14/03/2024
CARA PENGAMBILAN UBAT DI BULAN RAMADHAN
****************************************
Salam 3 Ramadhan 1445H buat semua sahabat fb.
Sempena bulan Ramadhan, saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai cara pengambilan ubat semasa berpuasa.
Banyak juga persoalan yang ditimbulkan oleh pesakit-pesakit Muslim mengenai masalah ini.
Mereka bertanya waktu mana mereka harus mengambil ubat ? 🤔
Namun, ada juga di antara mereka yang tidak mahu bertanya.
Mereka sendiri mengatur pemakanan ubat mereka dengan tidak mengikut dos yang betul.
Ada juga yang kurangkan pengambilan ubat sesuka hati mereka.
Akibatnya, penyakit mereka tidak terkawal. 😫
Ini memberi kesan negatif terutama kepada mereka yang menghidap penyakit kritikal seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, jantung dan banyak lagi.
Dibawah ini saya jelaskan
cara-cara pengambilan ubat yang betul pada bulan puasa.
Jika dos pengambilan ubat anda seperti berikut : ⤵️
=============================
💊1 KALI sehari SEBELUM MAKAN
=============================
✅ Ambil 30 minit @ 1 JAM
sebelum bersahur.
=============================
💊1 KALI sehari SELEPAS MAKAN =============================
✅ Ambil SELEPAS sahur atau
SELEPAS berbuka
=============================
💊💊 2 KALI sehari SEBELUM
MAKAN
=============================
✅ Dos PERTAMA :
Ambil 30 minit @ 1 JAM sebelum
bersahur.
✅ Dos KEDUA :
Buka puasa dulu dengan air dan
buah kurma.
Ambil UBAT.
30 minit kemudian baru boleh
mengambil menu berbuka puasa.
Atau ambil ubat 2 JAM SELEPAS
berbuka puasa.
=============================
💊💊 2 KALI sehari SELEPAS
MAKAN
=============================
✅ Dos PERTAMA :
Ambil selepas bersahur
✅ Dos KEDUA :
Ambil selepas berbuka puasa
=============================
💊💊💊 3 KALI sehari SEBELUM
MAKAN
=============================
✅ Dos PERTAMA :
Ambil 30 minit @ 1 JAM sebelum
bersahur
✅ Dos KEDUA :
Buka puasa dulu dengan air dan
buah kurma.
Ambil UBAT.
30 minit kemudian baru boleh
mengambil menu berbuka puasa.
Atau ambil ubat 2 JAM SELEPAS
berbuka puasa.
✅ Dos KETIGA :
Sebelum tidur
=============================
💊💊💊 3 KALI sehari SELEPAS
MAKAN
=============================
✅ Dos PERTAMA :
Ambil selepas bersahur
✅ Dos KEDUA :
Ambil selepas berbuka puasa
✅ Dos KETIGA :
Sebelum tidur selepas mengambil
makanan terlebih dahulu.
=============================
💊💊💊💊 4 KALI sehari
=============================
✅ Dalam kes ini, anda perlu berbincang
dengan doktor terlebih dahulu.
Semoga anda boleh faham dengan penerangan saya. Jika masih belum jelas, anda boleh menghubungi saya @ ahli farmasi yang berdekatan @ mendapat penjelasan daripada doktor anda.
Semoga bermanafaat.
Anda boleh klik " LIKE & SHARE" jika info ini boleh memberi kebaikan kepada orang lain juga.
Sekian. Sayangi diri anda. 💕
Roshayati Ibrahim,
( Ahli Farmasi Anda )
( Farmasi Arau )
( Gambar : kredit to KKM )