02/05/2022
“Wan, bagi saya 1 cawan teh tarik kaw !”, pesan Mat kepada seorang pelayan di sebuah restoran mamak. Hakikatnya, bukan Mat seorang sahaja yangsuka minum air manis ramai lagi rakyat malaysia pun macam ini betol tak? Kalau macam ni keadaannya, macam mana kita nak mencegah diabetes daripada berlaku?
Tabiat yang tidak sihat ini merupakan salah satu dari punca utama kadar pesakit kencing manis kian meningkat di Malaysia.
Menurut statistik Institut Diabetes Kebangsaan (NADI), hampir separuh daripada rakyat Malaysia menghidap diabetes!
Ohh !!! Ada beberapa langkah untuk cegah diabetes.
7 Langkah mudah untuk cegah diabetes
1. Lakukan aktiviti fizikal
Bersenam sudah pasti akan menyihatkan tubuh badan. Dalam pada itu, ia mampu menurunkan berat badan, merendahkan kadar gula.
2. Kurangkan berat badan
Menurut soal selidik, individu yang berjaya
hilang 7 peratus dari berat badan, mampu mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 60%! Jumlah yang agak banyak, bukan?
3. Amalkan gaya hidup yang sihat untuk cegah diabetes
Jadi, apakah gaya hidup yang tidak sihat? Tentu sekali adalah kurang melakukan senaman serta berat badan yang tidak terkawal.
Bukan itu sahaja, tabiat buruk seperti menghisap rokok atau mengambil alkohol juga sudah pasti termasuk dalam gaya hidup tidak sihat.
Ini kerana orang yang merokok berisiko mengalami diabetes sebanyak 50% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak merokok. Tembakau adalah faktor mempercepatkan proses aterosklerosis, begitu juga alkohol.
Dalam pada itu, ia juga boleh meningkatkan kolesterol berbahaya, menyebabkan rintangan insulin, dan meningkatkan gula dalam darah.
4. Ambil lebih banyak serat
Makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran dan kekacang sangat membantu untuk cegah diabetis.Bukan itu sahaja, ia juga mampu membantu merendahkan risiko sakit jantung serta membuat anda kekal kenyang walaupun tidak banyak makan.
Disebabkan itu, anda juga secara tidak langsung dapat mengurangkan berat badan sekali gus membantu dalam usaha untuk cegah diabetes.
5. Abaikan “Fad Diet”
“Fad Diet” adalah diet rendah karbohidrat, diet indeks glisemik serta pelbagai lagi jenis diet yang boleh membantu anda mengurangkan berat badan.
Ia mungkin baik dari satu segi namun keberkesanannya dalam usaha untuk mencegah diabetes dan kesan jangka masa panjangnya tidak diketahui secara total.
Ini kerana anda akan kehilangan banyak lagi nutrien penting untuk tubuh badan anda. Sewajarnya, ambil diet yang sihat dan seimbang dengan kesemua nutrien yang diperlukan.
6. Ambil vitamin D untuk bantu cegah diabetes
Antara manfaat yang dibawa oleh vitamin D adalah ia dapat mengawal kalsium dalam tubuh badan kita. Kesannya, ia dapat membantu menguruskan tahap gula dalam darah anda.