Mayoclinicplt Muar-Bakri

Mayoclinicplt Muar-Bakri "RAWATAN BERKUALITI, KEPERCAYAAN UTAMA"

Selamat Tengah hari⛅️Tahukah anda? Gam luka (skin adhesive) boleh digunakan untuk membantu menutup luka kecil tanpa jahi...
12/04/2026

Selamat Tengah hari⛅️

Tahukah anda? Gam luka (skin adhesive) boleh digunakan untuk membantu menutup luka kecil tanpa jahitan bagi kes tertentu.

Gam luka vs jahitan – mana lebih sesuai? 🤔

✔️ Gam luka:
– Untuk luka kecil sahaja
– Tidak perlu jahitan

✔️ Jahitan:
– Luka lebih dalam atau besar

Setiap luka berbeza.
Dapatkan pemeriksaan dan konsultasi dengan doktor kami terdahulu untuk mengetahui pilihan rawatan yang sesuai.

📍Lokasi Klinik :
Mayo Clinic PLT , No.9, Jalan Sinar Bakri 1, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, 84200 Muar, Johor.
https://share.google/vbtGIk3NnwncRF5XQ

🕗 Waktu Operasi Klinik :
Isnin hingga Jumaat & Ahad : 8.00 pagi – 9.00 malam
Tutup : SABTU

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami ditalian :
📱https://wa.me/60136706813

09/04/2026

Ramai ingat bila kulit tiba-tiba jadi gatal, merah, dan mengelupas.. itu confirm ekzema atau alergi biasa.

Bila gatal, mulalah singgah farmasi beli krim. Bila tak jalan, pinjam krim kawan. Ada yang sapu ubat kurap sebab nampak bersisik tebal. Tapi makin disapu, kulit makin tebal, makin pedih, dan kadang-kadang berdarah bila digaru.

Bukan semua kulit gatal dan merah itu ekzema.

Jangan tersalah rawat, sebab Psoriasis perlukan cara penjagaan yang sangat berbeza. Kalau silap gaya, keadaan boleh jadi lebih teruk.

Perbezaan paling jelas yang anda boleh semak sendiri pada badan:

1. Rupa Kulit
Psoriasis: Kulit jadi tebal, timbul (plaque), dan ada sisik warna putih keperakan (silvery scales). Bila sisik ini tertanggal atau dikopek, ia sangat mudah berdarah (Auspitz sign).
Ekzema: Tompok merah, meradang, dan sering kelihatan berair (oozing/weeping).

2. Tahap Gatal & Rasa
Psoriasis: Kurang gatal berbanding ekzema, tapi lebih kepada rasa pedih, tegang, merekah, dan 'terbakar'.
Ekzema: Gatal teramat sangat. Sampaikan boleh terjaga dari tidur semata-mata sebab menggaru tanpa sedar.

3. Tempat 'Feveret' Naik
Psoriasis: S**a naik di kawasan sendi luar. Bahagian luar siku, kepala lutut, kulit kepala (nampak macam kelumumur yang sangat tebal berkerak), dan kuku rosak.
Ekzema: S**a bersarang dekat kawasan pelipat. Pelipat siku, pelipat lutut, leher, atau pergelangan tangan. Tempat-tempat yang berlipat dan senang berpeluh.

4. Punca Utama & Penyakit Berkaitan
Psoriasis: Ini penyakit autoimun. Sistem imun badan keliru. Sering dikaitkan dengan kuku berlekuk (nail pitting) dan sakit sendi (arthritis).
Ekzema: Biasanya dipicu oleh alergi, cuaca, atau sabun mandi. Kerap didapati pada mereka yang ada asma, alergi hidung (hay fever), atau alergi makanan.

Tolong jangan memandai-mandai sapu ubat sembarangan, terutamanya ubat yang dibeli online tanpa kelulusan. Rawatan untuk ekzema mungkin tak berkesan langsung untuk psoriasis. Kalau tersilap guna krim steroid yang terlampau kuat tanpa pantauan, kulit boleh jadi nipis dan kekal rosak.

Kalau anda atau ahli keluarga ada tanda-tanda berlarutan macam ini, tolong bawa jumpa doktor. Biar pakar yang sahkan, bukan teka-teka sendiri di rumah.

08/04/2026

Nampak tompok gatal, bulat, dan merah dekat badan. Anda pun terus ambil krim gatal (steroid) yang ada kat rumah dan sapu.

Tapi peliknya, tompok tu makin membesar, makin merah, dan merebak ke tempat lain. Kenapa?

Sebab anda mungkin sedang sapu krim steroid pada jangkitan kulat (kurap)! Bila kurap disapu steroid, kulat tu tak mati, sebaliknya makin 'berpesta' dan merebak dengan lebih teruk. Ini yang kita panggil Tinea Incognito.

Bukan semua kulit gatal dan merah itu ekzema. Jangan main sapu je krim tanpa tahu beza dua masalah ini:

1. Rupa Bentuk Tompokan
Kurap (Ringworm): Sangat spesifik. Ia berbentuk macam cincin (bulat). Bahagian tepi merah, bersisik dan timbul, tapi bahagian tengahnya nampak macam kulit biasa (central clearing).
Ekzema: Tompok merah yang tak sekata bentuknya. Boleh jadi kering, menggelupas, atau berair (weeping).

2. Boleh Berjangkit Atau Tidak?
Kurap (Ringworm): Sangat mudah berjangkit! Boleh berjangkit kalau kongsi tuala, baju, atau bersentuhan. Malah, boleh dapat dari haiwan peliharaan macam kucing yang ada kurap.
Ekzema: Tidak berjangkit sama sekali. Ia berpunca dari kulit sensitif, genetik, atau tindak balas alergi badan sendiri.

3. Tempat 'Feveret' Naik
Kurap (Ringworm): Buka naik di mana-mana tempat yang panas, lembap, dan kuat berpeluh macam dada, belakang badan, celah paha, dan kaki.
Ekzema: S**a bersarang di kawasan pelipat macam pelipat siku, belakang lutut, atau leher.

Cara rawatan dua masalah ni sangat bertentangan. Kurap perlukan krim anti-kulat (antifungal) untuk bunuh jangkitan, manakala ekzema perlukan pelembap tebal dan ubat anti-radang.

Tolong jangan berkongsi krim gatal dengan orang lain. Kalau tompok bulat makin gatal dan membesar, cepat-cepat jumpa doktor untuk rawatan yang betul.

Selamat pagi⛅️Anda ada masalah kulit? gatal-gatal sepanjang masa dan selalu menggaru sehingga menyebabkan luka? Anda sel...
07/04/2026

Selamat pagi⛅️

Anda ada masalah kulit? gatal-gatal sepanjang masa dan selalu menggaru sehingga menyebabkan luka? Anda selalu bersin atau hidung berair?

Ketahui punca sebenar dengan melakukan ujian alergi di klinik kami. Klinik kami menyediakan perkhidmatan ujian allergik dengan harga yang berpatutan. Mari dapatkan konsultasi bersama doktor dahulu mengenai masalah anda. Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut mengenai Ujian Allergik.

Walk-in atau hubungi kami untuk slot temujanji anda😊

📍Lokasi Klinik :
Mayo Clinic PLT , No.9, Jalan Sinar Bakri 1, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, 84200 Muar, Johor.
https://share.google/vbtGIk3NnwncRF5XQ

🕗 Waktu Operasi Klinik :
Isnin hingga Jumaat & Ahad : 8.00 pagi – 9.00 malam
Tutup : SABTU

Hubungi kami ditalian :
📱https://wa.me/60136706813



06/04/2026

Cuaca panas sekarang ini buat ramai orang Malaysia cari satu benda.

Bukan air.

Tapi gula yang sejuk.

Teh ais cincau leleh.
Boba.
Air balang warna perangkap.
Air viral yang manisnya sampai tekak rasa syurga, badan rasa neraka.

Masalahnya bila cuaca terlalu panas, tekak memang menjerit minta benda sejuk.
Tapi badan sebenarnya sedang minta air.

Kita p**a bagi gula.

Itulah silap yang ramai tak sedar.

Tekak rasa lega 5 minit.
Badan menanggung lebih lama.

Bila badan sudah berpeluh teruk dan mula kehilangan air, minuman yang terlalu manis bukan penyelamat paling baik.
Ia tak bantu hidrasi sebaik air kosong.
Kadang-kadang lepas minum, haus datang balik.
Kepala mula berdenyut.
Badan rasa lemau.
Jantung rasa laju.
Air kencing makin sikit dan makin pekat.

Ramai sangka itu normal sebab cuaca panas.

Tidak.
Itu badan sedang bagi warning.

Kalau anda mula rasa terlalu haus, pening, sakit kepala, loya, lemah, berpeluh banyak, atau rasa macam nak pitam, jangan tambah lagi satu balang gula atas badan yang memang sedang bergelut lawan panas.

Waktu macam ini, yang badan mahu bukan “air viral”.
Yang badan mahu ialah bantuan.

Air kosong.
Rehat di tempat teduh atau sejuk.
Kurangkan aktiviti sekejap.
Dan kalau anda sudah terlalu lemah, keliru, pitam, atau badan jadi terlalu panas, itu bukan masa untuk tunggu reda sendiri.

Yang bahaya bukan sebab orang tak minum.
Yang bahaya sebab orang ingat semua air itu sama.

Tidak.

Ada air yang padam dahaga.
Ada air yang cuma sedapkan tekak.

Dalam cuaca panas, pilih yang selamatkan badan.
Bukan yang sedapkan 5 minit.

Share post ini dalam group family.
Sebab musim panas, bazar, sukan sekolah, tapak kerja, dan perjalanan tengah hari selalu bermula dengan “haus sangat” dan berakhir dengan pilihan yang salah.

Selamat Pagi🌥️Klinik buka seperti biasa hari ini dari jam 8 pagi hingga 9 malam🤗Sudahkah anda membuat pemeriksaan kesiha...
06/04/2026

Selamat Pagi🌥️

Klinik buka seperti biasa hari ini dari jam 8 pagi hingga 9 malam🤗

Sudahkah anda membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun ini ? Bilakah kali terakhir anda membuat pemeriksaan kesihatan?
Ingin tahu tahap kesihatan anda secara menyeluruh?

