Farmasi Klinik Kesihatan Arau, Perlis

Farmasi Klinik Kesihatan Arau, Perlis Page ini merupakan laman Facebook Farmasi Klinik Kesihatan Arau. Tujuan page ini adalah untuk membua

PAMERAN KENALI UBAT ANDA & PROMOSI MYMEDISAFE SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) DAERAH KANG...
21/10/2025

PAMERAN KENALI UBAT ANDA & PROMOSI MYMEDISAFE SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) DAERAH KANGAR 2025

๐Ÿ“†Tarikh: 18 Oktober 2025 (Sabtu)
โฑ๏ธMasa: 7.30 pagi- 5 petang
๐ŸกTempat: Perkarangan C-Mart, Arau
๐Ÿ”–Penganjur: Pejabat Kesihatan Daerah

Anggota Farmasi yang terlibat:
1. PF Ahmad Amzar (KK Arau)
2. PF Imran (KK Kg Gial)
3. PF Nur Ezzati (KK Arau)
4. โ PF Nurshakirah (KK Kg Gial)
5. PF Muhammad Hassan Fikry (KK Jejawi)
6. PPF Norma (KK Kg Gial)
7. PPF Nurul A'ain

Duta Kenali Ubat Anda (DKUA) yang terlibat:
1. Pn Chesukasarani (DKUA KK Beseri)
2. โ Pn Jamilah (DKUA KK Beseri)
3. โ Pn Salmi (DKUA KK Arau)

Anggaran jumlah peserta: 92 orang

Aktiviti yang dijalankan:
1. Pameran dan permainan kenali ubat anda.
2. โ Penerangan tentang insiatif MyMedisafe
3. 'Treasure Hunt'

Tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Semoga peserta yang hadir dapat manfaat dari aktiviti yang dijalankan.
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Unit Promosi Kesihatan Perlis
Kenali Ubat Anda KKM





CERAMAH DAN PAMERAN KENALI UBAT ANDA SEMPENA KARNIVAL KESIHATAN & SUKAN TRADISI PAWE YIPs 2025 ๐Ÿ“†Tarikh: 25 Ogos 2025 (IS...
25/08/2025

CERAMAH DAN PAMERAN KENALI UBAT ANDA SEMPENA KARNIVAL KESIHATAN & SUKAN TRADISI PAWE YIPs 2025

๐Ÿ“†Tarikh: 25 Ogos 2025 (ISNIN)
โฑ๏ธMasa: 8.00 pagi - 12.00 petang
๐ŸกTempat: Pusat Aktiviti Warga Emas YIPs, Jalan Abi Tok Hashim, Kangar
๐Ÿ”–Penganjur: Pusat Aktiviti Warga Emas - PAWE YIPs
Anggota Farmasi yang terlibat:
1. PF Ahmad Amzar
Duta Kenali Ubat Anda yang terlibat:
1. Pn Noraini Ahmad
2. โ Pn Salmi Ismail

Aktiviti yang dijalankan:
1. Ceramah Kesihatan kepada warga emas dan oleh Pegawai Pergigian(Dr Shakirah) , Pegawai Dietitik (En Dietetik) dan Pegawai Farmasi (En Amzar) .
2. โ Pameran ubat berdaftar dan ubat kencing manis. Penerangan kepada para pengunjung akan kepentingan patuh pada pengambilan ubat kronik di samping pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat..
3. Permainan cari perkataan dan 'puzzle' untuk budak sekolah berdekatan yang hadir.

Terima kasih kepada pihak PAWE YIPs, kerana sudi menjemput kami mengadakan program kolaborasi seperti ini.
Tahniah juga pada Klinik Pergigian Kangar dan Wellness Hub Perlis yang turut terlibat dalam menjayakan Karnival Kesihatan ini.
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis
Pejabat Kesihatan Daerah Kangar
Klinik Kesihatan Arau
# Kenali Ubat Anda

16/06/2025

Tahukah anda Sibutramine telah diharamkan dari pasaran Malaysia sejak tahun 2012. Banyak negara yang telah haramkan ubat ini dari pasaran mereka. Nak tahu sebab apa?

Ini kerana Sibutramine mempunyai kesan mudarat seperti serangan jantung dan strok. Selain itu, ia juga ada kesan sampingan seperti peningkatan tekanan darah, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kesukaran tidur.

Di bawah Akta Racun 1952, mana-mana orang yang didapati menjual ubat ini boleh dikenakan hukuman denda sehingga maksimum RM50,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dan sekiranya pada pandangan mahkamah kesalahan yang dilakukan boleh membahayakan nyawa manusia, hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

16/06/2025
16/06/2025

PENCARIAN DUTA KENALI UBAT ANDA NEGERI PERLIS

Adakah anda :
- Berumur 18 tahun ke atas?
- โ Berminat menyertai program kesihatan?
- โ Ingin menyumbang kepada masyarakat?
- โ Ingin berkongsi maklumat asas berkaitan ubat-ubatan kepada masyarakat setempat?

ANDALAH YANG KAMI CARI!

Jika berminat, sila hubungi Pegawai Farmasi di fasiliti KKM yang berdekatan atau daftar melalui kod QR yang tertera.

Anda juga boleh mendaftar melalui link ini : https://forms.gle/xAytKAsPbRqWx51j7

JOM SERTAI KAMI!

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Kenali Ubat Anda





16/06/2025

Produk kosmetik yang dipalsukan dengan campuran hydroquinone kebiasaannya dijual untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat jeragat serta tona kulit yang tidak sekata. Penggunaan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kawasan kulit yang disapu, rasa tidak selesa, perubahan warna kulit yang tidak diingini, dan menjadikan kulit sangat sensitif. Kesan penggunaan hydroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi), sekali gus mengurangkan perlindungan semula jadi kulit daripada sinaran UV berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Produk kosmetik yang mengandungi tretinoin secara palsu lazimnya dipasarkan untuk rawatan jerawat dan mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pemantauan boleh menyebabkan kulit menjadi merah, pedih, mengelupas, tidak selesa serta terlalu sensitif terhadap cahaya matahari.

Kedua-dua bahan ini sama sekali tidak dibenarkan di dalam kosmetik. Ingat! Jangan sesekali mengambil jalan pintas hanya untuk kelihatan cantik dalam masa singkat sahaja. Sama-sama kita elak racun tanpa kawalan dan .

16/06/2025
16/06/2025

Jangan ambil mudah tentang ubat yang anda beli!

Ubat terkawal adalah ubat yang diperoleh dengan preskripsi doktor atau pengawasan profesional kesihatan. Ubat terkawal mengandungi bahan aktif yang berpotensi tinggi dan boleh memberikan kesan sampingan yang serius jika disalah guna.

Pastikan anda mendapatkan ubat terkawal daripada sumber yang sah seperti hospital, klinik atau farmasi. Hanya pilih ubat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

TOLAK UBAT TIDAK SAH

29/04/2025

ADA APA DALAM UBAT KAUNTERFIT? AWAS! Ubat kaunterfit adalah ubat palsu, ubat tidak sah dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ubat tidah sah dikhuatiri membahayakan kesihatan! Marilah kita bersama-sama melindungi kesihatan diri dan ahli keluarga kita.

Pastikan hanya pilih ubat berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.pharmacy.gov.my

TOLAK UBAT TIDAK SAH
UBAT TIDAK SAH BUAT ANDA SUSAH
SEMAK DULU BARU BELI

EDARAN DAN PENERANGAN INFO KENALI UBAT ANDA (KUA) SEMPENA PROGRAM OUTREACH WELLNESS ON WHEEL (WOW) RAMADAN๐Ÿ“†Tarikh: 27 Ma...
28/03/2025

EDARAN DAN PENERANGAN INFO KENALI UBAT ANDA (KUA) SEMPENA PROGRAM OUTREACH WELLNESS ON WHEEL (WOW) RAMADAN

๐Ÿ“†Tarikh: 27 Mac 2025 (Khamis)
โฑ๏ธMasa: 4.30 petang - 6.30 petang
๐ŸกTempat: Bazar Ramadan Arau
๐Ÿ”–Penganjur: Unit Promosi Kesihatan (UPK) JKN Perlis

Duta Kenali Ubat Anda yang terlibat:
1. Pn Masyitah binti Mohammed Shaari (MyChampion Duta KUA KK Arau)
2. โ Ahmad Amzar bin Kamaruddin (Pegawai Farmasi KK Arau)

Anggaran Peserta: 30 orang pengunjung

Aktiviti yang dijalankan:
1. Edaran dan penerangan risalah Ubat & Puasa.
2. โ Promosi aktiviti pemeriksaan kesihatan di truck WOW.

Aktiviti promosi dan pemeriksaan kesihatan telah diadakan di bazar ramadan terpilih. Semoga aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada orang awam agar kekal dengan cara hidup sihat di bulan ramadan.

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Unit Promosi Kesihatan Perlis
Farmasi Klinik Kesihatan Arau, Perlis
Kenali Ubat Anda





25/03/2025
๐ŸŒ™ ๐—ก๐˜‚๐˜‡๐˜‚๐—น ๐—”๐—น-๐—ค๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐ŸŒ™  Marilah kita sama-sama menghayati sejarah agung penurunan Al-Quran, kitab suci yang menjadi petunjuk...
17/03/2025

๐ŸŒ™ ๐—ก๐˜‚๐˜‡๐˜‚๐—น ๐—”๐—น-๐—ค๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐ŸŒ™
Marilah kita sama-sama menghayati sejarah agung penurunan Al-Quran, kitab suci yang menjadi petunjuk bagi seluruh umat manusia. โœจ

๐Ÿ“– ๐—™๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐—ก๐˜‚๐˜‡๐˜‚๐—น ๐—”๐—น-๐—ค๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป:
- Diturunkan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira', Makkah, melalui Malaikat Jibril AS.
- Lima ayat pertama yang diturunkan ialah daripada Surah Al-Alaq.
- Penurunan Al-Quran berlaku secara berperingkat selama 23 tahun.

๐ŸŒŸ ๐–ฃ๐–บ๐—…๐–บ๐—† ๐–ป๐—Ž๐—…๐–บ๐—‡ ๐–ฑ๐–บ๐—†๐–บ๐–ฝ๐–บ๐—‡ ๐—‚๐—‡๐—‚, ๐—†๐–บ๐—‹๐—‚๐—…๐–บ๐— ๐—„๐—‚๐—๐–บ ๐—†๐–พ๐—‡๐—€๐—๐–บ๐—’๐–บ๐—๐—‚ ๐—„๐–พ๐—‚๐—‡๐–ฝ๐–บ๐—๐–บ๐—‡ ๐–ฝ๐–บ๐—‡ ๐—†๐–บ๐—„๐—‡๐–บ ๐—†๐–พ๐—‡๐–ฝ๐–บ๐—…๐–บ๐—† ๐– ๐—…-๐–ฐ๐—Ž๐—‹๐–บ๐—‡. ๐–ฉ๐–บ๐–ฝ๐—‚๐—„๐–บ๐—‡ ๐—†๐–พ๐—†๐–ป๐–บ๐–ผ๐–บ ๐–ฝ๐–บ๐—‡ ๐—†๐–พ๐—†๐–บ๐—๐–บ๐—†๐—‚ ๐– ๐—…-๐–ฐ๐—Ž๐—‹๐–บ๐—‡ ๐—Œ๐–พ๐–ป๐–บ๐—€๐–บ๐—‚ ๐–บ๐—†๐–บ๐—…๐–บ๐—‡ ๐—๐–บ๐—‹๐—‚๐–บ๐—‡ ๐—„๐—‚๐—๐–บ. #๐–ฉ๐—ˆ๐—†๐–ญ๐—€๐–บ๐—ƒ๐—‚

๐Ÿ“Œ "๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—น-๐—ค๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป, ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต." (๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—น-๐—•๐—ฎ๐—พ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต: ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฑ)

Address

Arau

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60138755231

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Klinik Kesihatan Arau, Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Klinik Kesihatan Arau, Perlis:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram