Honey Bunny Speech Therapy - Melaka

Honey Bunny Speech Therapy - Melaka Perkhidmatan terapi pertuturan secara individu bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 7 tahun yang mempunyai masalah komunikasi, lewat bertutur, pelat, dll

30/10/2023
01/10/2020
14/09/2019
02/05/2019

Sesi pengenalan penggunaan apps untuk berkomunikasi.

Selain bertutur, anak-anak boleh menggunakan pelbagai kaedah lain untuk berkomunikasi antaranya menggunakan bahasa isyarat, picture communication, communication board, picture exchange communication system (PECS) dan sebagainya sebagai alat bantuan dalam komunikasi.

Sila berjumpa dengan terapis anda untuk mengenal pasti alat bantuan komunikasi yang sesuai dengan anak.

🌺 Kerana setiap anak berbeza kemahiran dan keperluan 🌺

Hubungi kami untuk booking slot assessment
02/05/2019

Hubungi kami untuk booking slot assessment

Jom hubungi kami

02/04/2019

SELAMAT HARI KESEDARAN AUTISMA SEDUNIA

Kami akan sentiasa komited dalam memberikan khidmat yang terbaik untuk anak-anak yang memerlukan.
InsyaAllah..

Team,
Dubies Occupational & Speech Therapy

Teacher tengah prepare social story book untuk aktiviti outdoor Program Cuti Sekolah nanti..Tak sabar nak bawa anak-anak...
17/11/2017

Teacher tengah prepare social story book untuk aktiviti outdoor Program Cuti Sekolah nanti..
Tak sabar nak bawa anak-anak ke taman permainan untuk mencari kawan baru dan bermain bersama kawan bagi melatih kemahiran komunikasi dan sosial mereka.

💚 PLAY.LEARN.GROW TOGETHER 💚

Jika anda berminat untuk menyertai Program Cuti Sekolah Terapi Pertuturan, sila hubungi/whatsapp 01110606155 untuk maklumat lanjut.

www.wasap.my/601110606155

Aktiviti diluar bilik terapi hari ini.Melatih murid untuk memberi komen/memberitahu apa yang mereka lihat dengan bantuan...
20/10/2017

Aktiviti diluar bilik terapi hari ini.
Melatih murid untuk memberi komen/memberitahu apa yang mereka lihat dengan bantuan PECS (picture exchange communication system)

Untuk sebarang pertanyaan/booking sesi terapi, boleh hubungi/whatsapp 01110606155

www.wasap.my/601110606155

Selamat menyambut hari deepavali buat semua penganut agama hindu...Bagi ibu bapa yang berminat untuk membawa anak untuk ...
17/10/2017

Selamat menyambut hari deepavali buat semua penganut agama hindu...

Bagi ibu bapa yang berminat untuk membawa anak untuk sesi assessment/terapi esok, boleh hubungi/whatsapp kami untuk booking slot.

www.wasap.my/601110606155

27/09/2017

MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK 1-2 TAHUN

"Puan, macam mana nak bagi anak pandai cakap cepat ya?"

Saya selalu menerima soalan dia atas, yang pertama rujuk post sebelum ini "CARA MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK LEPAS LAHIR". Kalau dah buat semua tips, seterusnya baru sambung di post ini sebab skill bahasa anak mengikut tahap, kalau anak umur 1 tahun tapi belum mengikut bunyi maksudnya tahap percakapan anak masih di tahap bawah 12 bulan. 😊

TAHAP UMUR 1 TAHUN

-Boleh menyebut 1 patah perkataan. Contohnya "Makan", "Susu", "Nak", "Cat".
- 1-50 perkataan yang bermakna sebelum mencapai umur 2 tahun.

1 tahun 1 bulan: 1 perkataan
1 tahun 2 bulan: 2 perkataan
1 tahun 5 bulan: 10 perkataan
2 tahun: 50 perkataan

*Tahap ini selalunya mak ayah keliru, 1-50 perkataan tidak termasuk perkataan ilmiah ya seperti bentuk, warna, ABC, 123. 1-50 perkataan adalah perkataan bermakna yang digunakan seharian. 🌷

TAHAP UMUR 2 TAHUN

- Boleh menggabungkan 2 perkataan
- Menyebut perkataan berdasarkan gambar.
- Tahu sekurang-kurangnya nama 6 anggota badan.
- 50% bahasa yang difahami.

*Untuk menggabungkan 2 perkataan, anak memerlukan sekurang-kurangnya 50 patah perkataan. Maka, penguasaan perkataan baru sangat penting dalam perkembangan bahasa anak.

TIPS

1. Kerapkan berborak dengan anak.
Anak umur 1 tahun selalunya sudah mula dapat bezakan setiap bunyi walaupun belum pandai respon dan membalas perbualan. Dan fasa selepas lahir hingga 3 tahun adalah fasa "rapid growth" jadi perlu kerja keras untuk pastikan anak tidak terlewat percakapan.Sebab itu mak ayah kena selalu berborak dengan anak sejak lahir. Macam mana nak borak? 🤔

Tak kan nak borak politik atau sukan dengan anak kan? Cadangan saya, borak tentang perbuatan yang sedang dan akan dilakukan pun dah banyak membantu perkembangan bahasa anak. Contohnya,

Masa mandi: "Jom mandi", "Sabun badan", "Shampoo kepala", "Berus gigi".
Masa pakai baju: "Pakai baju", "Pakai seluar", "Pakai pampers".
Masa makan: "Makan", "Makan nasi", "Makan ikan", "Ayam".

2. Pace yang perlahan.
Ada mak ayah yang mengadu selalu berborak dengan anak tetapi anak tetap taknak bercakap, kerap berborak penting tetapi perlu berborak dengan pace yang perlahan ya. Jangan cakap terlalu laju boleh menyebabkan anak 1- 2 tahun tak dapat tangkap. 🙆

3. Fokus terhadap perkataan baru.
Berborak penting, tetapi perlu juga fokus untuk meningkatkan perkataan baru dengan menyebut banyak kali dan pergerakan mulut yang jelas untuk anak ikut serta panjangkan setiap "harakat" setiap suku kata. Seperti:

Makan: "Maaaaaaa kaaaannnnnnnn" × 10

Pastikan anak tenang dan fokus semasa proses mengajar perkataan baru. 🤗

3. Menyanyi bersama anak.
Anak lebih mudah belajar menyanyi dengan mak ayah berbanding belajar berseorangan dengan tv dan gadget. Jangan mengharap gadget dan tv untuk mengajar anak menyanyi, sebab kartun tak mengajar pergerakan mulut dan lidah pada anak. Paling berkesan bila buka lagu di radio atau handphone tanpa anak melihat gadget untuk memberi fokus anak melihat pergerakan mulut kita. 💃🕺

4. Bahasa badan.
Jadi mak ayah ini, kita kena "over" sedikit. Banyakkan bahasa badan semasa bercakap atau menceritakan sesuatu dengan anak secara tak langsung ia akan memupuk minat dan fokus anak terhadap bunyi yang didengari.

5. Beri pujian.
Puji anak setiap kali berjaya menyebut perkataan baru. 👏

🚫 GADGET DAN TV 🛇

Ada mak ayah yang mula memberi gadget dan tv dengan harapan anak lagi cepat bercakap di tahap ini sebab "ingatkan dah sesuai nak beri". Sebenarnya perkembangan bahasa anak lebih berkembang jika banyak berkomunikasi dengan mak ayah. Jangan "mengharapkan" gadget dan tv untuk mengajar anak bercakap cepat sebab ia akan menyebabkan

1. "Pitch" suara yang didengari oleh anak berubah, anak menjadi hyposensitif(terkurang sensitif) terhadap bunyi menyebabkan fokus dan "eye contact" anak semakin kurang.
2. Anak tidak berminat untuk berkomunikasi 2 hala sebab bahagia "dilayan" oleh kartun di tv berbanding mak ayah.
3. Anak lebih minat menyanyi dan belajar perkataan berilmiah (shapes, colours, abc, 123) dan mengabaikan perkataan bermakna yang digunakan setiap hari.
4. Risiko masalah echolalia (parrot talk) disebabkan keliru terhadap komunikasi 1 hala atau 2 hala sebab dah terbiasa "bercakap" dengan kartun.

Terlalu banyak keburukan daripada kebaikan gadget pada anak, jangan terlampau mengikut orang lain. "Anak kawan saya fasih berbahasa inggeris sebab dari kecil berkepit dengan gadget". Setiap perkembangan anak berbeza, gadget untuk anak bawah 18 bulan sudah terbukti boleh meningkatkan risiko kelewatan bercakap. Lebih baik elak dari merawat.

Jika mak ayah dapati perkembangan anak terlewat dalam perkembangan bahasa, sila dapatkan rawatan awal. Tak perlu tunggu-tunggu, sementara sedang dalam fasa "rapid growth" dan anak semakin membesar. Membantu anak sekarang lebih mudah berbanding bila dah besar.

Jika "takut" anak dikategorikan "speech delay", Beyond Home Therapy sentiasa terbuka untuk membantu anda untuk penilaian awal perkembangan untuk kenalpasti tahap dan masalah anak.

"Share" untuk mak ayah lain juga 😙
Terima kasih, semoga bermanfaat.

Dialu-alukan untuk "Follow" dan set "See first" page Maryam Jamadi supaya tidak terlepas isu penting tentang parenting berdasarkan perspektif occupational therapist.

Maryam Jamadi
Occupational Therapist
Founder Beyond Home Therapy

Address

No 16, Jalan TU36, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Honey Bunny Speech Therapy - Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram