Dr Nurul Yaqeen

Dr Nurul Yaqeen Dr Nurul Yaqeen is a lung specialist doctor, with accredited skills & training to help people breathe

“Dr, bila saya boleh balik rumah?” (Part 2)“Tak sangka akhirnya dia boleh balik rumah,” kata Dr Hafizul, Pakar Paliatif,...
04/12/2025

“Dr, bila saya boleh balik rumah?” (Part 2)

“Tak sangka akhirnya dia boleh balik rumah,” kata Dr Hafizul, Pakar Paliatif, sambil menggeleng perlahan. Nadanya masih berat.

“Aku betul-betul ingat dia akan ‘pergi’ untuk selama-lamanya 7 hari lepas. Pneumothorax dia sangat teruk… tekanan darah menjunam… aku pun dah mulakan ubat penenang untuk pesakit yang sangat nazak — mida–morphine.”

Aku menelan air liur. Ingatan itu masih segar dalam kepalaku.
Waktu aku masuk ke biliknya hari itu, Puan Mei terbaring kelesuan. Nafasnya pendek, kulit pucat, dadanya naik turun laju. Mesin tekanan darah asyik berbunyi amaran.

Ketika itu, semua petanda menghala kepada satu kemungkinan — kami hampir kehilangannya.



Babak 1 — Makan tengah hari yang senyap

Di meja makan tengah hari hospital, aku duduk bersama Dr Hafizul Pakar Paliatif dan Dr Josephine, Pakar Onkologi.

“Betul tu,” sambung Dr Josephine perlahan. “Aku pun tak sangka dia boleh survive this hospitalization. Tapi… at least sekarang aku dah boleh plan chemotherapy sebelum dia discharge.”

Kami bertiga senyap seketika.

Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga memecah suasana.
Masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri, memikirkan detik-detik yang baru berlalu.

Aku menarik nafas panjang.

“Syukurlah… hari ini dia jauh lebih stabil,” kataku akhirnya. “Kita dah berjaya stabilkan pneumothorax dia dengan pneumostat — ambulatory chest drain. Kalau semua okay… mungkin 2–3 hari lagi boleh balik.”

Dr Hafizul tersenyum kecil.
“A miracle case, Nurul. Betul-betul.”

Aku angguk perlahan. Dalam hati… aku setuju sepenuhnya.



Babak 2 — Di dalam bilik Puan Mei

Aku masuk ke biliknya. Puan Mei duduk bersandar, jauh lebih segar berbanding dua hari lalu.

Drain pneumostat yang tersangkut di sisi badannya masih utuh, terdapat tanda buih keluar di cecair dalamnya — tanda udara masih keluar dari pleural space.

“Paru-paru kiri puan semakin berkembang elok,” kataku sambil menunjukkan x-ray dada di skrin. “Drain ni membantu stabilkan pneumothorax puan. Kalau keadaan terus baik… puan boleh balik rumah dalam dua atau tiga hari.”

Aku belum sempat habiskan ayat…

“Betul ke, Dr?”

Suaranya serak. Matanya tiba-tiba berkaca.

“Oh… terima kasih, Dr… saya tak sangka saya masih boleh balik rumah…”
Tangisannya pecah perlahan.
Tangan aku digenggam erat, seolah-olah memegang harapan terakhirnya.

“Saya ingat… saya akan meninggal di hospital…”

Aku duduk di sebelahnya.

“Puan Mei… puan seorang yang sangat kuat. Saya tengok puan tak pernah putus asa. Puan rajin meditasi, sentiasa berfikiran positif… dan puan sentiasa reda dengan apa sahaja keputusan Tuhan.”

Dia mengangguk sambil tersedu.

“Saya cuma nak balik rumah… nak tengok cucu saya. Rindu suara mereka, Dr…”

“Saya tahu… dan insyaAllah puan akan dapat balik. Kami semua di sini berjuang bersama puan.”



Babak 3 — Detik paling kritikal

7 hari sebelum itu…

Aku berlari kecil ke biliknya selepas menerima panggilan kecemasan.

“BP 70/40!”
“Nafas laju!”
“Chest pain worsening!”

Aku lihat x-ray kecemasan — pneumothorax tension yang semakin besar.
Paru-paru kirinya hampir ‘collapse’ sepenuhnya.

“Get the chest drain kit now!”

Dalam masa beberapa minit yang terasa seperti sejam, kami masukkan chest tube untuk melegakan tekanan dalam dadanya. Nafasnya perlahan-lahan lega.

Beberapa jam kemudian, dia kembali sedar…
dan memandangku sambil berbisik:

“Dr… saya penat sangat..adakah saya akan mati hari ini ?”

Aku sentuh bahunya.

“Kita masih bersama ya, puan. Teruskan perjuangan.”



Babak 4 — Harapan itu kembali

Hari demi hari, keadaan beliau berubah.

Drain pneumostat membantu paru-parunya berkembang semula.
Tekanan darah stabil.
Oksigen berkurang dari 4 liter ke 2 liter.
Senyumnya perlahan-lahan kembali.

“Dr… saya dah boleh makan sikit hari ini.”
“Dr… saya rasa nak mandi sendiri.”
“Dr… saya rindu bau rumah saya.”

Setiap ayat itu terasa seperti hadiah.



Babak 5 — Pesanan terakhir sebelum discharge

Hari discharge tiba.

Aku terangkan cara jaga pneumostat di rumah.
Apa tanda bahaya.
Bila perlu datang segera ke hospital.

“Dr… terima kasih kerana tak pernah putus asa pada saya,” katanya sambil menggenggam tanganku sekali lagi.

“Saya takkan lupa jasa doktor. Tuhan saja yang membalas.”

Aku senyum.

“Teruskan berjuang ya, Puan Mei. Every extra day you get… is a blessing.”

Dia angguk perlahan.

“Saya nak manfaatkan setiap hari yang Tuhan masih bagi.”



Pengajaran dari kisah ini
1. Setiap nafas adalah nikmat. Kadang-kadang kita hanya sedar apabila ia direntap daripada kita.
2. Pesakit kanser bukan hanya perlukan rawatan — tetapi juga harapan, empati, dan kehadiran.
3. Pneumothorax pada pesakit kanser boleh sangat merbahaya, tetapi rawatan yang tepat dan cepat boleh mengubah segalanya.
4. Positif, tenang, reda dan kuat — semua itu mempengaruhi perjalanan kesembuhan seseorang.
5. Setiap hari yang Allah beri adalah masa untuk dihargai bersama keluarga.



Klik link untuk temujanji klinik:
https://encoremed.io/smcv /154





“Doctor, when can I go home?” (Part 2)

“I really didn’t expect she could finally go home,” said Dr Hafizul, the Palliative Care Consultant, shaking his head slowly. His voice was still heavy.

“I honestly thought she was going to ‘leave us’ for good 7 days ago. Her pneumothorax was so severe… blood pressure crash… I even started end-of-life comfort medications — midazolam and morphine.”

I swallowed hard.
The memory was still vivid.

When I entered her room that day, Puan Mei was lying weakly on the bed. Her breaths were shallow, skin pale, chest rising rapidly. The blood pressure machine kept alarming.

At that moment, every sign pointed to one possibility —
we were on the verge of losing her.



Scene 1 — A quiet lunch

During lunch in the hospital cafeteria, I sat with Dr Hafizul and Dr Josephine, the Oncologist.

“Exactly,” Dr Josephine added gently. “I also didn’t think she would survive this admission. But… at least now I can finally plan her chemotherapy before she’s discharged.”

We fell silent.

Only the sound of cutlery filled the air.
Each of us lost in our own thoughts, replaying the critical events from days before.

I exhaled softly.

“Thank God… she’s much more stable today,” I said. “We managed to stabilise her pneumothorax with the pneumostat — the ambulatory chest drain. If all goes well… maybe she can go home in two or three days.”

Dr Hafizul gave a small smile.
“A miracle case, Nurul. Truly.”

I nodded.
In my heart… I agreed entirely.



Scene 2 — Inside Puan Mei’s room

I entered her room again.
She was sitting up, looking far better than she did two days earlier.

The pneumostat device at her side was still bubbling softly — a sign that air was still escaping from the pleural space.

“Your left lung is expanding very well,” I explained while showing her the chest x-ray on the screen. “This device is helping stabilise your pneumothorax. If things continue improving… you can go home in two or three days.”

I didn’t even finish my sentence—

“Really, Doctor?”

Her voice cracked.
Tears instantly filled her eyes.

“Oh… thank you so much, Doctor… I never thought I could go home again…”
Her tears fell as she gripped my hand tightly — as if holding onto her last ounce of hope.

“I thought… I was going to die in this hospital…”

I sat beside her.

“Puan Mei, you are incredibly strong. You never gave up. You meditate, you stay positive… you accept every trial so gracefully.”

She nodded while sobbing softly.

