Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor Insist Amilat - Ayer Hitam

Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor Insist Amilat - Ayer Hitam To ensure good Quality of dialysis

10/09/2021
04/09/2021
04/09/2021

Ciri baharu yang memaparkan status vaksinasi dan risiko di laman utama MySejahtera telah dilancarkan. Orang ramai akan mula menerima ciri ini secara berperingkat.
Ini adalah salah satu daripada usaha untuk kita hidup dengan COVID-19 dengan lebih mudah.

Jika anda berkelayakan seperti di bawah:πŸ“Œ Pemegang post basic renal, diploma bidang kejururawatan berpengalaman @ tiada ...
14/01/2021

Jika anda berkelayakan seperti di bawah:

πŸ“Œ Pemegang post basic renal, diploma bidang kejururawatan berpengalaman @ tiada pengalaman

πŸ“Œ Boleh bekerja secara shif

πŸ“Œ Boleh bekerja secara berkump**an & komunikasi yang baik

πŸ“Œ Boleh mengikuti arahan & bekerja di bawah pengawasan minimum

πŸ“Œ Mahir menggunakan komputer

❀️❀️ Berita baik ini juga terbuka kepada Pelajar Kejururawatan ditahun akhir @ sedang menunggu LJM

ANDA lah yang kami cari..πŸ”ŠπŸ”Š

Insentif.. ❀️❀️❀️
πŸ“Œ Elaun perumahan
πŸ“Œ Elaun perkhidmatan
πŸ“Œ Elaun sijil kejururawatan
πŸ“Œ Elaun uniform tahunan
πŸ“Œ Kenaikkan gaji tahunan
πŸ“Œ Medical card bersama pasangan & anak2
πŸ“Œ Klinik panel utk sakit luar seisi kelrga
πŸ“Œ Anjuran kursus utk cpd point
πŸ“Œ ++++

πŸ“© Emailkan resume anda ke srnadriya@gmail.com

☎️ Hubungi :
Pusat Dialisis πŸ‘‰ 011-11467893
Sn Ad πŸ‘‰ 017-7346185
Pn Aniza πŸ‘‰ 01133763846

HAPPY DEEPAVALI ! Kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang menganut agama Hin...
13/11/2020

HAPPY DEEPAVALI !

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang menganut agama Hindu!

JANGAN AMBIL REMEHBagi pesakit buah pinggang kronik tahap 3, 4 atau 5 (dialisis), pasti sentiasa kena pok-pek dileteri o...
08/10/2020

JANGAN AMBIL REMEH

Bagi pesakit buah pinggang kronik tahap 3, 4 atau 5 (dialisis), pasti sentiasa kena pok-pek dileteri oleh doktor dan jururawat kenapa tidak makan ubat CALCIUM CARBONATE dan CALCITRIOL (ubat telur cicak πŸ˜…) dengan betul ikut arahan doktor.

Banyak pemakanan kita mempunyai kandungan tinggi garam FOSFAT. Kena kunyah dan telan ubat CALCIUM CARBONATE setiap kali makanan masuk mulut. Lagi berat & banyak kita makan...lagi banyak pil CALCIUM CARBONATE kena kunyah.

Kena faham bahawa walaupun ubat CALCIUM CARBONATE tidak nampak mahal dan rupa macam panadol sahaja tetapi kesan jasanya amatlah penting. Ia mengawal garam FOSFAT di dalam darah kita jika ada penyakit buah-pinggang kronik. Jika fosfat tidak di kawal ia rangsang kelenjar parathyoid membesar & menyebabkan:

* tulang mudah reput dan patah (seperti dimakan anai-anai)
* tubuh badan menjadi pendek dan bongkok
* tulang rahang mulut semakin lebar dan besar
* dinding salur darah seluruh badan menjadi keras & mudah dapat
serangan sakit jantung dan strok
* berlaku seperti ulser kulit pada kaki (calciphylaxis)

Ubat calcitriol adalah untuk mengawal kelenjar parathyroid yang aktif (hyperparathroidism). Apabila kelenjar parathyroid terlalu aktif da tidak dapat dikawal dengan ubat, pesakit mungkin perlu menjalani pembedahan untuk buang kelenjar tersebut.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, Program Hari Keluarga 2020, anjuran Pusat Dialisis PIJ Ayer Hitam dengan te...
28/09/2020

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, Program Hari Keluarga 2020, anjuran Pusat Dialisis PIJ Ayer Hitam dengan tema 'Jalinan Kasih Erat Silaturrahim', yang telah berjalan dengan lancar dan sempurna pada 25– 26 September 2020 yang bertempat di Suara Chalet Pantai Air Papan,Mersing.

Terima kasih kepada semua staf yang terlibat untuk perancangan yang rapi, pelaksanaan yang penuh ikhlas dan tanggungjawab serta ketelitian dari sebesar-besar perkara sehinggalah perkara yang paling kecil dengan meletakkan matlamat program ini untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.

Kemeriahan p**a di tambah dengan kehadiran pesakit yang berkesempatan hadir di program ini. Syukur Alhamdulillah, mendapat sambutan yang baik dari pelbagai pihak.

Sesungguhnya, segala jasa dan bakti saudara–saudari dalam menjayakan majlis ini sangatlah bermakna dan akan dikenang sebagai satu sumbangan yang amat dihargai.

Semoga kerjasama dan sokongan padu seperti ini akan berterusan di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

25/08/2020
16/07/2020

Apakah Yang Perlu Dilakukan Apabila Didiagnos Penyakit Buah Pinggang Kronik (Tahap IIIb dan IV) -
Pendekatan PLADO : Plant Dominant Low Protein Diet

Dalam setiap sesi konsultansi klinik, apabila keputusan darah menunjukkan kerosakan buah pinggang kronik, tidak kira peringkat I, II, III, IV atau V.. kebanyakan pesakit akan sangat 'terganggu' dengan berita tersebut.

Dan setelah hampir 19 tahun bergelar doktor, menyampaikan berita 'buruk' dalam pelbagai jenis penyakit, gangguan emosi dan perasaan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan..

Kelmarin, ditemukan dengan pesakit yang betul2x mengharapkan keputusan darah yang lebih baik, perubahan positif penyakit buah pinggangnya .. pesakit telah mengalami penyakit darah tinggi dan batu karang berbelas tahun.. (*saya agak bimbang jika beliau turut mengalami diabetes, Alhamdulillah, tiada diabetes..)

Saya baru mengenali pesakit sejak sebulan yang lalu, bacaan creatinine 240 micromol/L, dan urea 15 mmol/L dari klinik yang sering dikunjungi beliau ( eGFR: 25 mls/min) menunjukkan CKD Peringkat IV, beliau berumur 47 tahun.. baru berpindah dari negeri di Bawah Bayu ke Shah Alam, seorang pendidik.. tentu ramai anak murid yang telah menerima didikannya, sudah berbelas tahun menjadi pendidik..

Ini lawatan kedua ke klinik saya, beliau sangat yankin ujian darah tersebut mungkin terdapat kesilapan kerana beliau tiada sebarang simptom yang saya tanyakan.. semua negatif.

Berbeza daripada keadaan sebelum ini, beliau agak ceria ketika hadir ke klinik pagi ini bersama isteri.. saya jangkakan keadaan tersebut akan berubah apabila keputusan darah yang terbaru bakal saya dedahkan.. Tekanan darah: 160/90.. dan bacaan creatinine terbaru 280 micromol/L, (eGFR: 21 mls/min.. sangat menggusarkan beliau dan isteri). Cabaran saya .. bagaimana untuk menyampaikan berita buruk ini..

"konflik emosi' yang sukar dielakkan..

Penyakit buah pinggang kronik, memerlukan pendekatan yang holistik (gaya hidup, pengambilan ubat secara berdisiplin, kawalan tekanan darah dan gula serta diet). Stress di tempat kerja, antara masalah yang seringkali di luar kawalan doktor yang merawat..

Perkara2x ini merupakan faktor penentu yang akan mengurangkan tahap kerosakan buah pinggang yang sudah sedia ada mengalami kerosakan.

Pendekatan PLADO atau 'plant-dominant low-protein diet', terbukti berkesan dalam memperlahankan kerosakan buah pinggang kronik peringkat IIIb dan IV daripada terus rosak dan memerlukan rawatan dialisis.
(Nutrients 2020, 12, 1931; doi:10.3390/nu12071931)

Saya sertakan gambarajah kaedah pendekatan PLADO yang dimaksudkan

Antara pendekatan utama kaedah ini adalah:
a) Mengurangkan pengambilan protein (0.6-0.8g/kg/day)
b) Pengambilan sumber protein tumbuhan (>50%)
c) Pengambilan garam < 3g/hari
d) Pengambilan makanan berfiber tinggi > 25g/hari
e) Memenuhi keperluan kalori yang mencukupi 30-35kcal/hari
f) Pemeriksaan urin 24 jam 2-4 kali setahun

Sila Rujuk Gambarajah, 'Stepwise Approach In CKD'

Prof Azreen Adnan, MD FASN
DrKidney@MSUMC

Address

Ayer Hitam
86100

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00
Sunday 07:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor Insist Amilat - Ayer Hitam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram