Dr. Mohd Al-Baqlish Mohd Firdaus Cardiologist.

Dr. Mohd Al-Baqlish Mohd Firdaus Cardiologist. Dr. Mohd Al-Baqlish Mohd Firdaus, pakar jantung anda di Melaka ❤️❤️❤️

19/11/2025

Selamat hari lelaki sedunia.. saya tak sangka ada hari untuk lelaki ☺️

🥰
19/11/2025

🥰

Berhenti merokok mengejut boleh mati--------------------------------------1. Pesakit saya banyak yang perokok tegar.. bi...
08/11/2025

Berhenti merokok mengejut boleh mati
--------------------------------------
1. Pesakit saya banyak yang perokok tegar.. biasa mereka jumpa saya bila mereka ada sakit dada atau mendapat serangan jantung.

2. Lelaki perempuan muda tua kalau pesakit saya, saya akan tanya sama ada mereka merokok, kadang kala kalau tanya gadis muda atau makcik tua; mereka akan tergelak.. tapi tak kurang juga yang tersipu dan mengangguk perlahan..

3. Saya punya trick kalau pesakit merokok, masa saya tengah cucuk nak bagi bius nak buat angiogram, masa ni saya akan bg nasihat untuk berhenti merokok.... sebab masa ni paling sakit, lepas tu biasa dah tak sakit masa buat angiogram, jadi ramai yang tak serik..hehehe..

4. Banyak yang ckp tak boleh berhenti mengejut sebab "orang cakap boleh mati mengejut kalau berhenti merokok doctor"; namun teori ini tak pernah disahkan oleh mana-mana kajian saintifik.. jadi ia sekadar alasan atau ckp-ckp kosong kedai kopi tak nak kurang kawan geng "mintak rokok sebatang".

5. Saya pun banyak pesakit yang boleh berhenti mengejut sebaik sahaja keluar dari hospital selepas rawatan jantung..

6. Kebanyakkan orang akan ada gejala ketagihan nokotin selepas tak hisap rokok..

7. Gejala-gejala ketagihan nokotin adalah
a. Sakit badan dan sakit kepala
b. Berpeluh- peluh dan resah
c. Rasa murung dan berdebar-debar
d. Sukar tidur malam
e. Mudah marah atau mood swing
f. Batuk-batuk
g. Rasa lesu dan tak semangat

8. Kebanyakkan orang juga akan naik berat badan sebab makan akan rasa lebih sedap, pernafasan kurang berbau dan bau-bauan lebih wangi.. badan pun tak bau asap, isteri lebih sayang...

9. Sy selalu sarankan pesakit sy cuba berhenti dengan motivasi yang tinggi dan cuba ambil "ni****ne replacement"; pengalaman saya yang tampal lebih bagus dari yang kunyah atau spray.. tp pilihan masing-masing...
nicorette dalam gambar di bawah mudah didapati di farmasi, pesakit sy punya isteri terus beli lepas saya suggest..

10. Sy tak dapat apa-apa duit utk product placement ini, sekadar doktor jantung yang sayang pesakit jantung saya ❤️

Second Opinion atau pendapat kedua--------------------------------------1. Pepatah english ada mengatakan "there are man...
03/11/2025

Second Opinion atau pendapat kedua
--------------------------------------
1. Pepatah english ada mengatakan "there are many ways to skin a cat".

2. Awal tahunini ada pesakit saya kena serangan jantung, sy buat angiogram tgk ada tiga salur jantung yang tersumbat.. jadi saya cadangkan beliau untuk buat pembedahan pintasan jantung atau masuk stents.. cuma kalau masuk stents banyak nak masuk stents dan risiko lebih tinggi sebab salur darah beliau ada kalsium... keras macam batu..

3. Beliau tak mahu, walau puas anak-anak dan isteri pujuk.. tak sanggup tengok beliau sakit dada setiap kalau berjalan jauh.. atau naik tangga..

4. Akhir sekali beliau cakap beliau baca di muka buku ada supplement "ganda ganda" ; nama sebenar di rahsiakan.. tp dalam testimoni product dalam muka buku tu ada pesakit kata salur darah sumbat boleh clear lepas makan.. lagi pun founder dia pakai gelaran doktor.. lagi la boleh percaya.... beliau berhenti semua ubat yang saya bagi sebab ramai "orang kata" boleh rosak buah pinggang...

5. Pagi ni wife dia call... cakap pesakit tiba-tiba tak sedar diri semalam, CPR di rumah oleh anak beliau.. namun beliau di sahkan meninggal dunia bila ambulan sampai.. Innalillah..

6. Kematian dan kehidupan.. semua di tangan Tuhan yang esa.. segala usaha kita sekadar ikhtiar

7. Saya tak pernah halang pesakit saya dapatkan second opinion atau pendapat kedua, cuma kalau nak dapatkan pendapat kedua.. cari la yang betul-betul pakar atau memang ahli di bidangnya.. di Malaysia banyak doktor pakai jantung yang popular .. contohnya Dr. Muhammad Imran bin Abdul Hafidz, Cardiologist..

8. Kadang-kadang tak semestinya cara saya betul, saya pun manusia biasa.. munkin ada doktor pakar jantung lain yang boleh bagi penyelesaian yang lebih baik..cuma saya terkilan sebab ada pesakit saya di manipulasi oleh mereka yang nak cari keuntungan atas produk-produk yang tidak terbukti..

9. Mohon sedekahkan al-fatihah untuk pesakit saya ini..

10. Gambar takde kaitan dengan yang hidup atau yang mati.. gambar ni lorong sebelah nasi lemak bandar kaba di bukit china melaka.. sedap.. ☺️

16/10/2025

Rawatan angioplasty tanpa Stent
--------------------------------------

Ada pesakit saya yang kena serangan jantung, kena buat emergency angioplasty.. sy dah buat rawat salur darah RCA beliau, tapi perlu rawat salir darah LAD beliau yang masih sumbat 90%.
Beliau jumpa saya di klinik dan ckp nak jumpa "B**a C*****" utk urut kasi clear salur darah tersebut dari buat rawatan angioplasty
Sy cuma mampu tersenyum dah tergelak..
dunia dah tahun 2025.. zaman dah moden.. ada macam-macam teknologi dah.. angan-angan saya zaman kanak-kanak nak ada jam yg boleh bercakap mcm power ranger pun dah wujud.. dari zaman org menaip pakai mesin taip sekarang dah bercakap mesin yg taipkan pun dah wujud..
masyarakat kita masih percaya benda-benda tahyul.. supplement dan supplement jual di tiktok iklan di tepi lebuh raya..
segala ubat doktor dikatakan "orang cakap boleh rosak buah pinggang"..

Saya nak kongsikan teknologi merawat salur darah tanpa guna stent.. tp kita guna Drug Coated Balloon yg sy buat baru-baru ini.. dari kali pertama prosedur angioplasty pada tahun 1977 berjuta orang sudah dirawat dgn prosedur angioplasty tp masih ada masyarakat kita yang percaya dgn urut batin 😂

30/09/2025
Hospital Pantai Ayer Keroh --> Hospital Pantai Melaka
29/08/2025

Hospital Pantai Ayer Keroh --> Hospital Pantai Melaka

This is more than a change in name, it’s the start of a bold new journey. Our CEO, Mr. Tan Yew Aik, shares an inspiring message on our evolution from Pantai Hospital Ayer Keroh to Pantai Hospital Melaka. This milestone marks a bold step forward, expanding our capabilities while staying true to our promise of delivering exceptional, human-centred healthcare. Thank you for being part of this journey with us.

Rasa penat bila renyah-renyah--------------------------------------1. Ada seorang cikgu perempuan yang dah bersara 3 tah...
11/08/2025

Rasa penat bila renyah-renyah
--------------------------------------
1. Ada seorang cikgu perempuan yang dah bersara 3 tahun datang berjumpa saya minggu lepas, jauh dia datang dari Bukit Gambir Muar, kalau saya waze perjalan hampir satu jam.

2. Dia perasan yang lately ni dia rasa mudah penat bila buat perkerjaan renyah-renyah.. mula mula saya mcm apa tu renyah ni... hehehe.. sy jarang guna terma renyah ni.. renyah ni ikut permahaman saya susah, rumit atau leceh?

3. Dia cakap takde sakit dada atau kaki bengkak atau batuk berpanjangan.

4. Cikgu pun hanya ada sakit darah tinggi dan tinggi kolesterol "sikit".. dia makan ubat Amlodipine 5 mg... dia risau juga sebab setiap kali periksa di klinik tekanan darah dia sering tinggi. Di klinik saya pun sama... tinggi 150/100mmHg..

5. sy buat pemeriksaan fizikal pada jantung paru paru kaki, tak dengar bunyi yang tak normal.. semua cun saya ckp pada cikgu..

6. Sy buat pemeriksaan darah untuk cikgu.. periksa fungsi buah pinggang, hati kencing manis dan fungsi kelenjar tiroid cikgu.. dan juga buat non-invasive test ecg, treadmill stress test dan echocardiogram.

7. Selepas siap ujian darah dan yang lain-lain, sy pun panggil cikgu masuk ke bilik saya utk terangkan hasil siasatan beliau... saya tengok semua cantik... echo dan stress test normal.. ecg pun normal..

8. Baru cikgu keluarkan buku diary harian beliau... sy tengok rupa-rupanya selalu tekanan darah beliau rendah di rumah... kadang-kadang turun sampai 80 lebih pun ada.. dan dia ckp mmg kalau penat-penat tu lepas dia dah selesai kerja renyah.. dan check tekanan darah mmg rendah...

9. Cikgu pun bg tahu skrg dia cuba jaga permakanan, kurangkan makan masin, diet dan bersukan hari-hari.. jadi mungkin tekanan darah beliau jadi semakan turun selepas pencen.. dan mungkin kurang tekanan selepas pencen... cuma bila datang buat pemeriksaan doktor tak sarankan berhenti ubat darah tinggi walau cikgu tunjukkan bacaan dia rendah semasa di rumah

10. Pendapat saya cikgu mungkin ada white coat hypertension, saya sarankan untuk berhenti ubat darah tinggi beliau.. dan teruskan monitor tekanan darah beliau.. sy pun beri no whatsapp sy supaya kalau tekanan darah beliau tinggi beliau boleh hubungi saya untuk dapatkan nasihat kalau tekanan darah masih tinggi atau tekanan darah masih rendah..jadi dah seminggu dia tak hubungi saya sy doakan beliau sihat.. beliau akan jumpa saya hujung bulan ini nanti.. insyaAllah..

11. Ini antara contoh yang kadang-kadang, kita perlu tambah ubat darah tinggi dan kadang-kadang perlu berhenti ubat darah tinggi.. tak semestinya sesuatu penyakit boleh di rawat dengan sekali sesi konsultasi.. perlu rawatan susulan dan pemeriksaan berkala..

12. Ubat memang ada kesan sampingan dan penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis darah tinggi dan kolesterol tinggi boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi..

13. Adalah menjadi tugas doktor untuk kenal pasti kesan sampingan ubat, dan kenal pasti komplikasi-komplikasi penyakit kronik; cuma saya kecewa ramai yang cuba rawat diri sendiri dgn mencuba perbagai rawatan alternatif, supplement dan rawatan yang tidak terbukti berkesan.

14. Masyarakat pulak sering memomokkan yang makan ubat "boleh rosak buah pinggang", memberi nasihat kesihatan sedangkan tidak bertauliah.. dan menggunakan terma "orang kata"; "sedara saya yang kerja hospital kata"; "saya tengok di tiktok"...

15. Dengarlah cakap mereka yang pakar, yang di tiktok tak semestinya pakar yang bertauliah.. "orang kata" tu takkan bertanggungjawab kalau apa-apa jadi dengan kita dan keluarga kita..

Address

Pantai Hospital Melaka
Ayer Keroh
75450

Telephone

+60199936412

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Mohd Al-Baqlish Mohd Firdaus Cardiologist. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category