
21/11/2024
Program derma darah peringkat PKD Bachok telah diadakan di Dewan Sri Utama hari ni anjuran Kelab Kebajikan Dan Rekreasi PKD Bachok dengan kerjasama PKD Bachok dan Unit Transfusi Darah Hospital Pakar USM kali ke 2 utk tahun 2024.
Program ini telah dirasmikan oleh Dr Razan B Ab Samat, Pegawai Kesihatan PKD Bachok. 54 daripada kakitangan PKD Bachok dan 37 daripada jabatan luar seperti Pergigian, Pejabat Pelajaran, Angkatan Pertahanan Malaysia, Rela, Bomba, Mardi, AADK, sukarelawan Kospen dan orang awam hadir secara sukarela untuk menderma darah.
Alhamdulillah 74 beg darah dapat dikumpulkan dalam program derma darah hari ini.
Sempena sambutan Hari Lelaki Sedunia 19/11/24 diadakan juga pameran&promosi perkhidamatan kesihatan lelaki di daerah bachok iaitu di KK Gunong dan KK Beris Kubur Besar. Jika ada mempunyai masalah kesihatan lelaki? Pastikan dapat rawatan awal
Semoga program yang baik ni dapat diteruskan pada masa akan datang.