
04/01/2023
Sindrom COVID berpanjangan (Long COVID) ialah tanda dan gejala yang dialami oleh pesakit selepas jangkitan COVID-19, berlanjutan sehingga 12 minggu atau lebih yang tidak boleh dijelaskan oleh sebab-sebab lain. Antara gejala yang dialami termasuklah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam, batuk, kegelisahan dan kelupaan. Gejala-gejala ini boleh mengganggu fungsi seharian individu terbabit.
Golongan yang menerima vaksin COVID-19 mengikut jadual adalah berisiko rendah untuk mendapat sindrom โlong COVIDโ.
Rujukan: Effect of COVID-19 Vaccines on Reducing the Risk of Long COVID in the Real World: A Systematic Review and Meta-Analysis