JUS Kesihatan PAK MAN

JUS Kesihatan PAK MAN JUS JAVATIS

16/04/2022
16/04/2022
16/04/2022

🚭 Sekiranya anda merupakan perokok, jadikan Ramadan ini sebagai titik permulaan untuk BERHENTI MEROKOK. Bulan Ramadan adalah bulan yang paling sesuai untuk perokok berhenti merokok. Dengan berpuasa dan tidak merokok selama lebih kurang 13 jam akan melatih rangsangan otak pada paras nikotin yang rendah.

Gejala penarikan nikotin seperti pening, batuk, perasaan resah dan gangguan tidur mungkin dialami semasa berhenti merokok. Namun ia akan berkurangan dalam masa 3 hingga 14 hari selepas seseorang bebas daripada merokok.

💪 Oleh itu, terus memohon doa dan kuatkan azam anda. Nafas baru Bermula Ramadan. ANDA PASTI MAMPU.

✔️ Sokongan orang di sekeliling juga amat membantu meningkatkan keazaman untuk berhenti merokok.

✔️ Anda juga boleh mendapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit - www.jomquit.com

16/04/2022
16/04/2022

Amalkan tip keselamatan makanan seperti yang dikongsikan dalam bulan Ramadan ini 👍🏽

INGAT‼️Sayangi perut anda, elakkan keracunan makanan ❤️

16/04/2022

SAFE RAMADAN - ZIARAH DENGAN SELAMAT

Dalam kita melakukan aktiviti ziarah-menziarahi, berpuasa dan menjalani iftar beramai-ramai bersama kaum keluarga, di rumah atau di majlis-majlis berbuka puasa, pastikan ianya berlaku dalam suasana mesra tetapi selamat.

❌ Sekiranya anda bergejala, elakkan terlibat dengan aktiviti yang ada interaksi dengan orang lain, terutamanya golongan rentan seperti warga emas, mereka yang ada komorbid dan kanak-kanak kecil.

✔️ Walaupun tidak bergejala, adalah disyorkan untuk melakukan ujian kendiri sebelum menghadiri aktiviti tersebut.

16/04/2022

Sayur mungkin akan nampak kurang menyelerakan berbanding menu berbuka puasa dan bersahur yang lain.

✅ Oleh itu, kami kongsikan tip sayur kekal segar.

🥒🍆🥬Pengambilan sayur sangat penting untuk membekalkan mikronutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita agar kesihatan berada pada tahap optimum.

Jadi, walaupun dalam bulan Ramadan, anda dan keluarga masih perlu mengambil sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran setiap hari.
🥗 JOM MAKAN SAYUR.

16/04/2022

Hai. Selamat berpuasa

16/04/2022

Address

41, Jalan Eco 1, Zon Industri Ayer Keroh Baru, Hang Tuah Jaya, Melaka
Ayer Keroh
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JUS Kesihatan PAK MAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share