11/12/2025
Commendable Contribution from Engkilili Community Leader & BSMM Volunteers
The Malaysian Red Crescent (MRC) Sri Aman District extends its highest appreciation to Kapitan Sim Kheng Ling of Engkilili Town and her son, Albert Tay, for their generous contribution of 7 complete First Aid Kits worth approximately RM800.00, along with camp construction materials for the use of BSMM Sri Aman District.
Albert Tay is an active member of MRC Sri Aman District and also serves as a volunteer in Engkilili Town.
The MRC Junior Camp is currently taking place from 10 to 12 December 2025 at SJKC Chung Hua Engkilili, with participation from:
📌 SJKC Chung Hua Pantu
📌 SJKC Chung Hua Simanggang
The donated First Aid Kits are being used by trainers during the First Aid Competition.
Our sincere appreciation is also extended to Hometown Pharmacy Sri Aman for supplying the First Aid Kits.
Thank you for your strong support toward the safety, learning, and excellence of all camp participants! ❤️🤝
--
Sikap Terpuji Ketua Masyarakat Engkilili & Sukarelawan BSMM
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Sri Aman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kapitan Sim Kheng Ling dari Pekan Engkilili serta anak beliau, Albert Tay, atas sumbangan 7 set Peti Pertolongan Cemas lengkap bernilai kira-kira RM800.00, beserta bahan binaan perkhemahan untuk kegunaan BSMM Daerah Sri Aman.
Albert Tay merupakan ahli aktif BSMM Daerah Sri Aman dan turut berkhidmat sebagai sukarelawan di Pekan Engkilili.
Perkhemahan Unit Muda BSMM sedang berlangsung pada 10 hingga 12 Disember 2025 bertempat di SJKC Chung Hua Engkilili, dengan penyertaan:
📌 SJKC Chung Hua Pantu
📌 SJKC Chung Hua Simanggang
Peti Pertolongan Cemas yang disumbangkan digunakan oleh para jurulatih dalam Pertandingan Pertolongan Cemas.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan kepada Hometown Pharmacy Sri Aman atas pembekalan Peti Pertolongan Cemas tersebut.
Terima kasih atas sokongan padu demi keselamatan, pembelajaran dan kecemerlangan para peserta perkhemahan! ❤️🤝