Perawat Islam

Perawat Islam Perkongsian maklumat mengenai Penyakit dan Masalah rawatan yang berkaitan Al-Mughni Barakat

*MENEROKA KE ALAM GHAIB* : Bukan Sekadar Misteri!Karya Tuan Haji Mokhtar bin Kassan ini kupas rahsia, kisah benar & peng...
14/08/2025

*MENEROKA KE ALAM GHAIB* : Bukan Sekadar Misteri!

Karya Tuan Haji Mokhtar bin Kassan ini kupas rahsia, kisah benar & pengajaran dari sudut Islam.

✅ Fakta & dalil jelas
✅ Menjawab persoalan yang bermain di fikiran
📦 Stok terhad, rebut sekarang 👉 https://www.wasap.my/601126264691/bukumenerokakealamghaib

30/03/2023
PADANG TOK SHEIKHSultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun M...
13/02/2022

PADANG TOK SHEIKH

Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun Masihi 1136 (531 Hijrah). Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu jati yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah pada zaman itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama Islam, nama baginda ialah Maharaja Derbar Raja.

Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang).

Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah s.w.t., berimanlah Sri Paduka Baginda dengan segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri kepada Kedah Darul Aman.

Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinya.

Pada suatu hari, Sri Paduka Baginda bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia dalam Tanah Arab? Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan Rasul.

Maka, baginda pun bertitah agar dibina sebuah menara di satu tempat yang tinggi dan berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya, menara yang hendak dibina itu bukan sahaja untuk dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda; Sultan Muzaffar Shah serta nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah Darul Aman.

Pekerja-pekerja yang ditugaskan membina menara tersebut berkumpul di kemuncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara itu di bawah penyeliaan Sheikh Abdullah. Ketika menara itu hampir siap, dengan takdir Allah s.w.t., Sheikh Abdullah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sheikh Abdullah telah mewasiatkan agar mayat beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran berdekatan dengan menara yang hampir siap itu. Wasiat beliau telah diperkenankan oleh baginda Sultan dan disempurnakan oleh para menteri.
Dengan itu, tanah rata di kemuncak Gunung Jerai sehingga kini dipanggil 'Padang Tok Sheikh' sempena mengambil nama Sheikh Abdullah.

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA
12/02/2022

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

BAGAIMANA MENGENALI CIRI-CIRI BARANG SIHIR?Dalam artikel kali ini, saya nak fokuskan p**a pada ciri-ciri barang yang aka...
03/02/2022

BAGAIMANA MENGENALI CIRI-CIRI BARANG SIHIR?

Dalam artikel kali ini, saya nak fokuskan p**a pada ciri-ciri barang yang akan digunakan oleh tukang sihir. Sebelum saya membahaskan tentang perkara ini, apa yang perlu kita semua faham ialah sihir adalah satu bentuk kezaliman yang dilakukan ke atas mangsa dengan cara yang tersembunyi.

Ada dua sebab saya katakan ianya tersembunyi.

Pertama, saya katakan tersembunyi kerana ianya dilakukan secara tersembunyi oleh tukang sihir tanpa pengetahuan mangsa. Kemudian, akibat daripada sihir itu p**a berlaku secara tiba-tiba dan tidak diketahui apakah sebab musababnya dan tidak diketahui apakah puncanya.

Kedua, saya mengatakan ianya tersembunyi kerana sihir yang akan dihantar itu p**a menggunakan perantaraan makhluk ghaib, iaitu jin yang juga tersembunyi. Maksud tersembunyi di sini ialah ianya tersembunyi (tidak dapat dilihat) dari pandangan mata kasar manusia. Jadi, bila kita dah faham perkara asas ini, mudahlah untuk kita memahami perkara seterusnya.

Realiti Sihir.

Saya sering diajukan dengan pelbagai pertanyaan. Antara pertanyaan yang agak banyak juga saya terima ialah apakah tanda jika mereka menjumpai sesuatu di rumah mereka. Sebagai contoh, ada yang menceritakan kepada saya mereka menjumpai bangkai tikus depan rumah, jumpa serpihan kaca depan pintu rumah, dan sebagainya. Persoalannya, adakah itu petanda ada orang yang nak menghantar sihir kepada ahli rumah tersebut. Jawapan saya, boleh jadi ya dan boleh jadi tidak.

Tetapi, seperti yang saya katakan di atas bahawa sihir ini ialah sesuatu yang tersembunyi. Jadi, sekiranya memang benar ada orang yang berniat nak menyihir anda, adalah lebih bijak mereka ini meletakkan barang-barang sihir di tempat yang tersembunyi dan tak mudah dijumpai. Kerana barang-barang tersebut adalah diantara syarat berhasilnya sihir yang akan dihantar kepada mangsa.

Mengapa & Apa Yang Patut Dilakukan?

Mungkin anda bertanya kepada saya, apa tujuan barang-barang seperti bangkai tikus, serpihan kaca diletakkan di rumah anda? Dan apa yang perlu dilakukan sekiranya perkara tersebut berulang?

Untuk soalan pertama, pada pandangan saya mungkin orang yang lakukan begitu kepada anda mempunyai rasa marah atau dendam. Jadi mereka lakukan begitu dengan tujuan untuk menakutkan anda dan membuatkan anda menyangka ada yang ingin menyihir anda. Tetapi, saya tidak nafikan juga boleh jadi apa yang dilakukan tersebut adalah sebagai ‘signal’ atau petanda bahawa rumah dan keluarga anda telah disihir.

Tetapi barang-barang yang digunakan untuk sihirkan anda telah ditanam atau disembunyikan supaya anda tidak dapat mencarinya. Dan selagi tidak dapat dicari barang sihir tersebut, sihir yang dihantar kepada anda mungkin tidak dapat disembuhkan (hakikatnya Allah yang menyembuhkan sihir) ataupun sihir tersebut akan sentiasa berulang-ulang walaupun telah banyak kali anda melakukan rawatan.

Apa yang perlu anda lakukan jika situasi di atas berlaku kepada anda?

Saya cadangkan anda lakukan langkah-langkah di bawah:

1. Sediakan air paip lebih kurang sebaldi bersama dengan lada hitam yang telah dikisar dan juga garam kasar.

2. Kesemua bahan di atas hendaklah diruqyah terlebih dahulu. Samada anda boleh ruyahnya sendiri atau minta bantuan dari orang lain, sebagai contoh perawat.

3. Setelah diruqyah bahan-bahan di atas, campur lada hitam dan garam kasar tadi ke dalam sebaldi air.

4. Ambil air yang secukupnya dan siramkan ke atas bahan-bahan yang anda jumpa tadi sambil membaca “Bismillah Hillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syaiun…(hingga akhir ayat)”, Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan juga 3 Qul. Setelah disiram dengan air, buang bahan-bahan tersebut ke dalam sungai.

5. Baki air di dalam baldi tadi, anda tuangkan sedikit demi sedikit disekeliling rumah anda sambil membaca Ayat Kursi tanpa putus.

6. Untuk di dalam rumah p**a, saya mencadangkan agar anda membaca bacaan ayat ruqyah sekerap yang mampu. Sekiranya anda tidak mampu membaca dengan kerap, anda boleh gunakan mp3 ataupun cd-cd bacaan ayat-ayat ruqyah sebagai alternatif.

7. Dan akhir sekali saya sarankan anda cuba cari barang-barang sihir yang ditanam dengam menggunakan cara yang saya kongsikan dalam artikel “Tip Mencari Barang Sihir” di atas.

Semoga perkongsian artikel ini memberikan manfaat kepada anda.

Credit to Rahmat Rahman

KISAH BUNIAN MENCURI JANIN DARI PERUT IBU MENGANDUNG(Pengalaman kawan saya)Edi dan Su mendapat berita gembira dimana Su ...
19/12/2021

KISAH BUNIAN MENCURI JANIN DARI PERUT IBU MENGANDUNG
(Pengalaman kawan saya)

Edi dan Su mendapat berita gembira dimana Su hamil lagi buat kali kedua setelah anak sulungnya berusia 2 tahun. Berita gembira ini berganda ria nya apabila Su disahkan hamil anak kembar... kantung ada 2...mungkin anak itu kembar tak seiras bila lahir nanti.

Suasana gembira itu di sambut dengan rasa syukur pada Allah swt dan kegembiraan itu dikongsikan bersama-sama dengan keluarga 2 belah pihak. Kenduri kesyukuran di adakan bagi meraikan berita gembira itu.

Su di tatang dan dijaga dengan baik agar kandungannya sihat sentiasa. Apabila kandungan berusia 4 bulan, Su mula mimpi yang kurang elok, di mana mimpinya itu anak dalam kandungannya hilang. Su kerap mimpi begitu dan mula rasa kurang selesa dan dia bagitau Edi pasai mimpi dia tu. Edi tak bertangguh lama terus mendapatkan khidmat pengamal perubatan alternatif.

Ada yang kata bunian berkenan tapi dia tak buat apa-apa jangan risau. Rata-rata pengamal mengatakan begitu...

Satu malam su mimpi lagi. Kali ni dalam mimpi tu, kandungannya hilang dua-dua sekali. Dia bangun terus rasa perut kosong macam tiada janin dalam perutnya.

Edi bawa Su pi check. Doktor kata baby tiada...dan Su tak mengandung pun. Edi pun tunjuk buku merah ibu mengandung beserta ultrasound yang menunjukkan su mengandung.

Doktor rasa hairan dan minta Edi bawa Su berubat cara kampung p**ak. Edi terus mai ke rumah aku sebab dia baru tau yang aku ni perawat. Selama kenai dia tak tau pon. Dia tau pon sebab ada kawan jugak yang habaq. Aku pon cuba la ikhtiaq takat yang mampu takat boleh ja la.

Masa dok tengah berubat, Su dok menangis sakit perut. Sakit sampai guling-guling. Aku kata biaq ja kat Su tu. Nanti dia ok la. Aku pun cari sapa punya kerja yang dok haru. Rupanya ada jin bunian yang dok haru Su. Jin ni memang berdamping dengan family depa, tapi depa tak tau. Ikut perjanjian, setiap keturunan yang hamil kembaq, tak kira satu kantung atau 2 kantung tetap diambil.

Aku pun jumpa jin tu...dan tiada sesi dialog pun, depa terus serang aku...
Aku terpaksa menggunakan ilmu halimunan dan naruto ninjutsu seribu bayangan dalam perang ini. Pecahan halimunan pi dapatkan bayi yang dicuri. Yang seribu bayangan naruto berperang.

Hampir sejam bertarung. Aku hanya menjumpai satu bayi saja, yang satu lagi tak jumpa. Hilang tak dapat dikesan. Aku cuba guna jurus radar dan sonar merentasi alam dan dimensi, juga tidak berhasil menemukan bayi yang lagi satu. Aku bawa balik bayi tu dan serahkan kembali pada Su.

Pada masa tu, Su tak guling-guling sakit lagi. Perutnya sudah nampak berisi kembali.
Aku kata kat Edi dan keluarganya, baik belah dia dan belah Su, aku kata aku buat setakat mampu. Aku kata cuba esok pi scan balik kat klinik. InsyaAllah baby ada balik tapi tak macam yang dulu la. Dulu 2, la ni ada 1 ja.

Esoknya Edi bawa Su pi scan di klinik dan ternyata kandungannya ada cuma ada satu, bukan lagi kembar. Edi terus call habaq. Dia dan Su syukur sangat dapat balik bayi yang dikandung tu walaupun dapat balik 1 saja.

Lepas dari peristiwa tu, Su pun bersalin anak lelaki. Ditangan bayi tu ada cebisan tali pusat kembarnya. Bayi tu pegang erat tali pusat tu. Aku pun pi la melawat Edi dan Su di rumah depa lepas dapat tau Su ada kat rumah. Masa aku pi melawat, aku tengok bayi tu, aku kata, bagi mai kat pakcik apa yang adik pegang tu. Nanti pakcik bagi balik. Aku pun ambik tali pusat yang dipegang bayi tu. Bayi tak nangis pon. Selalu sapa nak pegang tangan dia nak ambik tali pusat, dia mesti menangis teruk. Bila aku tengok tali pusat tu, aku belek-belek dan aku kata, adik ni pakcik bagi balik tali pusat kembaq adik nuh. Aku pon boh kat tangan dia bagi dia genggam balik. Tapi dia genggam sat pastu lepas. Tali pusat tu pon jatuh. Dia pon tak nangis-nangis lagi...

Edi dan Su pun s**a la sebab anak depa ada walaupun sorang lagi tiada...
Anak Edi dan Su la ni berusia 15 tahun dah...

SEKIAN...

Soalan:Telah menjadi kebiasaan di kampung saya, kanak-kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis a...
08/12/2021

Soalan:

Telah menjadi kebiasaan di kampung saya, kanak-kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis akan dibawa kepada dukun. Dukun tersebut akan mengikat benang hitam atau benang berwarna lain sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Adakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak? (Shamsiah Abu Bakar, Jerantut, Pahang)

Jawapan:

Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang dipakaikan benang pada tangannya dibawa kepada saya untuk dirawat. Saya secara berdiplomasi meminta agar benang hitam atau tangkal hendaklah dibuang terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan ke atas pesakit.

Amalan dan kebiasaan yang disebut dalam soalan tadi sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak hadith yang memberi penjelasan tentang perkara tersebut, antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada ‘Uqbah ibn ‘Amir al-Juhani:

Maksudnya: “Barang siapa yang menggantung tangkal (tamimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajatnya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (wad’ah), maka Allah SWT tidak akan menenteramkannya.”

Jelas dalam hadith ini Nabi SAW melarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan dengan tujuan mendapat sesuatu faedah bagi orang yang memakainya.

Wallahualam

5 TANDA ORANG BAIK DAN BIJAK1. Wajhu Mumbasyar (wajah yang senantiasa menggembirakan)Dia memiliki penampilan diri yang m...
07/12/2021

5 TANDA ORANG BAIK DAN BIJAK

1. Wajhu Mumbasyar (wajah yang senantiasa menggembirakan)
Dia memiliki penampilan diri yang menyenangkan bila dipandang, murah senyum, hangat percakapan, dan kehadirannya senantiasa dirindukan.

2. Lisanun Na'imah (tutur bahasa yang indah)
Dia memiliki bahasa yang indah meskipun sederhana, mudah difahami dan tidak membuat orang tersinggung.

3. Qolbur Rahmah (hati yang menyenangkan)
Hati adalah cerminan sikap peribadi seseorang. Sikap dan perilakunya memberikan rahmat bagi sekitarnya. Kehadirannya memberi manfaat, kata-kata yang terucap berfaedah buat yang mendengarnya.

4. Shodrul Muftihah (lapang dada)
Jiwanya terbuka, jujur, berterus-terang, dan bertoleransi. Arif menghadapi suasana gembira dan sedih, bijaksana dalam mengambil keputusan.

5. Yadul Muftihah (tangan yang senantiasa terbuka)
Dia senang membantu siapa saja, bahkan tanpa perlu dimintapun dia akan peka untuk membantu.

Semoga kita sentiasa diberikan jiwa dan hati seperti para salafus soleh dan alim ulama'.

Jadikanlah,
Yang indah itu budi.
Yang lembut itu hati.
Yang tipis itu benci.
Yang tebal itu iman.
Yang tajam itu akal.
Yang baik itu sifat.
Yang manis itu senyuman.
Yang rapat itu persaudaraan.

In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. 🤲

PETUA TERCEKIK TULANG1. Nasi atau pisang :Kepal-kepalkan nasi atau pisang dan terus telan. Sebaiknya baca bismilah dan 3...
07/12/2021

PETUA TERCEKIK TULANG

1. Nasi atau pisang :

Kepal-kepalkan nasi atau pisang dan terus telan. Sebaiknya baca bismilah dan 3 qul dan bertawakal sambil makan pisang atau nasi kepal.

2. Madu :

Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akan terkeluar.

3. Air basuhan tangan kita :

Caranya cuci tangan bersih dan ambil air masak dan basuh tangan anda menggunakan air tersebut dan minum semula air yang basuh tangan tu. InsyaAllah mujarab dengan izin Allah.

4. Minyak masak :

Celupkan jari telunjuk dengan minyak masak, sapukan pada dubur. Rasa tercekik tulang akan beransur-ansur reda.

Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital.

Selamat mencuba.

*Khasiat Dan Racun Pokok Kecubung*Kali ini kita kongsikan kehebatan daun dan buah kecubung atau nama saintifiknya Datura...
06/12/2021

*Khasiat Dan Racun Pokok Kecubung*

Kali ini kita kongsikan kehebatan daun dan buah kecubung atau nama saintifiknya Datura Metel Linn/Horn Of plenty angel"s/trumpet/Downy thorn/apple,Devil"s trumpet. Banyak sungguh gelaran buah kecubung ni yer.. Korang pernah lihat dan pernah gunakan tidak?

Pokok Kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza. Jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung besar dan kecubung kecil. Warna bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih. Untuk mendapatkan bunga kecubung yang bewarna kuning dan oren memang agak s**ar. Buahnya p**a berwarna coklat mempunyai duri-duri halus diluarnya.

Secantik2 pokok kecubung namun ada bahayanya juga. Kecubung putih adalah yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja namun masih ada lagi perubatan traditional yang menggunakan daun dan bijinya untuk rawatan2 lain seperti resdung.

*PERINGATAN:*

Semua bahagian tumbuhan ini beracun. Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak. Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya biarkan mangsa berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.

*KEGUNAANNYA:*

Kecubung biasa digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti asma, rheumatik, sakit pinggang, bisul dan resdung.
Untuk asma dan resdung, 10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung.
Untuk sakit pinggang dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian yang sakit.
Untuk rheumatik p**a daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas.
Untuk selesama, caranya ambil bunga kecubung dan jadikan seperti tembakau dan menghisap dengan mengeluarkan asap dihidung. Kesannya hidung akan keluar lendir berketul2.
Untuk hilangkan bentan pada buah z***r bayi, ambil daun kecubung dan sapukan minyak kelapa. Layuhkan atas api kemudian balut buah z***r tersebut dan biarkan sebentar... InsyaAllah sembuh...
* Ada satu lagi cara untuk merawat resdung dengan menggunakan biji buah kecubung. Jemur biji kecubung lebih kurang 3 hari hingga nampak kering. Ambil tempurung yang telah di belah dua, dikeringkan dan dibersihkan. Tebuk lubang kecil di atasnya untuk di masukkan hujung batang anak buluh seperti straw pada permukaan lubang tersebut. Pastikan buluh betul2 muat untuk lubang kelapa yang di tebuk. Sedia untuk di gunakan.

*CARA RAWATAN RESDUNG DENGAN BIJI KECUBUNG*

Ambil kepingan kecil tempurung kelapa dan di bakar hingga menjadi bara. Letak arang kelapa atas tudung periuk dan taburkan 7 biji kecubung yang telah di jemur. Titiskan miyak kelapa atas bara tadi tutup cepat2 dengan tempurung ang telah di buat dengan buluh.

Bila nampak asap keluar dari buluh, cepat2 halakan lubang hidung ke corong buluh sambil menutup hidung sebelah lagi satu. Sebaiknya cuba sedut perlahan2 dan akan terasa sedikit perit kemudian teran sekuat2nya. Lakukan 3 kali dan kemudian buat sebelah lubang hidung p**a. Jika asap nampak semakin kurang tambahkan lagi biji kecubung dengan minyak kelapa.

Selepas habis melakukan sedut hembus dari hidung tadi, angkat tempurung tadi dan korang akan nampak ulat2 yang keluar dari lubang hidung tersebut yang sudah kering terbakar.

Telinga - Lubang telinga di halakan pada corong buluh dan sebelah telinga lagi satu di tutup. Biarkan beberapa saat dan teran.
Mata - Halakan corong pada hujung mata kita di antara hidung. Tutup mata sebelah dan biarkan asap masuk ke mata untuk beberapa saat. Teran sekuat yang boleh.
Pastikan jangan di lakukan selalu.

Ini adalah rawatan traditional kampung. Tidak pasti adakah masih ada lagi rawatan seperti ini....
Nota
Banyak kegunaan daun dan bunga kecubung. Dengarnya biji kecubung juga beracun namun tidak ler mendatangkan mudarat yang keterlaluan.. Masih lagi boleh di gunakan...
Sharing sedikit info dari Engku Puteriz...

P.S. Kalau saper2 yang pening semasa menggunakan herba2 ini sila2lah jangan melakukan lagi...

Semoga Bermanfaat

DOA SAKIT GIGI.
06/12/2021

DOA SAKIT GIGI.

AMALAN KHUSUS UNTUK MENDAPAT REZEKI YANG TIDAK PUTUS-PUTUS ******************************************(إِنَّ هَـٰذَا لَرِ...
06/12/2021

AMALAN KHUSUS UNTUK MENDAPAT REZEKI YANG TIDAK PUTUS-PUTUS
******************************************

(إِنَّ هَـٰذَا لَرِزۡقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ)
[Surah Sad 54]

Amalannya:
Zikirkan ayat 54 ( surah Sad ) sebanyak 33 kali setiap selepas solat 5 waktu. Juga ketika mengambil duit dari uncang atau dompet.(baca sekali sahaja )

******************************************

Ditakdirkan Allah sampai dua orang berkongsi amalan tersebut pada hari yang sama.

1) Seorang pakcik yang berumur 74 tahun, tetapi masih sihat, gagah dan ceria.

2) Seorang lelaki yang lebih muda dari pakcik itu.

Kedua-dua mereka Allah takdirkan bertemu di tempat yang sama (masjid Sri Petaling ) dan berkongsi amalan yang sama. Dan kedua-dua mereka juga baru sahaja p**ang bermusafir di jalan Allah selama 40 hari.

Si Pakcik berkongsi amalan itu selepas subuh manakala seorang lagi, berkongsi amalan yang sama selepas Isya'.

Nah, sekarang saya kongsikan p**a amalan ini kepada saudaraku, warga MMR.

********************************************

Berikut adalah terjemahan ayat ke 54 surah Sad di atas. (Merujuk kepada kitab tafsir fizilil Qur'an )

إِنَّ هَـٰذَا لَرِزۡقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ

" Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis . (Sad: 54 )

********************************************

Sekali lagi, kita beramal kerana Allah. Kita bukan yakin dengan amalan, tetapi kita mahu yakin dengan janji-janji Allah.

Kita solat kerana Allah perintahkan solat.
Dalam perintah Allah, ada janji-janji Allah. Dalam janji-janji Allah, ada kuasa dan pertolongan ghaib dari Allah.

*********************************************

Nah, kepada yang belum ada amalan khusus ( tentang rezeki ), bolehlah kita mulakan amalan ini pada hari ini, Jumaat, dan kita lihatlah hasilnya pada hari Jumaat akan datang.

*********************************************

Bila kita meminta, kita minta hanya kepada Allah

*********************************************

Allah, tidak mungkin hampakan kita.

(Perkongsian dari Penulis Mudahnya Menjemput Rezeki)

Address

No 98 Hadapan Perumahan Awam Sungai Dungun
Bagan Serai
34350

Telephone

+60145578414

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perawat Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram