Poliklinik Fitrah

Poliklinik Fitrah Operation hours (mon-sat 8.30am-10pm)(sunday 8.30am-9pm)
(556956-H)

22/01/2026

Doktor, saya dah demam panas ni. Kenapa tak ambil darah hari ni terus? Kenapa kena tunggu sampai 3 hari?

Doktor ni saja nak suruh saya ulang alik ke?
Pernah tak anda rasa geram bila bawa anak atau diri sendiri ke klinik hari pertama demam, tapi doktor cuma bagi ubat demam, ubat batuk, pastu suruh balik?

Doktor siap pesan, "Kalau hari ketiga masih demam, datang semula untuk ambil darah ya."

Sebenarnya, ada sebab saintifik kenapa doktor tak kelam-kabut nak cucuk jarum pada hari pertama.

Bayangkan darah kita ni macam "CCTV" dalam rumah. Kalau pencuri (kuman atau virus) baru saja masuk seminit, kesan geledah tu mungkin belum nampak lagi. Rumah masih nampak kemas.

Pada hari pertama demam, keputusan Full Blood Count (FBC) selalunya akan nampak normal.

Sel darah putih (askar badan) mungkin belum sempat bertindak balas sepenuhnya. Kalau ambil darah waktu ni, keputusannya mungkin "negatif palsu".

Masuk hari ketiga, barulah "peperangan" dalam badan mula memuncak.

Waktu nilah baru doktor boleh nampak corak atau trend dalam darah anda.

Doktor nak tengok trend.

Bukan sekadar nak tahu ada kuman ke tak, tapi nak tahu sejauh mana badan anda tengah "berperang" dan sama ada anda perlu masuk wad atau boleh pantau kat rumah saja.

Jadi, kalau doktor suruh balik dulu, jangan marah ya. Makan ubat ikut jadual, minum air banyak-banyak, dan pantau tanda amaran macam sakit perut melampau atau muntah-muntah.

Bila masuk hari ketiga masih belum kebah, boleh datang ke klinik.

Waktu tu, CCTV darah anda akan bagi tahu cerita yang sebenar.

21/01/2026

Apabila Ibu Menekan Doktor Untuk Beri Antibiotik Untuk Jangkitan Virus?

Post ini dibuat susulan perkongsian seorang ibu yang bimbang dan marah kerana anak demam, tetapi doktor tidak memberi antibiotik. Ramai ibu ayah pernah melalui situasi yang sama, jadi elok kita jelaskan dengan ringkas dan jelas supaya kedua dua pihak faham.

Pertama, dari sisi ibu ayah
Bila anak demam, ibu ayah biasanya mahu keputusan yang cepat dan rawatan yang “paling kuat” supaya anak cepat baik.

Ini normal, sebab kita risau dan kita mahu kurangkan risiko.

Kedua, dari sisi doktor
Doktor perlu beri rawatan berdasarkan pemeriksaan dan bukti, bukan berdasarkan permintaan ubat tertentu. Antibiotik bukan ubat demam dan bukan ubat untuk virus. Antibiotik hanya berfungsi untuk jangkitan bakteria.

Kenapa doktor tidak bagi antibiotik bila jangkitan virus?

1. Antibiotik tidak bunuh virus. Jadi ia tidak mempercepatkan penyembuhan jangkitan virus.

2. Kesan sampingan tidak berbaloi. Anak boleh cirit, ruam, muntah, atau alahan.

3. Risiko kuman kebal antibiotik. Bila antibiotik kerap diberi tanpa sebab, ia boleh jadi kurang berkesan bila betul betul diperlukan pada masa depan.

4. Anak boleh nampak baik selepas 1–2 hari walaupun tanpa antibiotik (atau selepas diberi antibiotik) Ini sebab jangkitan virus memang boleh pulih sendiri.

Kadang kadang ia kebetulan pulih selepas mula antibiotik, lalu nampak seperti antibiotik yang “menyembuhkan”.

Apa yang patut ibu ayah buat bila doktor kata “viral” dan tak beri antibiotik?

Tanda bahaya yang biasanya perlu diberi perhatian (secara umum). Jika ada mana mana ini, biasanya perlu dinilai segera:

• Anak nampak sangat lemah dan lesu. Tidak aktif seperti biasa

• Sesak nafas, laju sangat, atau tarik nafas nampak susah

• Kurang minum, kurang kencing, tanda dehidrasi
• Sawan
• Ruam yang cepat merebak atau lebam yang pelik
• Demam berlarutan beberapa hari tanpa trend menurun, atau makin teruk
Kesimpulan

1. Kita semua mahu anak cepat sembuh.
Bezanya, ibu cari cepat. Doktor cari tepat.
Dan kadang kadang, yang tepat itulah yang paling selamat.

2. Kalau semua demam kita paksa antibiotik, satu hari nanti bila betul betul perlu, ubat itu mungkin tak jalan.Jadi keputusan hari ini bukan untuk sedapkan hati, tapi untuk selamatkan masa depan.

3. Jangan ukur rawatan dengan “dapat antibiotik atau tidak”. Ukur dengan satu benda. Anak anda dirawat dengan betul, bukan dirawat ikut desakan.

20/01/2026

Kejap lagi mesti ramai yang dah berkira-kira nak order set padu ni untuk makan tengah hari: Nasi Kandar kuah banjir satu, siap ayam goreng, dan air Teh O Ais Limau ikat tepi.

Memang sedap. Memang layan. Tapi sedarkah anda, gabungan dua menu ini sebenarnya adalah satu percintaan yang toksik?

Sebenarnya, air teh (tak kira teh ais, teh tarik, atau teh hijau) adalah "penyamun" zat yang paling licik.

Dalam setiap gelas teh yang pekat itu, terkandung satu bahan kimia semula jadi yang dipanggil Tanin (Tannins). Tanin ini bukanlah racun, tapi ia mempunyai sifat yang sangat cemburu.

Bila anda makan nasi berlaukkan ayam, daging, atau bayam, makanan-makanan ini kaya dengan Zat Besi (Iron). Zat besi inilah yang badan kita perlukan untuk buat darah merah, supaya kita tak pucat dan bertenaga.

Tapi malangnya, bila Teh dan Lauk ini masuk ke dalam perut serentak, Tanin dari teh tadi akan segera "menangkap" dan mengikat Zat Besi dari lauk anda. Ia bertindak seperti gari.

Bila Zat Besi dah kena gari dengan Tanin, usus kita tak boleh serap zat tersebut. Akhirnya, lauk ayam yang mahal dan berkhasiat tadi keluar semula sebagai najis tanpa sempat memberi manfaat kepada darah anda.

Inilah punca kenapa ramai rakyat Malaysia, terutamanya wanita, mengalami masalah kurang darah atau Anemia Defisiensi Zat Besi. Muka nampak pucat, buat kerja sikit dah letih, naik tangga sikit dah mengah, dan rambut mudah gugur. Rupa-rupanya, "pencuri" tenaga mereka ada dalam gelas minuman sendiri.

Jadi, adakah kita kena haramkan teh? Tidak, jangan risau. Teh ada khasiat antioksidan yang bagus. Cuma kita kena pandai pilih masa.

Amalkan Peraturan 1 Jam.

Kalau dah makan lauk berat yang kaya zat besi, minumlah air kosong atau jus buah (Vitamin C) dulu. Vitamin C membantu serapan zat besi. Tunggu sejam atau dua jam selepas makan, barulah pekena teh kesukaan anda. Masa tu, perut dah selesai proses zat makanan.

Ingat, jangan biarkan segelas air RM2.00 merompak khasiat lauk RM10.00 anda.

Selamat menjamu selera dengan bijak!

09/12/2025

MERCY Malaysia Sumatra–Aceh Relief Response

The people of Sumatra and Aceh are facing an unimaginable time as Tropical Cyclone Senyar brings widespread floods and landslides. Nearly 1.5 million people have been affected, with over 570,000 displaced. Roads, bridges, and homes have been damaged, cutting off access to basic necessities such as food, clean water, medical care, and safe shelter. With rainfall reaching up to 300 mm per day at the height of the storm, the impact has been extensive, and humanitarian needs continue to evolve.

MERCY Malaysia has deployed its team to the ground, working closely with partners to conduct rapid assessments and coordinate humanitarian support. We remain committed to delivering timely, principled, and life-saving assistance to the most affected communities.

We stand with the people of Indonesia and communities across the wider region affected by severe floods and storms, including Malaysia, Sri Lanka, and Thailand. Our thoughts and prayers are with all families, and we hope for safety, strength, and recovery in the days ahead.

Support MERCY Malaysia’s Relief Efforts

CIMB Islamic Bank Berhad: 8606 1291 17
SWIFT Code: CTBBMYKL
Reference: Sumatra-Aceh

08/12/2025

Mak ayah selalu macam ini.
Lepas masak tengah hari, lauk tinggal banyak atas meja. Petang anak sambung makan lagi. Malam kita panaskan. Esok pagi, kalau masih ada, kita fikir, “Ala, rugi lah buang. Boleh makan lagi ni.”

Yang kita tak nampak, bila lauk masak dibiarkan lama pada suhu bilik, especially lebih kurang empat jam, bakteria senyap senyap membiak. Rasa masih sedap, bau masih ok, rupa pun elok. Tapi perut anak kecil, anak sekolah, bayi yang baru belajar makan, mungkin tak sekuat perut kita.

Praktikal untuk mak ayah di rumah:
Lepas siap makan, jangan biar lauk “bermalam” atas meja. Dalam dua jam pertama, kalau tahu tak akan habis, terus asingkan dan masuk peti sejuk. Lauk yang sudah duduk di luar terlalu lama, terutama melebihi empat jam pada suhu bilik, pilihan paling selamat ialah lepaskan, walaupun hati rasa sayang.

Keracunan makanan bukan sekadar cirit-birit. Anak boleh muntah berkali kali, demam, lemah, sampai perlu ke klinik dan hospital. Semua itu hanya kerana kita mahu jimat lauk, tetapi terlupa jaga perut orang yang kita paling sayang.

Lepas ini, bila tengok lauk lebih atas meja, ingat wajah anak yang tidur lena setiap malam. Biar kita yang “rugi” sikit buang lauk, asalkan kita tak rugi kesihatan anak sendiri.

08/12/2025

Ramai ibu ayah risau bila nampak senarai ikan “tinggi histamin” yang dikongsi lalu terus fikir ikan itu bahaya untuk anak.

Sebenarnya, BUKAN ikannya yang salah. Histamin bukan datang dari ikan… tetapi dari cara ikan itu disimpan.
Bagaimana Histamin terbentuk dalam ikan tidak segar?

Histamin terbentuk bila ikan yang tinggi protein seperti kembung, tongkol, sardin atau tenggiri tidak disejukkan segera, dibiarkan pada suhu bilik atau hampir rosak. Bila ikan tidak segar, bakteria akan menukar bahan semula jadi dalam isi ikan (histidine) menjadi histamin, dan proses ini berlaku dengan sangat cepat..
Apa kesan kepada anak jika ambil makanan tidak segar yang tinggi histamin ini?

Kalau histamin terlalu tinggi, anak boleh mengalami gejala beberapa minit selepas makan. Muka merah panas, gatal, ruam, muntah, cirit-birit atau jantung berdebar. Ia nampak macam alergi, tapi sebenarnya keracunan makanan akibat ikan tidak segar

Apa kesan kepada bayi bawah 12 bulan?

Untuk bayi bawah 12 bulan, sistem usus mereka masih sangat sensitif. Itu sebabnya ikan berisiko tinggi lebih baik dielakkan jika kita tak pasti tahap kesegarannya.

Tapi untuk kanak-kanak yang lebih besar, ikan kekal makanan yang sangat berkhasiat: tinggi protein, tinggi omega-3, baik untuk otak dan tumbesaran. Ikan bukan musuh. Ikan yang tidak segar itu musuh sebenarnya.

Bagaimana nak elak histamin dalam ikan?

• pilih ikan bermata jernih dan timbul
• insang merah segar, bukan coklat gelap
• isi pejal, tidak lembik
• tiada bau busuk

Cara simpan di rumah:

• ikan mesti terus dimasukkan ke peti sejuk
• jika tidak masak segera, letak dalam bekas bertutup
• kalau beli banyak, terus proses & simpan dalam freezer
• jangan biarkan ikan duduk di suhu bilik lebih 1–2 jam

Kesimpulannya, ikan tetap makanan terbaik untuk kanak-kanak, kaya protein dan zat penting. Makan ikan adalah selamat selagi kesegarannya dijaga. Yang perlu kita bimbang bukan nama ikan… tetapi bagaimana ikan itu diurus dari laut sampai ke dapur kita.

29/11/2025

📢 PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL MTM

Topik:
💬 Trauma Tidak Nampak Luka: Memahami Kesan Jangka Panjang Trauma
Trauma kadang-kadang tak kelihatan pada luarannya… tapi kesannya boleh kekal lama. Jom sama-sama fahami bagaimana trauma memberi impak kepada emosi, tingkah laku dan kehidupan harian — serta apa yang boleh kita lakukan untuk pulih.

📅 Sabtu, 29 November 2025
🕣 8.30 – 10.00 malam
🎙 Penceramah:
• Dr Rozanizam Zakaria – Pakar Psikiatri
• Nur Syafiqa Hazirah Razali – Accredited Peer Support

📍 Sertai melalui Zoom
👉 Imbas QR dalam poster
✅ E-Sijil disediakan
📺 LIVE di Facebook MedTweetMY
facebook.com/MedTweetMY

Program ini disokong oleh:
app


Hasanah
Kewangan Malaysia

Jom sama-sama tingkatkan kesedaran tentang trauma dan kesejahteraan mental. 💙

15/11/2025

Baru-baru ini, Pusat Darah Negara (PDN) telah menerima permintaan darah komponen granulosit daripada sebuah hospital kerajaan untuk seorang pesakit kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser darah. Pesakit ini memerlukan sekitar 3 sehingga 5 beg darah (komponen granulosit) sehari sebagai rawatan bagi tempoh 2 minggu termasuk hari ini dan beberapa hari lagi.
Bagaimanakah komponen granulosit (Granulocyte) disediakan?

Granulosit merupakan salah satu jenis sel darah putih.

Lapisan granulosit (Buffy Coat) digunakan sebagai salah satu rawatan bagi pesakit yang mempunyai jumlah sel darah putih yang sangat rendah dan boleh mengancam nyawa pesakit.

Granulosit ini hanya boleh diperolehi daripada kutipan darah penderma darah utuh yang regular. Darah utuh dengan isipadu sebanyak 450ml. Komponen ini dihasilkan melalui kaedah Platelet-Rich Plasma (PRP) melalui proses emparan. Suhu pemprosesan dan penyimpan komponen adalah antara 20 hingga 24 ℃ bagi memastikan aktiviti sel dalam keadaan yang optimum.

Komponen granulosit ini diberikan kepada pesakit dalam tempoh 24 jam bermula daripada waktu kutipan darah tersebut bagi memastikan rawatan transfusi itu berkesan.

Bayangkan, seorang pesakit kanak-kanak ini memerlukan seramai 42 sehingga 70 orang penderma darah utuh regular untuk menyelamatkan nyawanya. Teruskan menderma darah dengan konsisten, kerana suatu hari nanti, mungkin darah anda yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit seperti ini.

Darah diperlukan setiap hari, sila layari www.pdn.gov.my untuk lokasi terkini pusat kutipan darah.

Derma Darah Selamatkan Nyawa


14/11/2025

Berikutan perkongsian peniaga yang mencampurkan plastik pembungkus minyak terus ke dalam kuali gorengan, kami ingin memperingatkan bahawa perbuatan tersebut adalah satu pengkhianatan besar kepada pelanggan.

Kita beli makanan dengan harapan ia selamat.
Bukan dicampur bahan kimia dari plastik cair

Apabila plastik pembungkus minyak dicelup terus ke dalam kuali panas, tindak balas kimia yang berlaku sebenarnya jauh lebih serius daripada sekadar “plastik cair”.

Pada suhu ini, rantaian polimer yang membentuk plastik akan pecah menjadi molekul-molekul kecil seperti alkanes, alkenes, aldehydes dan ketones. Semua bahan ini akan larut ke dalam minyak sebelum akhirnya melekat pada makanan yang sedang digoreng.

Pada masa yang sama, bahan pelunak plastik seperti phthalates atau adipates mula terlepas daripada permukaan plastik akibat haba tinggi.
Bahan-bahan ini dikenali sebagai “endocrine disruptors” kerana ia boleh mengganggu sistem hormon apabila masuk ke dalam tubuh manusia.

Selain itu, apabila plastik terurai dalam minyak panas, ia tidak hancur sepenuhnya. Ia pecah menjadi serpihan kecil yang dipanggil microplastics. Serpihan-serpihan ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh masuk ke dalam makanan, akhirnya terkumpul dalam usus, darah dan organ manusia.

Minyak panas yang bercampur plastik juga boleh menghasilkan radikal bebas, hidrokarbon aromatik serta bahan toksik baharu yang meningkatkan risiko keradangan, penyakit hati dan masalah kesihatan jangka panjang.

Kesimpulannya, apabila plastik masuk ke dalam minyak panas, ia berubah menjadi campuran bahan kimia berbahaya yang meresap ke dalam makanan. Walaupun kita tidak nampak, tubuh kita tetap menerima kesannya sedikit demi sedikit setiap kali makanan itu dimakan.

Jika anda mempunyai maklumat tentang peniaga yang melakukan amalan ini, laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk siasatan dan tindakan lanjut.

07/11/2025

𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

𝗦𝗘𝗠𝗢𝗚𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗧𝗜 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan 2025.

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah daripada seluruh warga Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Doa kami agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa diberikan kesihatan yang baik, perlindungan, kesejahteraan dan terus memimpin Negeri Perak dengan hikmah dan keberkatan.

20/09/2025
[CUCI TANGAN DENGAN BETUL]Mari kita sentiasa amalkan 7 langkah cuci tangan dengan betul untuk mengelak penyebaran penyak...
14/09/2025

[CUCI TANGAN DENGAN BETUL]

Mari kita sentiasa amalkan 7 langkah cuci tangan dengan betul untuk mengelak penyebaran penyakit.


Address

No 1, Bangunan PKNP, Jalan Besar
Bagan Serai
34300

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:28 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 22:00
Saturday 08:28 - 22:00
Sunday 08:28 - 21:00

Telephone

+6057211541

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Fitrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category