Urut Tradisional Bagan Serai

  • Home
  • Urut Tradisional Bagan Serai

Urut Tradisional Bagan Serai Mengkhususkan untuk urutan tradisional, kiropraktik dan lain lain. Untuk temujanji hubungi 0195988506

15minit jugak lah baru faham 👇
27/06/2024

15minit jugak lah baru faham 👇

SEKADAR PERKONGSIAN.Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:- Bil air RM30.00.- Duit rumah ...
12/05/2024

SEKADAR PERKONGSIAN.
Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RM30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut p**ak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung p**a mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, p**anglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak p**a nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus p**ang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak p**ang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya p**ak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...
'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..
'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

Kredit : Bravo Rio

Urut Tradisional Bagan Serai Hubungi Pak Chop - 01959885061- Urat terseliuh ??2- Kaki selalu kejang ??3- Badan tidak ber...
12/05/2024

Urut Tradisional Bagan Serai
Hubungi Pak Chop - 0195988506

1- Urat terseliuh ??
2- Kaki selalu kejang ??
3- Badan tidak bermaya ??
4- Badan dah berangin ??
5- Nak Reflexology??
6- Atau anda ada masalah lain??

Jom urut. Kita hanya ikhtiar, yang menyembuhkan hanyalah ALLAH S.W.T.

https://wa.me/60195988506?text=nak_tempah_sessi_urut

07/11/2023

Sapa pernah pergi sekolah bawak duit belanja 10 sen sja. Zaman² 70an 80an hadir
😅😅😅

🤣🤣🤣🤣🤣
07/11/2023

🤣🤣🤣🤣🤣

07/11/2023

Isteri terlelap keletihan. Bangun-bangun suami dah siap kemas rumah, pinggan mangkuk dah cuci. Begitulah selalunya suami
😊😊

Perhimpunan tengahari tadi, mata aku terpandang seorang anak ini. Seluarnya menarik perhatian. Rambutnya juga panjang bo...
07/11/2023

Perhimpunan tengahari tadi, mata aku terpandang seorang anak ini. Seluarnya menarik perhatian. Rambutnya juga panjang boleh tahan.

Aku panggil dia. Aku bawa ke tepi. Kami berbual

" Abang, kamu tak ada seluar sekolah lain ke?"

" Tak ada cikgu. Seluar saya semua dah "pindik"."

Mengucap aku dalam hati. Macam mana aku boleh terlepas pandang budak ni. Anak ini anak yatim yang biasa aku "belanja" setiap Jumaat. Tapi tak pernah p**aklah aku "sakit mata" tengok apa yang dia pakai sampailah hari ini.

Rambutnya dah panjang. Rasanya dah berbulan tak bergunting. Terus aku bawa dia ke bilik guru, carikan baju terpakai kalau ada. Cari punya cari tak jumpa saiz. Semuanya besar.

Aku terus jumpa Penolong Kanan.

" Boss, izinkan aku keluar kej*p. Nak gi Giant. Bawa budak tu, nak carik seluar dengan baju sekolah baru . Sedih tengokkannya. Aku nak bawak dia gunting rambut sekali."

Lepas dapat keizinan, terus kami keluar ke Giant. Tak jauh mana, tak sampai 1km dari sekolah.

Aku tuju kedai gunting rambut.

" Boss kasi potong. Bikin macam budak sekolah."

Zasss zuppp zasss siap.

" Berapa?"

" RM25..."

Aduh, harga barber rupanya. Nak buat macam mana. Itu je kedai yang ada.

Lepas tu terus kami pergi cari baju dengan seluar sskolah baru. Yang ada hanya kedai jenama Canggih. Memang canggih jugalah harganya.

Dia terus pakai baju baru. Nampak segak dengan rambut yang dah kemas. Barulah handsome macam cikgunya. Kalau tidak, Allahhuakbar.

" Kamu dah makan ke bang?"

" Belum cikgu tapi mak ada bagi saya bekal."

" Jom makan j*p. Cikgu lapar. Kita pergi KFC nak?"

" Boleh cikgu."

Masa aku order makanan, aku tanya dia.

" Bang nak aiskrim?"

Dia malu malu nak bagitahu.

" Cikgu tanya nak ke tak. Kalau nak, cikgu belikan, kalau tak nak, tak dapatlah. Rugi ooo..."

Terus laju dia jawab, nak cikgu nak.

Haha, psikologi sungguh cikgunya pun.

Kami pun makan dengan gembira seketika.

Tiba tiba datang seorang kakak yang duduk depan kami, hulurkan duit pada anak ini. Not merah.

" Adik, nah duit belanja..."

Hah rezeki dia. Mungkin akak tu tengok kami bual. Aku pakai baju ngajar, anak murid pakai baju baru.

Rezeki sungguh. Kisah aku dengan anak yatim memang sinonim. Santuni mereka selagi daya.

Uishhh beraninya sis! Bagi makan siap peluk2 lagi pak belang tu😱😲Cc to owner pic
07/11/2023

Uishhh beraninya sis! Bagi makan siap peluk2 lagi pak belang tu😱😲

Cc to owner pic

Address


Opening Hours

Monday 10:30 - 22:00
Tuesday 10:30 - 22:00
Wednesday 10:30 - 22:00
Thursday 10:30 - 22:00
Friday 10:30 - 22:00
Saturday 10:30 - 22:00
Sunday 10:30 - 22:00

Telephone

+60195988506

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urut Tradisional Bagan Serai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram