Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Melaka

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Melaka Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Melaka

Kenali Pakar Perubatan Kesihatan AwamSiapa kami?
12/02/2026

Kenali Pakar Perubatan Kesihatan Awam

Siapa kami?

11/02/2026
11/02/2026
11/02/2026
11/02/2026
11/02/2026

Tuberculosis is caused by a type of bacteria that spread through the air when people with TB cough, sneeze or spit. It mainly affects the lungs, but can also impact other parts of the body.

Seek medical attention if you have symptoms like:
🔸prolonged cough
🔸fever
🔸unexplained weight loss

Early TB treatment can help stop the spread of disease and improve your chances of recovery.

Contact your health provider if you:
🔸show symptoms
🔸are a close contact of a person with TB
🔸are at high risk of getting sick with TB. If you are living with HIV, get tested for TB.

11/02/2026

Stay healthy. Eat healthy.

âś” Limit salt intake to less than 5 grams a day
âś” Cut down on sweets and sugary drinks
âś” Watch your fat intake
âś” Eat more fruits and vegetables

Melaka, 4 September – Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah menganjurkan Konvensye...
24/09/2025

Melaka, 4 September – Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah menganjurkan Konvensyen Kesihatan Mental Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Peringkat Negeri Melaka 2025 bertempat di Hotel Tamara, Taman Kenanga, Melaka. Konvensyen yang berlangsung dengan tema “Minda Positif, Komuniti Proaktif, Negara Hebat” itu menjadi wadah penting dalam memperkukuh peranan sukarelawan kesihatan di negeri ini.
Konvensyen berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, YBrs. Dr. Ruzita Binti Mustaffa, dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Noor Aizam Bin Mohd Said. Program ini bukan sahaja sebagai penghargaan kepada sukarelawan KOSPEN, tetapi juga platform untuk bertukar-tukar fikiran, berkongsi pengalaman, serta memperkasa aktiviti kesihatan mental di lokaliti masing-masing.
Pengisian konvensyen merangkumi ceramah kesihatan dan motivasi berteraskan aspek kesihatan mental. Fokus ini selaras dengan keperluan semasa kerana isu kesihatan mental semakin mendapat perhatian sebagai cabaran baharu dalam komuniti.
KOSPEN, singkatan kepada Komuniti Sihat Pembina Negara, merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2013 untuk mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit (NCD) melalui pendekatan komuniti. Dengan konsep “dari komuniti untuk komuniti”, sukarelawan KOSPEN dilatih sebagai agen perubahan bagi menggalakkan gaya hidup sihat, melaksanakan saringan kesihatan, mempromosikan aktiviti fizikal, menggalakkan pemakanan seimbang, dan menyokong polisi kesihatan awam seperti kawasan bebas rokok.
Sehingga kini, terdapat 30 KOSPEN aktif di Negeri Melaka. Melalui usaha sukarelawan inilah, masyarakat diberi kuasa dan keyakinan untuk menjaga kesihatan sebelum memerlukan rawatan di fasiliti kesihatan, seiring dengan konsep pencegahan utama (primary prevention).
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan bukan hanya ketiadaan penyakit tetapi meliputi kesejahteraan fizikal, mental, dan sosial. Maka, kesihatan mental perlu diberi perhatian yang sama penting dengan kesihatan fizikal. Justeru, KOSPEN diharap terus berperanan bukan sahaja sebagai agen perubahan dalam kesihatan fizikal, tetapi juga sebagai pemangkin kepada komuniti yang lebih tenang, berdaya tahan dan sejahtera dari segi mental dan emosi.
KOSPEN hebat! Anda luar biasa!

