08/04/2026
Unit Kesihatan UiTM Cawangan Perlis dengan penuh sukacita menyambut kehadiran para pelajar praktikal yang akan menjalani latihan industri bersama kami. Kehadiran anda amat dihargai sebagai satu peluang untuk memperkaya pengalaman, memperluas pengetahuan serta berkongsi ilmu dalam persekitaran kerja yang sebenar dan profesional.
Diharapkan sepanjang tempoh latihan ini, anda dapat memanfaatkan setiap peluang yang ada bagi membina kemahiran, meningkatkan keyakinan diri dan membuat persediaan rapi ke arah alam kerjaya yang sebenar.
Selamat datang dan semoga anda menjalani latihan industri dengan penuh manfaat serta pengalaman yang bermakna.