ialah yang paling afdhal dibuat korban.

3. Tidak gemuk dan tidak kurus maka harus dibuat korban.

C. Kurus maka hukumnya makruh dibuat korban.

4. Terlampau kurus atau disebut tidak berdaging maka tidak sah dibuat korban.

HAIWAN YANG TIDAK SAH BUAT KORBAN

Kemudian ada beberapa jenis lagi haiwan yang tidak sah dijadikan sebagai korban yaitu :

Haiwan sakit gila.

Haiwan yang terpotong kakinya atau putus tangannya.

Haiwan yang pengsan dengan sebab terjatuh misalnya maka tidak sah dibuat korban kerana disamakan hukumnya dengan sedang sakit. Tetapi setelah ia sedar dari pengsan maka sah dibuat korban kerana telah sihat.

Haiwan yang hilang sebahagian daging pada badannya.

Haiwan yang tidak bolih berjalan.

Haiwan yang sedang bunting.

Haiwan yang putus ekornya.

Haiwan yang patah kakinya.

Haiwan yang putus telinganya tetapi jika terkoyak telinganya yaitu masih bolih dibuat korban kerana tidak hilang dagingnya.

Dan dimaafkan yakni sah dibuat korban :

Haiwan yang dibuat lubang sedikit pada telinganya kerana meletak tanda tetapi jika lubang yang dibuat adalah besar maka tidak harus kerana hilang banyak dagingnya.

Haiwan yang tercalar luka kecil atau seumpamanya yang tidak menghilangkan daging dan tidak kelihatan sebagai cacat.

Haiwan yang gugur sebahagian gigi tetapi dapat makan seperti haiwan lain yang bergigi.

Haiwan betina sekalipun yang afdhal ialah haiwan jantan.

wallahua’lam

credit:
Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Bersambung Bhg 4

NIAT PUASA ARAFAH SERTA PUASA QADHA SOALAN :Kalau kita hendak melakukan puasa sunat arafah adakah harus kita berniat sek...
25/07/2020

NIAT PUASA ARAFAH SERTA PUASA QADHA

SOALAN :

Kalau kita hendak melakukan puasa sunat arafah adakah harus kita berniat sekali dengan puasa qadha?

JAWAPAN :

Siapa yang mahu melakukan puasa sunat adalah harus dia berniat sekali dengan puasa qadha atau puasa nazar atau lainnya jika dia mahu.

Berkata Imam As-Suyuthi :

ولو صام في يوم عرفة مثلًا قضاء أو نذرًا أو كفارة ونوى معه الصوم عن عرفة، فأفتى البارزي بالصحة والحصول عنهما. قال: كذا إن أطلق. فألحقه بمسألة التحية.

Artinya : "Dan kalau seorang berpuasa pada hari arafah misalnya akan puasa qadha atau puasa nazar atau puasa kafarah dan dia berniat sama akan puasa sunat arafah maka Imam Al-Barizi telah menfatwakan dengan sahnya dan berhasil dari kedua puasa itu. Katanya dan begitu juga sah jika dia tidak niatkan puasa arafah. Maka dihubungkan masalah ini dengan masalah solat tahyat masjid.” (Kitab Asybah Wa An-Nazhoir)

Maksudnya jika seorang itu berniat puasa qadha atau puasa nazar atau puasa kafarah pada hari yang kesembilan dari bulan Zulhijjah dan berniat sama akan puasa sunat arafah maka hukumnya adalah harus dan kedua-dua puasa fardu dan puasa sunat itu sah.

Dan sah juga jika dia hanya berniat pada hari arafah itu akan puasa qadha sekali pun tidak berniat sama untuk puasa arafah yakni dapat baginya puasa qadha kerana dia telah berniat dan dapat p**a puasa sunat arafah kerana hari itu ialah hari arafah.

Berkata M***i Mesir Syeikh Ali Jum’ah :

يجوز للمسلم أن ينوي نية صوم النافلة مع نية صوم الفرض، فيحصل المسلم بذلك على الأجرين.

Artinya : “Harus bagi orang Islam bahawa berniat akan puasa sunat serta niat puasa fardu. Dan berhasil orang Islam itu dengannya atas dua pahala.” (Darul Ifta Mesir)

KESIMPULAN

Harus bagi siapa yang hendak berpuasa sunat berniat sertanya akan puasa qadha sekali dan sah kedua-dua puasa tersebut.

Jika dia melakukan kedua puasa sunat dan fardu itu secara berasingan maka itu terlebih afdhal.

wallahua’lam

credit:
Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Address

Kampung Ampang Indah , Lembah Jaya Selatan .
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+601132147172

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FR Bekam Ampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to FR Bekam Ampang:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category