KENYATAAN RASMISOKONGAN TERHADAP CADANGAN LARANGAN PENJUALAN V**E DI NEGERI MELAKAPersatuan Pakar Perubatan Kesihatan Aw...
30/05/2025

KENYATAAN RASMI

SOKONGAN TERHADAP CADANGAN LARANGAN PENJUALAN V**E DI NEGERI MELAKA

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Negeri Melaka (PPPKAM) menyokong sepenuhnya cadangan larangan atau penghentian penjualan rokok elektronik (v**e) di Negeri Melaka, seperti yang diumumkan oleh YB Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka, seperti yang dilaporkan oleh Melaka Hari Ini pada 24 Mei 2025. Data semasa menunjukkan peningkatan kes penyakit berkaitan paru-paru yang dikaitkan dengan penggunaan v**e, serta penyebaran amalan ini dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah adalah serius. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 30 September 2024 menunjukkan sebanyak 41 kes penyakit 'E-cigarette' or 'Va**ng Product Use-Associated Lung Injury' (EVALI) telah dilaporkan di negara ini dengan kos rawatan dianggarkan sebanyak RM150,892.11 bagi setiap pesakit. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 p**a, kadar penggunaan v**e dalam kalangan remaja Malaysia berumur 13 hingga 17 tahun telah meningkat daripada 9.8% pada tahun 2017 kepada 14.9% pada tahun 2022. Lebih membimbangkan, hampir separuh (48.5%) daripada remaja pengguna v**e dilaporkan mula menggunakannya sebelum usia 14 tahun. Trend ini menunjukkan keperluan mendesak untuk langkah pencegahan yang lebih efektif, khususnya dalam melindungi golongan muda daripada kesan jangka panjang terhadap kesihatan paru-paru.

Selain itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mendedahkan bahawa hasil siasatan polis ke atas cecair v**e mendapati ia mengandungi bahan terlarang seperti psikoaktif dan dadah sintetik (Bernama, 27 Mei 2025). Ini menunjukkan potensi penyalahgunaan v**e yang melampaui sekadar penggunaan nikotin. Pihak Polis Melaka juga dalam kenyataan media yang sama melaporkan bahawa kertas cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan negeri Melaka untuk mengharamkan penjualan v**e sebagai langkah membendung ancaman dadah sintetik yang disalahgunakan melalui rokok elektronik.

Untuk pengetahuan umum, Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 pada asalnya merangkumi satu klausa penting dikenali sebagai Generational Endgame (GEG), yang bertujuan untuk mewujudkan generasi bebas rokok. Klausa ini akan melarang individu yang lahir selepas 1 Januari 2007 daripada membeli atau menggunakan produk tembakau sepanjang hayat mereka. Matlamatnya jelas — untuk membanteras tabiat merokok secara berperingkat bagi generasi akan datang. Usaha ini terbantut apabila klausa GEG digugurkan daripada versi akhir rang undang-undang tersebut yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Namun larangan penjualan dan penggunaan produk tembakau dan v**e kepada individu bawah umur 18 tahun masih termaktub dalam rang undang-undang tersebut.

Pengguguran GEG dilihat sebagai satu kemunduran dalam usaha mewujudkan masyarakat bebas rokok, namun begitu, satu ruang tindakan yang masih terbuka adalah larangan terhadap penggunaan v**e, yang masih boleh diperketatkan melalui penguatkuasaan undang-undang di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini memberi peluang kepada kerajaan negeri dan PBT untuk meneruskan agenda kawalan terhadap penggunaan v**e dalam komuniti masing-masing, walaupun GEG tidak dapat dilaksanakan di peringkat persekutuan. Sebagai rujukan, Negeri Johor telah melaksanakan larangan penjualan v**e sejak tahun 2016 dan kekal dengan pendirian tersebut sehingga kini.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Terengganu baru-baru ini mengumumkan bahawa larangan penjualan produk v**e akan dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2025 (Astro Awani, 24 April 2025). Tindakan proaktif negeri-negeri ini patut dijadikan contoh oleh negeri Melaka dalam usaha menangani ancaman rokok elektronik secara menyeluruh.

Oleh itu, PPPKAM dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan larangan atau penghentian penjualan rokok elektronik (v**e) di Negeri Melaka demi kepentingan kesihatan awam penduduk negeri ini.

"Kesihatan Awam Tanggungjawab Bersama"

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Negeri Melaka (PPPKAM)
Tarikh: 30 Mei 2025

*Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Negeri Melaka (PPKAM) adalah sebuah persatuan bukan kerajaan yang terdiri daripada 50 Doktor Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang sedang atau pernah berkhidmat di Negeri Melaka.

Address

Jalan Business City
Ayer Keroh
75350

Telephone

+6062356999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Melaka:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram