Kisah Anak Autisma

Kisah Anak Autisma Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kisah Anak Autisma, Family Therapist, Bagan Serai.

Pagi tadi selesai Majlis Graduasi Prasekolah buat Hayy.Tahniah buat Hayy.Tahun hadapan bermula era baharu buat Hayy.Dia ...
13/12/2025

Pagi tadi selesai Majlis Graduasi Prasekolah buat Hayy.

Tahniah buat Hayy.

Tahun hadapan bermula era baharu buat Hayy.

Dia akan mula melangkah ke Tahun 1.

Semoga segalanya nanti akan dipermudahkan.

Terima kasih.

P/S: Begitu mendalam ayat yang tertulis di belakang Hayy itu.ADAB DAHULU BARU ILMU.

Terima kasih buat Puan Laila dan anak yang sudi datang dari jauh melawat Hud dan Hayy serta membeli telur-telur ayam mer...
06/12/2025

Terima kasih buat Puan Laila dan anak yang sudi datang dari jauh melawat Hud dan Hayy serta membeli telur-telur ayam mereka sebentar tadi.

Kami mohon seribu kemaafan jika ada kekurangan dari kami tadi.

Terima Kasih.

Tak sangka p**a Hud boleh menjadi salah seorang pemenang dalam Kategori Pakaian Terbaik semasa sambutan Hari Kanak-Kanak...
04/12/2025

Tak sangka p**a Hud boleh menjadi salah seorang pemenang dalam Kategori Pakaian Terbaik semasa sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolahnya semalam.

Apa pun tahniah Daddy ucapkan buat Hud.

Terima kasih.

P/S : Gambar diambil dari page sekolah Hud.

Hari ini sekolah Hud & Hayy mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak.Tema Retro.Inilah pakaian Hud dan Hayy semasa hendak ke...
03/12/2025

Hari ini sekolah Hud & Hayy mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak.

Tema Retro.

Inilah pakaian Hud dan Hayy semasa hendak ke sekolah tadi.

Gambar penuh tak sempat nak ambil.

Yang penting kaki seluar Hud besar kat bawah.

Hahahahaha.

Terima Kasih.

02/12/2025

Kalau aku yang mengajar diaorang boleh bersenda gurau lagi.

Kadang-kadang bila aku pun pening mencari jawapannya, "mengekek-ngekek" diaorang gelakkan aku.

Tapi..............

Kalau "Bentara Guru" yang mengajar, baru diaorang tahu langit tinggi ke rendah.

Hahahahaha.

Nasib baik la "Bentara Guru", jarang-jarang balik ke rumah.

Kalau hari-hari ada di rumah, rasanya "kemurungan" Hud dan Hayy.

Terima Kasih.

Ramai p**a yang bertanyakan tentang rambut Hud ini.Sebenarnya ini rambut palsu la.Hahahaha.Beli kat kedai RM2 je pun pag...
29/11/2025

Ramai p**a yang bertanyakan tentang rambut Hud ini.

Sebenarnya ini rambut palsu la.

Hahahaha.

Beli kat kedai RM2 je pun pagi tadi.

Rambut palsu ini Hud akan pakai semasa sambutan Hari Kanak-Kanak yang akan diadakan di sekolah Hud pada minggu hadapan yang bertemakan Retro.

Terima Kasih.

Lebih kurang seminggu Hud dan Hayy tidak dapat bermain di luar rumah kerana langit asyik menangis sahaja.Syukur alhamdul...
29/11/2025

Lebih kurang seminggu Hud dan Hayy tidak dapat bermain di luar rumah kerana langit asyik menangis sahaja.

Syukur alhamdulillah.

Petang ini langit tidak menangis lagi.

Sang mentari memancar terik mengeringkan bumi yang basah.

Wajah Hud dan Hayy kembali ceria bila dapat bermain kembali di belakang rumah yang menjadi tempat permainan mereka pada setiap petang.

Macam mana dengan tempat korang hari ini?

Hujan ke cerah?

Terima Kasih.

Baru-baru ini aku pergi ke sekolah Hud bagi mengambil keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) milik Hud.Alhamdulillah.K...
28/11/2025

Baru-baru ini aku pergi ke sekolah Hud bagi mengambil keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) milik Hud.

Alhamdulillah.

Keputusan PBD Hud untuk akhir tahun ini sebahagian besarnya agak sederhana sahaja.

Dalam sesi dialog bersama dengan Cikgu Haji Malek selaku guru kelas Hud sempat aku bertanya kepada beliau tentang kelebihan dan kelemahan Hud semasa di sekolah.

Aku difahamkan dari segi sikap Hud seorang pelajar yang sangat baik dan tidak ada masalah disiplin.

Dia sangat bijak dalam subjek Bahasa Inggeris serta pengendalian komputer

Kelemahan Hud p**a dalam subjek tulisan Jawi.

Apa pun insyaAllah di tahun hadapan kami akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Terima Kasih.

P/S: Bagi pelajar lain mungkin keputusan seperti ini biasa-biasa sahaja dan sangat mudah untuk diperolehi.Namun tidak bagi murid berkeperluan khas seperti Hud.

17/11/2025

Tadi aku terbaca dalam satu group Autism yang melarang ibubapa membenarkan anak-anak mereka menggunakan sebarang jenis gajet.

Entahlah......

Lain orang lain caranya dalam mendidik anak masing-masing.

Style aku mudah sahaja.

Nak menggunakan gajet atau komputer boleh jer,asalkan jangan sampai malas ke sekolah,"homework" tak buat,mandi entah kemana,sampai lupa makan dan lupa waktu solat.

Yang paling penting jam 10 malam sudah masuk tidur.

Terima Kasih.

17/11/2025

Hud sedang mempromosikan jualan telur ayamnya.

Gaya promosi tu macam ada beratus-ratus biji stok telur ayam.

Padahal stok sehari ada 30 biji je pun.

Hahahahaha.

Terima Kasih.

P/S: Nasib baik ada sari kata Melayu.Boleh la faham sikit-sikit.

15/11/2025

Setiap permintaan dari pembeli telur ayam Hud & Hayy, insyaAllah kami akan cuba tunaikan dengan sebaik-baiknya.

Apa pun kami mohon maaf sebab gambar penghuni rumah anak-anak yatim ini kami terpaksa tutup kerana mereka masih di bawah umur dan demi menjaga "privacy" mereka.

Terima Kasih.

Hud bercita-cita hendak menjadi seorang ahli perniagaan.Hayy p**a bercita-cita hendak menjadi seorang doktor gigi.Agak-a...
15/11/2025

Hud bercita-cita hendak menjadi seorang ahli perniagaan.

Hayy p**a bercita-cita hendak menjadi seorang doktor gigi.

Agak-agak tercapai tak cita-cita mereka berdua ini?

Wallahu A'lam.

Terima Kasih.

P/S - Telur ayam Hud dan Hayy hari-hari "sold out".

Address

Bagan Serai
34300

Telephone

+60194008684

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kisah Anak Autisma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kisah Anak Autisma:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram