01/04/2024
KISAH MANGSA BULI ni, sesuai untuk dijadikan plot dalam filem genre aksi komedi rasanya. Yelah, si kena buli dah jadik fighter Muay Thai (lebih hebat dari Jojo, dalam gelanggang tak sampai 10 saat dah monang) selepas 10 tahun kejadian buli.
Setiap kali nak balas dendam, si pembuli bersama anak (sedang bermain dengan gumbira bersama) tak sampai hati nak tibai.
Bila ada peluang boik punya, si pembuli dengan bini yang sedang mengandung (tongah belai² and gosok perut bini, anak kedua) tak sampai hati nak belasah.
Time ada peluang lain, si pembuli dengan omak dia sedang jalan berpimpin tangan (anak omak ghupenye, sebab tu jahat pon mak dia depen dolu² jaman sekolah) tak sampai hati nak hentak sampai lunyai.
Last² terjumpa kat hospital kerajaan, time si kena buli poi melawat pak sedara sakit. Si pembuli dah nazak sebab sakit barah otak. Dok di katil sebolah.
Keluarganya dah banyak kali ajar mengucap, tapi mulut si pembuli tak mampu nak ikut. Doketor and misi pon pelik, sebab dia tak mati² lagi walaupon barah otaknya dah sampai tahap enam.
Akhirnya, si kena buli mendekati si pembuli, dan mengajarnya dua khalimah syahadah. Si pembuli ikut dengan baik sebelum menghembuskan nafas yang terakhir....
Amacham? Okay tak....???