👉Mulakan dengan health screening dengan hanya RM70 sahaja.

Antara penyakit yang tidak menunjukkan simptom-simptom awal, darah tinggi, kencing manis & kolesterol tinggi.
Jangan ambil risiko! Kesihatan terjaga, hati pun tenang.

Mari lakukan health screening untuk ketenangan masa depan anda.
✔ Cepat
✔ Tepat
✔ Berbaloi

Walk-in atau hubungi kami untuk slot temujanji anda 😊

📍Lokasi Klinik :
Mayo Clinic PLT , No.9, Jalan Sinar Bakri 1, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, 84200 Muar, Johor.
https://share.google/vbtGIk3NnwncRF5XQ

🕗 Waktu Operasi Klinik :
Isnin hingga Jumaat & Ahad : 8.00 pagi – 9.00 malam
Tutup : SABTU

Hubungi kami ditalian :
📱https://wa.me/60136706813 atau 06-9820270



Selamat pagi 🌥️Hari ini klinik beroperasi seperti biasa dari jam 8 pagi hingga 9 malam dan doktor bertugas hari ini, Dr ...
05/04/2026

Selamat pagi 🌥️

Hari ini klinik beroperasi seperti biasa dari jam 8 pagi hingga 9 malam dan doktor bertugas hari ini, Dr Anis Syahirah🤗
Kami menyediakan pelbagai servis termasuklah perkhidmatan konsultasi am.

📍Lokasi Klinik :
Mayo Clinic PLT , No.9, Jalan Sinar Bakri 1, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, 84200 Muar, Johor.
https://share.google/vbtGIk3NnwncRF5XQ

🕗 Waktu Operasi Klinik :
Isnin hingga Jumaat & Ahad : 8.00 pagi – 9.00 malam
Tutup : SABTU

Anda boleh hubungi kami ditalian :
📱https://wa.me/60136706813 atau 06-9820270


02/04/2026

Bersempena Hari Autisme Sedunia, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa komited dalam memperkasa kesedaran awam serta memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap autisme.

Melalui pengesanan dan intervensi awal, sokongan berterusan serta persekitaran yang inklusif, individu autisme berupaya mencapai potensi diri secara optimum dan menyumbang secara bermakna kepada masyarakat.

Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia!

01/04/2026

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.

Jaga kesihatan, jaga masa depan 💙Ramai antara kita hanya periksa gula dalam darah bila sudah ada simptom. Hakikatnya, ba...
31/03/2026

Jaga kesihatan, jaga masa depan 💙

Ramai antara kita hanya periksa gula dalam darah bila sudah ada simptom. Hakikatnya, bacaan gula tinggi selalunya datang tanpa tanda awal.

✔️ Amalkan pemeriksaan berkala
✔️ Kurangkan pengambilan gula berlebihan
✔️ Pilih gaya hidup sihat

Sayangi diri anda dan keluarga dengan lebih peka terhadap bacaan gula dalam darah.

Mari buat pemeriksaan kesihatan anda di Mayo Clinic PLT, kami ada menawarkan beberapa pakej medical check up bermula dari harga SERENDAH RM 70 SAHAJA!
jom grab, sementara promosi masih ada 🥰

Walk-in atau hubungi kami untuk slot temujanji anda 😊
Kesihatan anda, keutamaan kami!

📍Lokasi Klinik :
Mayo Clinic PLT , No.9, Jalan Sinar Bakri 1, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, 84200 Muar, Johor.
https://share.google/vbtGIk3NnwncRF5XQ
🕗 Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat & Ahad : 8.00 pagi – 9.00 malam
Tutup : SABTU
Hubungi kami di :
📱https://wa.me/60136706813




Berita baik! 🎉Mayo Clinic PLT Bakri secara rasmi telah dilantik sebagai klinik panel untuk ALLIANZ Insurance. Jika anda ...
30/03/2026

Berita baik! 🎉

Mayo Clinic PLT Bakri secara rasmi telah dilantik sebagai klinik panel untuk ALLIANZ Insurance. Jika anda merupakan klien panel berkenaan, boleh datang ke klinik kami untuk mendapatkan rawatan.

Rawatan berkualiti, Kepercayaan Utama✨

Lokasi Klinik :
📍 Mayo Clinic PLT , No.9, Jalan Sinar Bakri 1, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, 84200 Muar, Johor.
https://share.google/vbtGIk3NnwncRF5XQ

Waktu Operasi :
🕗 Isnin hingga Jumaat & Ahad : 8.00 pagi – 9.00 malam
Tutup : Sabtu

Walk-in terus atau hubungi kami ditalian :
📲https://wa.me/60136706813

30/03/2026

Pendedahan kepada cuaca panas ☀️ yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Kekal hidrat. Minum dengan banyak 💧 tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.

⚠️ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk. Awasi juga tanda dan gejala kelesuan dan strok haba.

‼️Sila dapatkan rawatan dengan segera. Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut.

Address

Bakri

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mayoclinicplt Muar-Bakri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram