GymCademy

GymCademy GymCademy is a Child Therapy Centre which provides the best therapy session to typical & special child aged from 1 year - 15 years old.

Unlike other therapy centres, our main aim is the deliverance of knowledge to the parents for self intervention at home SENSORY-MOTOR-COGNITIVE-SOCIAL APPROACH | GYM FOR KIDS | FUN IN THERAPY FOR SPECIAL NEEDS CHILDREN | AUDITORY MEMORY QURAN FOR KIDS | QURAN FOR SPECIAL NEEDS | ONLINE ASSESSMENT/THERAPY SESSION | 1-TO-1 PARENTS COACHING

11/01/2026

Doakan yang baik-baik untuk semua anak-anak kita.

Moga Allah mudahkan langkah mereka memulakan sesi persekolahan 2026.

Tenang hati, lapang fikiran, diberkati setiap usaha. Amiin..

Anak ibu ayah semua naik darjah berapa tahun ini?

Assalamualaikum & selamat pagi semua 🌤️Semoga dipermudahkan urusan ibu ayah yang hadir bawa anak ke sesi terapi di GymCa...
10/01/2026

Assalamualaikum & selamat pagi semua 🌤️

Semoga dipermudahkan urusan ibu ayah yang hadir bawa anak ke sesi terapi di GymCademy hari ini.

Moga anak-anak semua sihat, ceria, dan penuh semangat nak join aktiviti hari ni 🤩

Bagi ibu ayah yang terlepas sesi terapi minggu ini, minggu depan masih ada beberapa slot yang kosong. Terus mesej admin kami ya untuk tempah slot. 😊

Selamat Tahun Baharu 2026 ✨Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkankepada semua ibu bapa yang mempercayai dan mend...
01/01/2026

Selamat Tahun Baharu 2026 ✨

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan
kepada semua ibu bapa yang mempercayai dan mendapatkan perkhidmatan terapi di GymCademy.

Tahniah kepada ibu ayah semua
kerana terus komited, konsisten dan sabar
dalam perjalanan intervensi perkembangan anak-anak.

Usaha kecil yang dibuat setiap hari inilah yang membawa perubahan besar untuk masa depan mereka.

Memasuki tahun 2026,
team GymCademy sedang dan akan terus
merancang pelbagai penambahbaikan sistem dan
perkhidmatan, pelaksanaan bengkel perkembangan anak, serta inisiatif-inisiatif baharu demi memberikan sokongan
terbaik kepada anak-anak dan keluarga.

Nantikan pelbagai perkongsian dan kemas kini daripada kami ya.

Kami juga memohon doa daripada semua
agar segala yang dirancang pada tahun ini
dipermudahkan, diperkukuhkan
dan berjalan dengan lancar, insya-Allah.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian
daripada perjalanan GymCademy ❤️🍎
Bersama, kita bina potensi anak-anak dengan penuh harapan.

GymCademy, Your Kids Matter.

01/01/2026

Apa doa ibu ayah buat anak-anak masuk tahun baru 2026? Jom! kongsikan.

Selamat bercuti ibu ayah dan anak-anak semua 🤩Usah risau, GymCademy beroperasi seperti biasa hari ini .Semua sesi berjal...
25/12/2025

Selamat bercuti ibu ayah dan anak-anak semua 🤩

Usah risau, GymCademy beroperasi seperti biasa hari ini .

Semua sesi berjalan seperti dijadualkan, penuh hingga ke petang.

Moga anak-anak sihat, ceria dan dapat lakukan aktiviti dengan baik bersama teacher masing-masing ✨

📌 Tempahan sesi terapi bulan Januari kini DIBUKA. Namun, slot yang tinggal semakin terhad.

👉 Untuk tempahan, boleh terus mesej admin kami.

Maklumat lanjut di ruang komen. 👇🏻

12/12/2025

“Buat semua ibu ayah yang ada sesi terapi di GymCademy hari ini, semoga urusan anda dipermudahkan dan anak-anak dalam keadaan sihat serta tak sabar nak jalani aktiviti bersama tcer.” 🤩

Malam ini GymCademist ke UKM, Bangi bagi sama-sama berdoa bermunajat dalam OKU Berdoa bersama anak-anak istimewa. Kebetu...
05/12/2025

Malam ini GymCademist ke UKM, Bangi bagi sama-sama berdoa bermunajat dalam OKU Berdoa bersama anak-anak istimewa.

Kebetulan terserempak Dr. Syazwan, pensyarah pendidikan khas UKM. Dulu GymCademy pernah kolaborasi dengan Dr. Syazwan untuk program sambutan hari Autisme di Mydin Jasin.



Semalam berlangsung Karnival Kebajikan: Melaka Prihatin, Rakyat Disantuni sempena Sambutan Hari Warga Emas, Hari OKU & H...
05/12/2025

Semalam berlangsung Karnival Kebajikan: Melaka Prihatin, Rakyat Disantuni sempena Sambutan Hari Warga Emas, Hari OKU & Hari Kanak-Kanak serta Perasmian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka.

Alhamdulillah, GymCademy diberi peluang buka reruai di karnival dan suasananya memang meriah habis!
Pengunjung datang dari pelbagai lapisan masyarakat; pelajar, guru-guru, pensyarah UPSI, NGO dan ramai lagi.

Paling best, bila berbual dengan mereka…
rupanya ramai yang dah lama kenal GymCademy.
Dan tak kurang juga ibu ayah yang memang tunggu peluang nak jumpa terapis kami untuk tanyakan perkembangan anak.
Syukur, terapis kami dapat bantu sehabis baik.

Terima kasih JKM Melaka atas jemputan yang bermakna ni.

Kalau ada rezeki, insyaAllah kami sedia hadir lagi tahun depan.😊

Mana lagi? Melaka Lerrr..

Adik tetap JUARA di hati kami. ❤️🍎
03/12/2025

Adik tetap JUARA di hati kami. ❤️🍎

Selamat Hari OKU Sedunia.Tarikh yang istimewa setiap tahun bagi mengiktiraf, menghormati dan memperjuangkan hak serta pe...
03/12/2025

Selamat Hari OKU Sedunia.

Tarikh yang istimewa setiap tahun bagi mengiktiraf, menghormati dan memperjuangkan hak serta penyertaan penuh golongan OKU dalam masyarakat.

Hari yang buat kita berhenti sekejap…dan fikir balik, berapa ramai insan istimewa yang sebenarnya kita tak pernah benar-benar “lihat”.

Di sebalik seorang anak OKU, ada ibu ayah yang dah belajar sabar, belajar kuat, dan belajar senyum walaupun dunia kadang tak memahami situasi.

Moga hari ini jadi peringatan buat kita semua:

kita bukan kena jadi sempurna, kita cuma perlu jadi manusia yang sedikit lebih empati dan sedikit lebih membuka ruang.

Selamat Hari OKU Sedunia,
“Masyarakat Inklusif OKU, Kunci Kemajuan Sosial”

Setulus ikhlas dari kami team GymCademy.

Terima kasih dan tahniah! Hospital Putra Hospital Melaka atas penganjuran program semalam.Terima kasih juga kepada semua...
30/11/2025

Terima kasih dan tahniah! Hospital Putra Hospital Melaka atas penganjuran program semalam.

Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke reruai kami. Meriah!🤩

Semoga kita berjumpa program yang lain nanti.😊

Address

No. 61, Jalan Eco 1, Zon Industri Ayer Keroh Baru
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30
Sunday 09:00 - 12:00

Telephone

+601110712840

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GymCademy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to GymCademy:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Our Story

SENSORY-MOTOR-COGNITIVE-SOCIAL APPROACH | GYM FOR KIDS | CHILDREN THERAPY PROGRAM FOR SPECIAL NEEDS CHILDREN | WEIGHT MANAGEMENT PROGRAM FOR KIDS | AUDITORY MEMORY QURAN FOR KIDS | QURAN FOR SPECIAL NEEDS | INTERGRATED QURANIS ACADEMY - ACADEMIC | INTERGRATED QURANIS ACADEMY - VOCATIONAL |