Pertubuhan Sukarelawan Hospital Muslim

Pertubuhan Sukarelawan Hospital Muslim Sebarkan Salam, Eratkan Perpaduan

Pertubuhan Sukarelawan Hospital Muslim dengan sukacitanya menjemput semua sukarelawan, belia dan individu yang berminat ...
02/04/2026

Pertubuhan Sukarelawan Hospital Muslim dengan sukacitanya menjemput semua sukarelawan, belia dan individu yang berminat untuk menyertai sesi webinar bertajuk โ€œPengurusan Strategik untuk Sukarelawanโ€.

Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman dalam pengurusan sukarelawan secara lebih tersusun, sistematik dan berimpak tinggi. Peserta akan didedahkan dengan pendekatan strategik yang mampu meningkatkan keberkesanan peranan serta menyumbang kepada pembangunan organisasi yang lebih mampan.

Butiran program adalah seperti berikut:
๐Ÿ“… Tarikh: 6 April 2026
๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: 8.00 malam
๐Ÿ“ Platform: Zoom

Sehubungan itu, semua dijemput untuk menyertai sesi ini dan bersama-sama memperkasa peranan sukarelawan ke arah yang lebih profesional dan berkesan.

โ€œStrategi yang tepat, impak yang hebat.โ€

Jom sertai Siri Ngopi Ilmu: Halaqah Kita X Raya ๐ŸŒ™Luangkan masa bersama untuk menambah ilmu dan memahami isu semasa melal...
28/03/2026

Jom sertai Siri Ngopi Ilmu: Halaqah Kita X Raya ๐ŸŒ™
Luangkan masa bersama untuk menambah ilmu dan memahami isu semasa melalui kupasan kitab Mukadimmah Ibn Khaldun.

Bersama Dr Rosli Mokhtar, kita akan mengupas topik โ€œJiwa bangsa bertamadun: Perang Iranโ€ dalam suasana santai dan penuh manfaat.

๐Ÿ“ Bangi, Seksyen 7
๐Ÿ•˜ 9.00 malam | 31 Mac

Semua dijemput hadir, ayuh hidupkan suasana ilmu dalam komuniti kita ๐Ÿค

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin.Semoga Syawal ini membawa keberkatan,mengeratkan silaturahim dan menya...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan,
mengeratkan silaturahim dan menyatukan hati kita semua.

Terima kasih HPUSM ๐Ÿ’ช
16/03/2026

Terima kasih HPUSM ๐Ÿ’ช

Program Ziarah Ramah MADANIAlhamdulillah, program Ziarah Ramah MADANI yang berlangsung di Hospital Pakar USM, Kubang Ker...
15/03/2026

Program Ziarah Ramah MADANI

Alhamdulillah, program Ziarah Ramah MADANI yang berlangsung di Hospital Pakar USM, Kubang Kerian telah berjaya dilaksanakan dengan penuh makna dan semangat kebersamaan.

Program ini menghimpunkan seramai 30 orang sukarelawan turun padang menziarahi pesakit di wad 8, Wad 7 dan Wad 4 dan menyantuni petugas hospital serta mengagihkan 200 bekas bubur lambuk di ruang legar kecemasan

Inisiatif ini bukan sekadar program ziarah, tetapi juga usaha menyemai nilai rahmah, empati dan kepedulian masyarakat terhadap mereka yang sedang diuji dengan kesakitan serta mereka yang bertugas tanpa henti di hospital.

Terima kasih kepada semua pihak penganjur, rakan kerjasama dan para sukarelawan yang telah menjayakan program ini.

Semoga usaha kecil ini menjadi amal kebaikan yang berpanjangan dan memberi manfaat kepada masyarakat.




Bengkel Asas Sukarelawan Hospital Alhamdulillah, Bengkel Asas Sukarelawan Hospital & Ziarah Ramah MADANI 2026 telah berl...
15/03/2026

Bengkel Asas Sukarelawan Hospital

Alhamdulillah, Bengkel Asas Sukarelawan Hospital & Ziarah Ramah MADANI 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Hospital Pakar USM, Kubang Kerian dengan penyertaan hampir 40โ€“60 orang peserta yang terdiri daripada belia dan masyarakat setempat.

Bengkel ini memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai peranan sukarelawan hospital, adab menziarahi pesakit, komunikasi yang berhemah serta kefahaman tentang konsep Hospital Mesra Ibadah.

Terima kasih kepada para penceramah dan trainer yang berkongsi ilmu serta pengalaman, serta semua peserta yang hadir dengan semangat untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Semoga melalui bengkel ini akan lahir lebih ramai sukarelawan hospital yang berilmu, beradab dan berjiwa rahmah dalam menyantuni pesakit dan komuniti.



Menziarahi pesakit adalah amalan mulia yang menzahirkan nilai ihsan empati dan kasih sayang yang dianjurkan dalam Islam....
12/03/2026

Menziarahi pesakit adalah amalan mulia yang menzahirkan nilai ihsan empati dan kasih sayang yang dianjurkan dalam Islam. Usaha YB Senator Dr Zulkifli bin Hasan yang konsisten menziarahi pesakit di hospital wajar dipuji dan dijadikan contoh dalam menyantuni mereka yang sedang diuji dengan kesihatan.

Budaya ini perlu terus diperkasakan agar masyarakat turut sama menghidupkan amalan menyantuni pesakit dengan penuh adab dan keprihatinan.

Ukhuwah

SERDANG, 11 Mac 2026Telah berlangsung penyerahan sumbangan Ramadan kepada keluarga Asnaf bertemakan "Rezeki Dikongsi, Sy...
11/03/2026

SERDANG, 11 Mac 2026

Telah berlangsung penyerahan sumbangan Ramadan kepada keluarga Asnaf bertemakan "Rezeki Dikongsi, Syawal Dirai" bertempat di Foyer Klinik Warga, Aras 3 dengan kerjasama Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang yang di sampaikan oleh YBrs. Dr. Farique Rizal Abdul Hamid, Pengarah HSIS diiringi oleh Puan Hafizah Mohd Su'ud @ Md. Suok kepada penerima yang hadir.

Acara tersebut juga mendapat sambutan dari penyumbang-penyumbang dari badan NGO mahupun pensendirian yang berbentuk makanan keperluan asas beserta sumbangan wang raya. turut berlangsung penyerahan sumbangan di wad kanak-kanak di 5B dan 6D dengan sumbangan berbuka puasa, bubur lambuk serta duit raya.

Tidak lupa juga agihan bubur lambuk kepada orang awam sekitar ruang menunggu lobi hospital dan kawasan kecemasan bagi berkongsi rezeki juadah berbuka puasa. hampir 150 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada masyarakat sekitar HSIS termasuk juga kakitangan hospital.

Terima kasih kepada para penyumbang dan mohon untuk terus menyumbang melalui agar lebih banyak kumpulan sasar seperti ini dapat kami santuni dan memberikan keceriaan kepada mereka.

Tahniah kepada seluruh barisan Jawatankuasa Pertubuhan Sukarelawan Hospital Muslim yang telah dilantik. Semoga amanah ya...
10/03/2026

Tahniah kepada seluruh barisan Jawatankuasa Pertubuhan Sukarelawan Hospital Muslim yang telah dilantik. Semoga amanah yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh komitmen, keikhlasan dan semangat khidmat kepada masyarakat.

Moga terus maju, dipermudahkan segala urusan, dan menjadi asbab kepada lebih banyak kebaikan serta manfaat buat ummah, khususnya dalam memperkukuh usaha kesukarelawanan dan menyemarakkan program Islamisasi Kesihatan di Malaysia terutamanya konsep Hospital Mesra Ibadah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan

Tahniah dan selamat menjalankan amanah!
Semoga terus sukses dalam memimpin dan berkhidmat. ๐Ÿคโœจ

Salam TakziahDengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed ...
09/03/2026

Salam Takziah

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1931โ€“2026), seorang tokoh ilmuwan dan pemikir agung yang banyak menyumbang kepada perkembangan pemikiran dan peradaban Islam kontemporari.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, mengampunkan segala dosa, serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Kami juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat terdekat. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Al-Fatihah.

๐ŸŒ™ Ziarah Kasih Ramadan Bersama Asnaf 2026Bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk berkongsi kasih dan menyantuni mereka y...
06/03/2026

๐ŸŒ™ Ziarah Kasih Ramadan Bersama Asnaf 2026

Bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk berkongsi kasih dan menyantuni mereka yang memerlukan.

Program Ziarah Kasih Ramadan Bersama Asnaf dianjurkan bagi memberi sokongan moral kepada pesakit serta mengeratkan hubungan silaturahim melalui aktiviti kesukarelawanan.

Para sukarelawan akan turun padang untuk menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di hospital.

โœจ Matlamat Program
โ€ข Mengeratkan silaturahim
โ€ข Memberi sokongan moral kepada pesakit
โ€ข Menyemai semangat kesukarelawanan

๐Ÿ“ Lokasi: Sultan Idris Shah Hospital, Serdang
๐Ÿ“… Tarikh: 11 Mac 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 2.00 Petang โ€“ 7.00 Malam

Mari bersama-sama menyebarkan kasih sayang dan keberkatan Ramadan.

Ayuh kita!

๐ŸŒ™ Siri Ngopi Ilmu โ€“ Halaqah Kita x IftarJom luangkan masa berbuka sambil tambah ilmu dan eratkan ukhwah.Sesi santai bers...
05/03/2026

๐ŸŒ™ Siri Ngopi Ilmu โ€“ Halaqah Kita x Iftar

Jom luangkan masa berbuka sambil tambah ilmu dan eratkan ukhwah.
Sesi santai bersama Dr. Fakhri bin Sungit yang akan berkongsi kupasan menarik bertajuk:

โ€œIran dalam Peta Dunia Islam: Konflik, Ideologi & Ketamadunan.โ€

๐Ÿ“… 10 Mac
โฐ 6.00 Petang
๐Ÿ“ Kediaman Dr Rosli, Bangi Seksyen 7

Sambil dengar perkongsian, kita juga boleh berbuka bersama dengan hidangan kambing golek & nasi Arab.

Datang santai-santai, bawa kawan sekali.
Ilmu dapat, ukhwah pun erat.

๐Ÿ“ž Hubungi: Zul โ€“ +601110602703

Address

14, Jalan 1/4a, Seksyen 1
Bandar Baru Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Sukarelawan Hospital Muslim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share