“I just want to go home… to hear my grandchildren’s voices again, Doctor…”

“I know. And insyaAllah, you will. We are all fighting together with you.”



Scene 3 — The most critical moment

Two days earlier…

I rushed to her room after receiving an emergency call.

“BP 70/40!”
“Breathing fast!”
“Chest pain worsening!”

The urgent x-ray showed a rapidly enlarging tension pneumothorax.
Her left lung was almost completely collapsed.

“Get the chest drain kit now!”

Within minutes — that felt like hours — we inserted a chest tube to relieve the pressure in her chest. Her breathing slowly eased.

A few hours later, she regained consciousness…
and whispered:

“Doctor… I’m so tired…am I going to die today ? ”

I squeezed her shoulder gently.

“We’re still here with you. Keep on fighting.”



Scene 4 — Hope returns

Day by day, she improved.

The pneumostat helped her lung expand.
Her blood pressure stabilised.
Her oxygen requirement dropped from 4 litres to 2.
Her smile returned, little by little.

“Doctor… I can eat a bit today.”
“Doctor… I think I want to shower on my own.”
“Doctor… I miss the smell of my home.”

Every sentence felt like a gift.



Scene 5 — Final advice before discharge

Finally, discharge day arrived.

I explained how to manage the pneumostat device at home.
What signs to watch for.
When to return immediately to hospital.

“Doctor… thank you for never giving up on me,” she said, squeezing my hand once more.

“I will never forget what you’ve done. May God reward you.”

I smiled.

“Keep fighting, Puan Mei. Every extra day you have… is a blessing.”

She nodded slowly.

“I want to cherish every day God still gives me.”



Lessons from this story
1. Every breath is a blessing — one we often realise only when it is taken away.
2. Cancer patients need more than treatment — they need hope, empathy, presence.
3. Pneumothorax in cancer patients can be deadly, but timely and appropriate intervention can change the outcome.
4. Positivity, calmness, acceptance and inner strength matter greatly in recovery.
5. Every day given by God is an opportunity to love and be loved.



Click for clinic appointment:
https://encoremed.io/smcv /154

“Dr, boleh ke saya balik rumah…?”Puan Mei, 56 tahun, datang untuk chemo… tapi tiba-tiba sesak nafas teruk.X-ray tunjuk p...
27/11/2025

“Dr, boleh ke saya balik rumah…?”

Puan Mei, 56 tahun, datang untuk chemo… tapi tiba-tiba sesak nafas teruk.
X-ray tunjuk paru-paru kiri runtuh (huge pneumothorax) akibat kanser yang sudah merebak.

Selepas masukkan chest tube, paru-paru hanya kembang 70%.
7 hari di wad… setiap hari soalan yang sama:

“Dr… boleh ke saya balik rumah?
Saya tak nak mati di hospital…”

Hati saya sayu.

Keadaannya belum stabil untuk balik — tapi kami cuba ambulatory chest drain, supaya dia boleh p**ang seketika ke rumah yang sangat dia rindukan…
walaupun perjuangannya masih belum tamat.

Hari dia keluar wad, dengan langkah perlahan, dia senyum kecil pada saya:

“Terima kasih doktor… saya cuma nak rasa rumah saya.”

Kadang-kadang, sebagai doktor, kita bukan hanya merawat paru-paru.
Kita merawat harapan.



Temujanji klinik saya:
👉 https://encoremed.io/smcv /154


“Dr, boleh ke saya balik rumah?”⸻Ruang onkologi pagi itu sunyi. Bau ubat-ubatan bercampur bau kopi yang dibawa oleh juru...
27/11/2025

“Dr, boleh ke saya balik rumah?”



Ruang onkologi pagi itu sunyi. Bau ubat-ubatan bercampur bau kopi yang dibawa oleh jururawat. Saya berjalan masuk ke bilik rawatan dengan fikiran yang sarat — ada beberapa pesakit chemo yang perlu saya lihat hari itu.

Tiba-tiba, jururawat memanggil saya dengan wajah cemas.

“Dr Nurul… Puan Mei susah nafas. Saturation drop.”

Saya terus bergegas.

Di katil hujung bilik chemo, seorang wanita berusia 56 tahun, tubuh kurus dan wajah pucat, sedang bernafas laju. Batuknya kedengaran berat, dalam, seolah-olah setiap hembusan menyakitkan dada.

“Puan Mei? Saya Dr Nurul. Boleh dengar suara saya?”
Puan Mei mengangguk perlahan, sambil cuba tarik nafas namun tidak sampai.

Saya segera minta CXR.

Beberapa minit kemudian, imej muncul di skrin.

Dan saya tersentak seketika.

Left huge pneumothorax.
Kiri hampir kosong — paru-paru kecut, tertekan, terperangkap.



Babak 1 — Debaran Menyelamatkan Nyawa

“Kita kena masukkan chest tube sekarang. Puan boleh sesak dengan lebih teruk bila-bila masa.”

Air mata Puan Mei mengalir sedikit.
“Dr… saya takut. Saya datang untuk chemo… bukan untuk semua ini…”

Saya genggam tangannya.
“Saya tahu. Tapi ini cara untuk selamatkan puan. I promise you — we will do this together.”

Prosedur dilakukan segera.

Jarum pertama, kemudian wayar guide, dan akhirnya chest tube dimasukkan. Udara keluar dengan bunyi hissssss yang panjang — tanda tekanan dalam dada akhirnya dilepaskan.

Monitor menunjukkan saturasi perlahan-lahan naik.
Dan Puan Mei akhirnya boleh menarik nafas yang lebih dalam.



Babak 2 — 70% dan harapan yang masih samar

Selepas beberapa jam, CXR semula menunjukkan paru-paru kiri hanya expand 70%.

Tidak perfect.
Tidak seperti pesakit biasa.

Saya tahu sebabnya:
kanser payudara beliau telah merebak ke paru-paru dan tulang.
Ini membuatkan paru-paru sukar “melekat semula”.

Hari berganti hari.
Sudah seminggu beliau di hospital.

Setiap hari saya melihatnya, setiap hari saya nampak wajah yang semakin letih bukan kerana sakit fizikal sahaja… tetapi kerana kerinduan untuk p**ang.



Babak 3 — Soalan yang meruntuhkan hati saya

Petang hari ketujuh, ketika saya datang melawat, Puan Mei memandang saya dengan mata merah yang terlalu banyak memendam rasa.

Suara beliau perlahan, tetapi menikam hati saya.

“Dr… boleh ke saya balik rumah?”
“Doktor… adakah saya akan meninggal di hospital?”

Saya terdiam seketika.
Saya bukan terkejut.
Saya cuma tidak mahu menjawab tanpa memegang hatinya dengan betul.

“Kenapa puan tanya begitu?”
Beliau senyum kecil, tetapi pahit.

“Saya dah lama tinggalkan rumah… saya rindu bau dapur saya.
Saya rindu sofa saya.
Saya rindu kucing saya tidur di kaki.”

Air mata jatuh perlahan di pipinya.

“Saya takut… saya takut kalau saya tak balik-balik.”

Saya duduk di tepi katilnya dan pegang tangannya yang sejuk.

“Puan… saya tak janji apa-apa yang saya tak pasti.
Tapi saya janjikan satu perkara:
kita akan cari cara untuk puan balik dengan selamat, bukan dalam keadaan membahayakan.”



Babak 4 — Harapan kecil bernama ‘ambulatory chest drain’

Saya terangkan padanya:

“Kita boleh cuba beri puan pakai ambulatory chest drain.
Ia sejenis botol kecil, puan boleh bawa balik.
Tapi… hanya jika keadaan puan stabil.
Dan puan perlu datang semula selepas 2 minggu untuk X-ray.”

Beliau memandang saya, ada cahaya harapan kecil.
“Maksudnya… mungkin saya boleh balik rumah, walaupun sekejap?”

Saya angguk perlahan.
“Ya, mungkin. Kita cuba dulu. Kita tengok keadaan puan esok.
Kalau drain tak bocor, paru-paru tak makin kempis, puan boleh balik sementara.”

Beliau menangis.
Tetapi kali ini tangisannya bukan kerana takut.



Babak 5 — Malam sebelum harapan

Malam itu, sebelum p**ang, saya jenguk sekali lagi.
Puan Mei sedang duduk di katil sambil melihat ke luar tingkap.

“Dr… kalau saya balik nanti… saya nak masak sup ayam untuk anak saya.
Dah lama saya tak masak.
Dah lama mereka makan luar je.”

Saya senyum.

“Puan masaklah. Bau sup tu sendiri pun boleh jadi terapi untuk hati.”

Beliau ketawa perlahan, walaupun suaranya serak dan pendek kerana nafas masih belum stabil.



Babak 6 — Keputusan esoknya

Keesokan pagi, saya datang dengan debaran kecil.
Drain masih berfungsi.
Tiada kebocoran baru.
Paru-paru masih maintain 70%.
Tidak perfect — tetapi stabil.

Saya senyum kepada beliau.

“Puan… puan boleh balik rumah.”

Beliau menutup muka dan menangis.
Saya peluk bahunya.

“Tapi puan kena janji datang semula dua minggu lagi.
Kita nak pastikan pneumothorax ni betul-betul stabil.
Kanser paru-paru buatkan ia lebih lambat sembuh.
Tapi kita tak berhenti cuba.”

Beliau angguk berkali-kali.



Babak 7 — Saat p**ang

Sebelum keluar wad, beliau sempat berkata:

“Dr… saya tahu saya sakit teruk.
Tapi hari ini… dr bagi saya sesuatu yang lebih besar daripada rawatan…
dr bagi saya harapan untuk hidup.
Walaupun sehari pun jadilah.
Terima kasih sebab tak lepaskan tangan saya.”

Saya genggam tangan beliau.

“Puan… selagi saya ada, saya akan terus cuba.
Kita lawan sama-sama.”



Pengajaran Kisah Ini
1. Bagi pesakit kanser yang sudah merebak, rumah adalah ubat terbaik untuk jiwa.
Kadang-kadang mereka tidak mahu sembuh sepenuhnya — mereka hanya mahu ditemani, dihormati, dan diberi pilihan.
2. Pneumothorax akibat kanser boleh mengambil masa lama untuk pulih.
Kesabaran dan pemantauan rapi sangat penting.
3. Ambulatory chest drain memberi peluang kepada pesakit untuk p**ang ke rumah, walaupun rawatan masih berjalan.
4. Doktor bukan sekadar merawat paru-paru —
tetapi merawat ketakutan, kerinduan dan hati manusia.



Jika anda mempunyai gejala sesak nafas, batuk teruk, sakit dada atau masalah paru-paru:

Klik link untuk temujanji di klinik paru-paru:
👉 https://encoremed.io/smcv /154










“Doctor, Can I Go Home?”

That was the first thing she whispered the moment I stepped into her room that morning.
Her voice trembled — soft, tired, half-broken.

Puan Mei.
56 years old.
A fighter of Stage 4 Breast Cancer that had spread to her lungs and bones.

She had come for her scheduled chemotherapy.
But instead, she arrived at the Emergency Department, gasping painfully, coughing nonstop, clutching her chest with panic in her eyes.

Her oxygen level had dropped.
Her breathing was shallow.
And she kept saying over and over, “It hurts… it hurts so much, doctor.”

When I examined her, something inside me tightened.

Her left chest sounded silent.

Silent lung.
Every respiratory doctor knows this is never good news.

We rushed her for a chest X-ray.

And there it was —
staring at us, huge, dark, and unmistakable.

A large left pneumothorax.
Her lung had collapsed.

She looked at me right after the X-ray, tears collecting slowly in her eyes.

“Dr Nurul… am I dying?”



The Chest Tube

We moved quickly.

She gripped my hand as we inserted the chest tube — a procedure that even the bravest patients fear.

“Doctor… I’m scared…”

“I know. I’m here. Just breathe with me,” I told her, guiding her through each painful second.

When the tube went in, the trapped air hissed out like a balloon deflating.
Her lung slowly re-expanded — not completely, but about 70%.

It was good.
It was progress.

But it wasn’t enough.



**Day 3.

Day 5.
Day 7.**

Each day, she asked me the same heartbreaking question.

“Doctor… can I go home yet?”

Her eyes always lingered on the window — as if she had left something precious outside this hospital wall.
I later learned what it was.

Her family had been visiting her every day — but she missed home.
She missed her room, her kitchen, her garden, the quiet air of familiarity.

And she missed something deeper —
the feeling of normalcy.
The feeling of being alive.



The Question That Broke Me

On Day 7, she asked again.

But this time, her voice was different.

“Doctor…
I don’t want to die here.
Not in a hospital bed.
If I’m going to die… I want to die at home, with my family beside me.”

I felt a sharp twist in my chest.

Because I knew the truth:

Her pneumothorax was still not resolved.
Her lung was fragile because of the cancer.
She wasn’t ready to go home — not safely.

But she kept looking at me with eyes that pleaded for hope.

“Doctor… please. I’ve been here a week.
Please let me go home, even for a little while.”



A Possibility — and Its Risks

I sat on the chair beside her bed, speaking gently.

“Puan Mei… you’re stable, but not fully safe yet.
Your lung hasn’t healed completely.
If we let you go home too early, it may collapse again — and that could be very dangerous.”

Her fingers tightened around my hand.

“So there’s no way?” she whispered.

“There is…” I said slowly.

She lifted her head.

“We can try using an ambulatory chest drain — a small portable device.
You can go home with it…
IF you remain stable.”

Her eyes widened with fragile hope.

“But you must come back in two weeks,” I added.
“We need to re-check your lung, to make sure the pneumothorax has resolved.”

She nodded, swallowing weakly.

“Two weeks is okay…
as long as I can go home… even for a while.”



The Moment She Stood Up

When the ambulatory chest drain was applied, she held the small bottle like it was a delicate glass heirloom.

She took a few steps.
Then a few more.
Her breaths were still shallow, but they were no longer desperate.

She looked at me, and for the first time in a week, she smiled.

Not a big smile.
Just a small, trembling, grateful smile.

“Doctor… thank you.
I just want to see my home again.”



The Lesson She Taught Me

That day, I watched her walk out of the ward — slowly, carefully, holding her husband’s arm.

And I realised something:

Patients don’t just fight for breath.
They fight for moments.
For presence.
For the chance to be home, even if just for a short time.

We doctors look at numbers, scans, oxygen readings.

But patients…
they look at life.

And sometimes, giving them even a small piece of that life is the best medicine we can offer.



If you or your loved ones struggle with breathing issues, don’t wait.

Early assessment can save lives — and moments.

Book an appointment with our clinic:
(Click link)
👉 https://encoremed.io/smcv /154








“Dr, satu keluarga saya batuk & selsema seminggu saja… tapi dah 6 minggu, saya sorang je tak sembuh. Kenapa, Dr?”———-Pin...
26/11/2025

“Dr, satu keluarga saya batuk & selsema seminggu saja… tapi dah 6 minggu, saya sorang je tak sembuh. Kenapa, Dr?”
———-

Pintu diketuk perlahan.
Encik Rahimi melangkah masuk — wajah letih, nafas pendek, dada naik turun dengan bunyi halus yang saya kenal… wheezing.

Saya terus ingat kesnya tahun lepas — bronkitis teruk, bengkak saluran pernafasan, sembuh selepas rawatan.

Tapi hari ini… lain.
Ada ketakutan dalam matanya.



“Dr… saya sorang je tak baik. Dah 6 minggu…”

Dia duduk perlahan.

“Satu keluarga saya kena flu 6 minggu lepas, semua sembuh seminggu. Saya… saya batuk tak berhenti, Dr. Siang malam. Kadang sakit dada, kadang sesak. Ada bunyi berdesing.”

Saya nampak dia cuba tahan sebak.

“Saya takut, Dr. Saya takut ini bukan flu biasa.”



Pemeriksaan Yang Mendebarkan

Bila saya dengar paru-parunya…

✔ wheezing jelas
✔ nafas tidak sekata
✔ dada kanan ada “tightness”

Saya pandang wajahnya.

“Encik Rahimi, bila batuk lebih 6 minggu… kita tak boleh assume ini cuma batuk biasa. Kita kena pastikan bukan pneumonia, bukan tuberculosis (TB), dan bukan kanser.”

Dia menunduk.
Air mata jatuh.

“Dr… saya sebenarnya takut benda tu lah.”
Suaranya perlahan.



1. X-Ray Paru-Paru – Saat Yang Menegangkan

Kami ke bilik X-ray.
Saya dapat rasa tangannya sedikit menggeletar.

“Dr… kalau ada benda bahaya, Dr bagitahu terus ya?”

Saya angguk.

Beberapa minit kemudian imej muncul.
Saya perhatikan satu demi satu… mencari:

✘ bintik putih jangkitan teruk (pneumonia)
✘ bayang lesi mencurigakan (kanser)
✘ rongga TB
✘ air dalam paru-paru

Dan akhirnya saya hela nafas lega.

X-ray bersih.
Cuma tanda-tanda saluran pernafasan iritasi — sesuai dengan bronkitis.



2. Ujian Darah – Menghapuskan Kebimbangan

Saya jelaskan:

“Kita buat ujian darah p**a. Untuk sahkan tiada jangkitan bakteria kuat atau tanda TB.”

Keputusan keluar:

✔ tiada jangkitan teruk
✔ tiada tanda TB
✔ radang sederhana — typical bronkitis berpanjangan

Saya tersenyum.

“Encik Rahimi… kita buang tiga kebimbangan besar hari ini.”

Dia tunduk… dan akhirnya menangis lega.



Diagnosis: Bronkitis Berulang dengan Saluran Pernafasan Sensitif

Saya terangkan perlahan.

“Bronkitis ialah radang pada bronchus. Bila ada sejarah alergi, resdung, habuk… bronchus mudah ‘marah’. Bila kena flu, radang tu lambat surut. Itu sebab orang lain baik seminggu — tapi Encik 6 minggu pun belum baik.”

Dia angguk perlahan.

“Patutlah saya je tak baik. Saya memang ada resdung teruk.”



Rawatan

Saya berikan:

✔ inhaler anti-radang & bronchodilator
✔ ubat cair kahak
✔ ubat anti-histamin
✔ semburan hidung untuk resdung
✔ nebuliser waktu itu

Selepas nebuliser, nafasnya jauh lebih lega.

“Dr… ini kali pertama dalam 6 minggu saya rasa dada ringan.”



Nasihat Pencegahan

Saya menulis satu demi satu di kertas.

“Encik Rahimi, supaya benda ni tak berulang lagi, ini sangat penting:”

1. Jaga persekitaran rumah
• Kurangkan habuk
• Basuh cadar & sarung bantal seminggu sekali
• Guna air purifier bila perlu

2. Rawat resdung & alahan
• Kerana ia faktor utama batuk tak sembuh

3. Elakkan cuaca terlalu sejuk & aircond kuat

4. Minum air mencukupi

5. Jumpa doktor jika batuk >3 minggu

Saya berhenti sekejap… lalu tambah sesuatu yang sangat penting.

Saya pandang terus ke matanya.



“Encik Rahimi, satu lagi… untuk elakkan jangkitan berulang:”

6. Ambil vaksin influenza setiap tahun

✔ melindungi daripada flu teruk
✔ kurangkan risiko radang semula
✔ sesuai untuk pesakit saluran pernafasan sensitif

7. Ambil vaksin pneumokokal sekali seumur hidup / ikut jadual

✔ elak jangkitan paru-paru (pneumonia)
✔ sangat membantu bagi individu yang selalu kena batuk berulang
✔ beri perlindungan jangka panjang

Dia terdiam.
Kemudian berkata:

“Dr… saya tak pernah tahu vaksin boleh bantu orang macam saya.”

Saya tersenyum.

“Boleh, Encik. Kita bukan hanya rawat. Kita cegah daripada berulang.”



Dialog Menusuk Hati

Ketika bangun untuk p**ang, dia berpaling dengan suara serak:

“Dr… saya betul-betul ingat saya ada penyakit bahaya. Saya risau saya tak sempat tengok anak saya membesar.”

Saya jawab dengan lembut:

“Hari ini kita buktikan—ketakutan itu cuma bayang-bayang. Paru-paru Encik cuma perlukan penjagaan lebih sedikit daripada orang lain.”

Senyumannya hari itu…
ialah senyuman seorang lelaki yang baru diberi harapan.



Pengajaran Cerita
1. Batuk lebih 3 minggu perlu pemeriksaan.
2. X-ray & ujian darah penting untuk pastikan bukan pneumonia, TB atau kanser.
3. Resdung & alergi boleh menyebabkan batuk berpanjangan.
4. Rawatan bronchitis mesti bertumpu pada radang saluran pernafasan.
5. Vaksin influenza & pneumokokal melindungi daripada jangkitan berulang.
6. Lebih cepat periksa, lebih cepat sembuh — dan kurang beban di dada & fikiran.



Jika anda alami batuk >3 minggu, sesak nafas, wheezing atau dada ketat — buat pemeriksaan awal.

Click link for clinic appt:
https://encoremed.io/smcv /154


————-

“Doctor, my whole family had flu and recovered in a week… but it’s been 6 weeks and I’m still sick. Why, Dr?”

The door opened slowly.
Mr. Rahimi walked in — tired eyes, hollow cheeks, breath shallow with a faint wheeze I recognised instantly.

I remembered him immediately.
Last year, he came with severe bronchitis — inflamed airways, almost needing admission.
He recovered fully after treatment.

But today… was different.
There was fear in his eyes.



“Dr… I’m the only one who hasn’t recovered. It’s been 6 weeks…”

He sat down heavily.

“My whole family had flu 6 weeks ago, everyone got better in a week. But me… I’m still coughing nonstop. Day and night. Sometimes my chest hurts, sometimes I feel breathless. My breathing whistles.”

I saw him trying to hide the tremble in his voice.

“Dr, I’m scared this isn’t just flu.”



The Tense Examination

When I listened to his lungs…

✔ Wheezing
✔ Tightness on the right side
✔ Irregular breathing

I looked into his worried eyes and said gently:

“Mr. Rahimi, once a cough lasts more than 6 weeks… we can’t assume it’s just a simple cough. We need to make sure this isn’t pneumonia, tuberculosis, or lung cancer.”

He went pale.
A tear slid down his cheek.

“Dr… that’s exactly what I’ve been afraid of.”



1. The Chest X-Ray – The Most Tense Moment

We walked to the X-ray room.
His hands trembled slightly.

“Dr… if you see anything bad, will you tell me immediately?”

I nodded firmly.

Minutes later, the image appeared on the screen.
I scanned through it carefully, looking for:

✘ white patches of severe infection (pneumonia)
✘ any suspicious mass (cancer)
✘ TB cavities
✘ collapsed lung

And finally…
I exhaled quietly.

The X-ray was clear.
Only signs of airway irritation — consistent with bronchitis.



2. Blood Tests – Clearing His Biggest Fears

I explained:

“Let’s do blood tests too. To confirm there’s no severe bacterial infection and no signs of TB.”

When the results came in:

✔ no severe infection
✔ no TB indicators
✔ mild inflammation — typical of prolonged bronchitis

I smiled.

“Good news, Mr. Rahimi. We’ve ruled out the three biggest fears today.”

His shoulders dropped in relief…
and he cried silently.



Diagnosis: Recurrent Bronchitis with Sensitive Airways

I explained gently.

“Bronchitis is inflammation of the bronchial tubes. When someone has allergies, sinus problems, or sensitivity to dust, the airways become ‘irritable’. So when you catch a flu, the inflammation takes much longer to settle.”

He nodded slowly.

“No wonder I’m the only one who didn’t recover. I really do have bad sinus issues.”



Treatment

I prescribed:

✔ anti-inflammatory inhaler + bronchodilator
✔ mucolytic (phlegm thinner)
✔ antihistamine
✔ nasal steroid spray for sinus
✔ immediate nebuliser treatment

After the nebuliser, he breathed in deeply — the first deep, comfortable breath in 6 weeks.

“Dr… this is the first time I feel light in my chest again.”



Prevention Advice

I wrote everything clearly on a sheet of paper.

“To prevent this from recurring, you MUST take care of these things:”

1. Reduce dust exposure at home

– Change bedsheets weekly
– Clean bedroom regularly
– Use an air purifier if needed

2. Treat sinus and allergy problems

– They are major causes of prolonged cough

3. Avoid cold temperature / excessive air-conditioning

4. Drink enough water

5. See a doctor if cough persists >3 weeks

Then I paused… and added something crucial.

I looked straight at him.



“Mr. Rahimi, one more important thing to prevent repeated infections:”

6. Get the influenza vaccine yearly

✔ protects from severe flu
✔ reduces airway inflammation
✔ ideal for people with sensitive lungs

7. Get the pneumococcal vaccine

✔ prevents pneumonia
✔ essential for adults with recurrent chest infections
✔ long-term protection

He looked surprised.

“Dr… I didn’t know vaccines could help people like me.”

I smiled.

“They can. We don’t just treat — we prevent future flare-ups.”



A Heart-Touching Moment

As he stood to leave, he turned back.

“Dr… honestly, I thought I had something serious. I was scared… scared I wouldn’t live long enough to watch my kids grow up.”

I placed a gentle hand on his shoulder.

“Today we proved something—your fear was just a shadow. Your lungs simply needed attention and care.”

He walked out of my clinic with a smile…
a smile of someone who finally felt safe again.



Lessons from This Story
1. A cough lasting >3 weeks must be evaluated.
2. Chest X-ray & blood tests help rule out pneumonia, TB, or cancer.
3. Sinus & allergies can prolong cough significantly.
4. Bronchitis requires targeted anti-inflammatory treatment — not just antibiotics.
5. Influenza & pneumococcal vaccines prevent recurrent infections.
6. Early assessment brings peace of mind — and prevents complications.



If you or your loved ones have a cough >3 weeks, wheezing, chest tightness or breathlessness — don’t wait. Get checked early.

Click link for clinic appointment:
https://encoremed.io/smcv /154

Address

2B-12, Level 2, Sunway Medical Center Velocity
Bagan Lalang
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60397729191

Website

https://www.sunwaymedical.com/velocity

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Nurul Yaqeen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Nurul Yaqeen:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram