Klinik Kesihatan Balai

Klinik Kesihatan Balai KKM

MAKLUMAN HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK KESIHATAN BALAI BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA KERJA-KERJA NAIK TARAF BANGUNAN U...
12/02/2025

MAKLUMAN HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK KESIHATAN BALAI BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA KERJA-KERJA NAIK TARAF BANGUNAN UTAMA KLINIK BERMULA 16/2/2025 SEHINGGA KE SATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.

BAGI RAWATAN PESAKIT KRONIK (KENCING MANIS, DARAH TINGGI, JANTUNG, ASMA DLL) BOLEH MENERUSKAN RAWATAN DI KLINIK BERHAMPIRAN SEPERTI KLINIK KESIHATAN BERIS KUBOR BESAR DAN KLINIK KESIHATAN BERIS PANCHOR.

BAGI RAWATAN PESAKIT IBU DAN ANAK (MENGANDUNG & KANAK-KANAK) AKAN BEROPERASI DI KLINIK DESA PERUPOK.

BAGI KES-KES KECEMASAN SILA KE KLINIK BERHAMPIRAN ATAU TERUS KE HOSPITAL. ANDA BOLEH MENGHUBUNGI TALIAN KECEMASAN 999 UNTUK BANTUAN KECEMASAN.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.

17/01/2025

Diabetik retinopati adalah komplikasi dari diabetes yang mempengaruhi mata. Kondisi ini terjadi ketika kadar gula darah yang tinggi merosakkan pembuluh darah kecil di retina, bahagian mata yang berfungsi menangkap cahaya dan mengirim signal ke otak.

Kerosakan pada pembuluh darah ini dapat menyebabkan kebocoran, pembengkakan, atau pembentukan jaringan parut, yang pada akhirnya dapat mengganggu penglihatan dan berpotensi menyebabkan kebutaan.

Pada tahap awal, diabetik retinopati mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi jika tidak diubati, kondisinya akan menjadi semakin parah.

Oleh kerana itu, penting bagi penderita diabetes untuk melakukan pemeriksaan mata secara rutin dan menjaga kadar gula darah dalam batas normal untuk mencegah atau memperlambat perkembangan retinopati.






17/01/2025

Hati merupakan organ dalaman terbesar yang terletak di bahagian kanan abdomen manusia. Hati mempunyai fungsi yang pelbagai. Ia bukan sahaja berfungsi untuk menyingkirkan toksin dari dalam darah tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengawal proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat serta penghasilan enzim dan makromolekul yang diperlukan oleh badan.

Oleh yang demikian, kesihatan hati perlu dijaga bagi memastikan hati dapat berfungsi secara normal dan optimum. Kuantiti lemak yang berlebihan di dalam hati adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan kemerosotan atau kegagalan fungsi hati. Keadaan ini dinamakan penyakit hati berlemak atau istilah saintifiknya Fatty Liver Disease.

Penyakit hati berlemak boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.






10/12/2024
07/10/2024

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah membuka Bilik Gerakan Akta 852 pada 01 Oktober 2024. Bilik gerakan bertempat di bilik Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC) Cawangan Kawalan Penyakit, Kota Bharu. Waktu Operasi bermula 8.00 pagi sehingga 10.00 malam. Sebarang pertanyaan dan aduan berkaitan penguatkuasaan Akta 852 boleh menggunakan talian hotline 09-7472089.

Semua daerah juga membuka Bilik Gerakan bermula 02 Oktober 2024 dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Talian hotline seperti di infografik.



PROGRAM ADVOKASI PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA telah diadakan di Klinik Kesihatan Balai pada 4/10/2024. Program telah ...
04/10/2024

PROGRAM ADVOKASI PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA telah diadakan di Klinik Kesihatan Balai pada 4/10/2024. Program telah dihadiri oleh masyarakat setempat dan dirasmikan oleh Pegawai Perubatan Yang Menjaga iaitu Dr Norhayati Binti Barahim @ Kanti. Pelbagai program telah diadakan seperti ceramah kesihatan, Saringan Pemeriksaan Kesihatan, Saringan Pap Smear, Pemeriksaan Kendiri Peyudara, Peka B40.

25/09/2024

SITUASI DEMAM DENGGI DAERAH BACHOK SEHINGGA MINGGU EPID 38/2024



15/09/2024

𝐒𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa?

Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat.

Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda sleep apnea.



18/05/2024
12/05/2024

Cuaca Panas
Panduan Penjagaan Warga Emas Dengan Dimensia / Masalah Kognitif






28/04/2024

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 5 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 28 April 2024

• 1 lokaliti di daerah Jeli
• 2 lokaliti di daerah Bachok
• 2 lokaliti di daerah Kota Bharu

Segera cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan lindungi diri daripada gigitan nyamuk



08/04/2024

Pastikan anda mengikuti langkah-langkah pencegahan Denggi sebelum hari raya.

Address

Bachok
16300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097767206

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Balai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category