Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, No. 36-1, Jalan KC 2, Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh.

Selamat Datang Ke Facebook Rasmi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Melaka.No. 36-1, Jalan KC 2, Bangunan Kota Cemerlang, 75450, Hang Tuah Jaya, Melaka.

Lensa Julai 2024, JKMN MelakaLawatan Ziarah Kasih ke atas mangsa Kejadian Kebakaran di Hospital Besar Melaka. Lawatan tu...
12/07/2024

Lensa Julai 2024, JKMN Melaka

Lawatan Ziarah Kasih ke atas mangsa Kejadian Kebakaran di Hospital Besar Melaka.

Lawatan turut dihadiri oleh YB Datuk Hjh Kalsom binti Hj. Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka bersama Pengarah JKM Negeri Melaka Pn. Halyjah binti Muhammad, Timbalan Pengarah JKMN Melaka En Mohd Zamry Bin Abulis, Pemangku PKMD Melaka Tengah Pn Norazimah Binti Ostanri

Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Datuk Seri Dato' Dr. Noraini Ahmad
Jabatan Kebajikan Masyarakat
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka




Setingi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOHKETUA MENTERI MELAKASempenaSetahun Pentadb...
31/03/2024

Setingi-tinggi tahniah diucapkan kepada

YAB DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH
KETUA MENTERI MELAKA

Sempena
Setahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka

Ikhlas daripada
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka
dan seluruh warga kerja
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka







YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
Kerajaan Negeri Melaka

Program Impak Sosial JKM : Ziarah Kasih Bencana Alam30 Januari 2024 (Selasa)YBrs. Puan Halyjah Binti Muhamad, Pengarah J...
30/01/2024

Program Impak Sosial JKM : Ziarah Kasih Bencana Alam
30 Januari 2024 (Selasa)

YBrs. Puan Halyjah Binti Muhamad, Pengarah JKMN Melaka telah melakukan sesi Ziarah Kasih bersama JAPERUN Bandar Hilir. Ziarah Kasih ini bagi menyantuni empat (4) orang mangsa bencana kebakaran yang berlaku di Kampung Banda Hilir Belakang Pangsapuri Garden City. Bencana Kebakaran ini melibatkan 4 buah rumah dan kesemua mangsa ditempatkan di Dewan JAPERUN Bandar Hilir

Semasa lawatan ini ;
Pihak JKM telah menyerahkan;
1. Sumbangan keperluan asas bencana
2. Sumbangan Tabung Bantuan Segera

Turut hadir sama Wakil JAPERUN Bandar Hilir, Encik Mohd Zamry bin Abulis, Ketua Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti, JKMN Melaka, Pegawai dan Kakitangan PKMD Melaka Tengah

YB Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Datuk Seri Dr Noraini Binti Ahmad
Jabatan Kebajikan Masyarakat
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
YB Datuk Kalsom Noordin
YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah




20/08/2019

take note guys....Pegawai JKM kami amat telus dlm berkhidmat

07/03/2019

*PENDAFTARAN OKU*

Pengenalan:

Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.

Objektif pendaftaran OKU:

1. Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
2. Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
3. Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

Definisi OKU:

Menurut Akta 685, Akta Orang Kurang Upaya 2008, "Orang Kurang Upaya" termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Kategori OKU:
Terdapat 7 kategori OKU yang telah diwujudkan iaitu:

i. OKU Penglihatan
ii. OKU Fizikal
iii. OKU Masalah Pembelajaran
iv. OKU Pendengaran
v. OKU Pertururan
vi. OKU Mental
vii. OKU Pelbagai (Lebih daripada 1 kategori)

OKU Masalah Pembelajaran kini dikenali sebagai OKU Pembelajaran. Terdapat 6 sub kategori di bawah kategori OKU Pembelajaran, iaitu:

i. Global Developmenl Delay (GDD),
ii. Sindrom Down
iii. Intelektual.
iv. Autisme (Autism Spectrum Disorder),
v. Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD); dan
vi. Masalah pembelajaran spesifik (Spesific LD) seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia.

Kenapa Perubahan Kategori Pembelajaran dilakukan?

Menurut ibu bapa / penjaga Perkataan “Masalah Pembelajaran” dianggap memberi pelbagai masalah kepada OKU terutamanya kanak-kanak misalnya kanak-kanak dianggap tidak mampu diajar, tingkah lakunya pasti akan menyebabkan masalah, dan sering memberi persepsi negatif (labeling)

Bagaimana perubahan dilaksanakan?

1. Jawatankuasa Pendaftaran OKU yang terdiri daripada pakar perubatan, wakil OKU, wakil NGO OKU, agensi berkaitan seperti KKM, KPM dan PERKESO bersetuju dengan perubahan berkenaan dan telah melakukan 3 siri bengkel sebelum keputusan muktamad diambil.
2. Dibentang di Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KPWKM dan JKM untuk kelulusan.
3. Mendapatkan mandat Majlis Kebangsaan Bagi OKU.

Kad OKU:

Kad OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Punca Kuasa Pengeluaran Kad OKU:

Menurut Undang-undang Malaysia, Akta 685, Akta Orang Kurang Upaya 2008:

Seksyen 2 : "Kad OKU" ertinya kad yang dikeluarkan di bawah Seksyen 25

Seksyen 25(1) : Pendaftar hendaklah mengeluarkan Kad OKU kepada seseorang yang berdaftar sebagai orang kurang upaya.

Berikut adalah panduan untuk mendapatkan Kad OKU:

1. Pastikan anak-anak / dewasa mempunyai ciri-ciri di bawah salah satu kategori OKU berdasarkan simptom-simptom tertentu.
2. Dapatkan nasihat dan pandangan pegawai perubatan atau pengamal perubatan termasuk doktor pakar perubatan (Swasta atau Kerajaan).
3. Setelah disahkan mengalami kurang upaya, Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) perlu diisi. Untuk mengisi borang ini, boleh dapatkan nasihat daripada pejabat JKM terdekat.
4. Paling penting adalah mendapatkan pengesahan Doktor / pegawai / pengamal perubatan.
5. Borang yang telah lengkap dan disahkan beserta sekeping gambar berukuran passport dan salinan dokumen sokongan seperti MyKad /Sijil Kelahiran / MyKid diserahkan kepada pegawai JKM.
6. Kad OKU akan diproses dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh pegawai JKM (biasanya 2 minggu)

Syarat-syarat pendaftaran:

1. Warganegara Malaysia
2. Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan (Kerajaan) / Pengamal Perubatan (Swasta)
3. Kes ketidaupayaan jelas boleh disahkan oleh Pegawai JKM (Penolong Pendaftar OKU)

Kuasa Pendaftaran OKU:

1. Ketua Pendaftar OKU - Pengarah JPOKU
2. Timbalan Ketua Pendaftar OKU - Pegawai JPOKU yang menguruskan pendaftaran OKU
3. Pendaftar OKU - Pengarah JKM Negeri
4. Penolong Pendaftar OKU - Pegawai yang menguruskan pendaftaran OKU di JKMN & PKMD

Penukaran Kad OKU:
Penukaran Kad OKU boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian disebabkan :
1. Kad OKU hilang;
2. Kad OKU rosak;
3. Mencapai umur 18 tahun; dan
4. Perubahan kategori ketidakupayaan.

16/10/2018

Siapa Kumpulan Sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat ???

1. 👶🏻👧🏻KANAK-KANAK :-
- 🚼Permohonan Anak Pelihara
- 🚼TASKA
- 🚼Perlindungan Kanak-kanak
- 🚼Pemulihan Kanak-kanak
- 🚼Pembangunan dan Perkembangan Potensi Kanak-kanak

2. 👴🏻👵🏻WARGA EMAS :
- 🛂Program Khidmat Bantu Di Rumah
- 🚻Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
- 👨‍❤‍💋‍👨Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)
- 💆🏻Respite Care

3. ♿ORANG KURANG UPAYA (OKU)
- 📝Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
- 🌇Kemudahan dan Keistimewaan OKU
- 🚻Job Coach
- 👨‍👧Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

4. 👨‍👩‍👦👶🏻👧🏻
KELUARGA
- 💷Skim Bantuan Kebajikan
- 👨🏻‍🏫👩‍🏫Perintah Khidmat Masyarakat

5. 👤😰ORANG PAPA
- 🚶🏽‍Orang Papa
Kemasukan ke Institusi Desa Bina Diri secara Sukarela

6. 🔥🌊☔MANGSA BENCANA
- 🏥Pusat Permindahan

7. 💔🚻🤢KEGANASAN RUMAHTANGGA

8. 🙍🏻‍🙍🏻‍😔PESALAH MUDA

9. 🗣🙇🏼‍🙇🏼‍. KOMUNITI RETAN

10. 🤐🙍🏻‍🙇🏼‍MANGSA PERMERDAGANGAN ORANG


03/10/2018

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Laman Rasmi

21/09/2018

Penggantian Frasa "Saya Yang Menurut Perintah" dengan Frasa "Saya Yang Menjalankan Amanah" dalam urusan penyediaan surat Kerajaan berkuat kuasa 20 September 2018.

12/12/2017
Program Ramah Mesra pemimpin bersama komuniti parlimen tangga batu bertempat di DATARAN 1 MALAYSIA...Jom bersama kami me...
21/05/2017

Program Ramah Mesra pemimpin bersama komuniti parlimen tangga batu bertempat di DATARAN 1 MALAYSIA...
Jom bersama kami memeriahkan lagi...
Pelbagai aturcara telah di susun untuk anda...

Lawatan YAB Datuk Seri Utama Ir. Hj Idris bin Hj Haron Ketua Menteri Melaka ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melak...
13/03/2017

Lawatan YAB Datuk Seri Utama Ir. Hj Idris bin Hj Haron Ketua Menteri Melaka ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah...

YAB Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron
Burhanuddin Bachik
Wan Hanom
Junainah Husin
Muslim Abdullah
Zizan Razak

Tahniah kepada peserta Program 2YEP dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah kerana telah berjaya dalam pe...
09/03/2017

Tahniah kepada peserta Program 2YEP dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah kerana telah berjaya dalam pengusahaan beliau dan telah keluar dari kepompong kemiskinan...
Tahniah juga kepada peg. kami pn Rohana Binti Yunus Anna dan Pn Baidayah Bai yang turut membantu dalam menjayakan program 2YEP PKMDMT.

21/02/2017
Program gotong royong Perintah Khidmat Masyarakat di ROT bkt larang bersama petugas PKMD Melaka Tengah.
13/02/2017

Program gotong royong Perintah Khidmat Masyarakat di ROT bkt larang bersama petugas PKMD Melaka Tengah.

Alhamdulillah. ...Selesai sudah bacaan yassin sebentar tadi...Moga kita semua dirahmati dan diberkati Allah...Amin...
20/01/2017

Alhamdulillah. ...
Selesai sudah bacaan yassin sebentar tadi...
Moga kita semua dirahmati dan diberkati Allah...
Amin...

Mesyuarat Unit Kebajikan Produktif Dan Komuniti (KP&K) Bil1/2017 PKMDMT.*Perbincangan Sistem eBantuan...
16/01/2017

Mesyuarat Unit Kebajikan Produktif Dan Komuniti (KP&K) Bil1/2017 PKMDMT.
*Perbincangan Sistem eBantuan...

Majlis Perpisan Pn Maryana Binti Hasan...Moga lebih sukses di tempat baru dari kami keluarga PKMD Melaka Tengah.
13/01/2017

Majlis Perpisan Pn Maryana Binti Hasan...
Moga lebih sukses di tempat baru dari kami keluarga PKMD Melaka Tengah.

Address

No. 36-1, Jalan KC 2, Bangunan Kota Cemerlang
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

06-3333333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share