Medisinar Klinik & Surgeri Kota Marudu

Medisinar Klinik & Surgeri Kota Marudu Medisinar Klinik & Surgeri Kota Marudu

17/03/2024
17/03/2024

✴️GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.

17/03/2024

Bulan Ramadan kini kembali.

Ketika berpuasa, pesakit Diabetes sering kali menghadapi "hipo" atau keadaan dimana pesakit akan berasa menggigil dan sejuk menandakan berlakunya penurunan gula dalam darah secara mendadak.

Ikuti panduan seperti yang dikongsikan agar ramadan kali ini dapat dijalani dengan lebih sempurna. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kekerapan pemeriksaan paras gula dalam darah seperti dicadangkan.

12/03/2024

Kurma mengandungi pelbagai khasiat dan mineral penting serta serat. Tetapi apabila ia di tambah dengan bahan seperti butter dan diambil dalam kuantititi yang banyak, ia lebih membawa mudarat berbanding kebaikan.

Mentega adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Ia juga tinggi kalori. 1 biji kurma butter = sesenduk nasi. Nak makan untuk rasa rasa tiada masalah, untuk pengambilan kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan.

01/03/2024

🇲🇾Malaysia mendefinasikan penyakit jarang jumpa sebagai keadaan yang jarang berlaku di mana mengancam nyawa dan/ atau menyebabkan ketidakupayaan kronik.

‼️Sehingga kini, terdapat 492 jenis penyakit jarang jumpa disenaraikan di dalam Malaysian Rare Disease List yang boleh dimuat turun dihttps://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Perkhidmatan%20OnG%20&%20Ped/GEN_RARE%20DISEASE%20/MalaysiaRareDiseaseList.pdf

01/03/2024

SKIM PERUBATAN MADANI KINI TERTUMPU DI 10 DAERAH

Keputusan kerajaan untuk kembali memberi tumpuan kepada pelaksanaan Skim Perubatan MADANI di 10 daerah sahaja seperti pada fasa satu skim itu mulai Isnin lepas, dibuat selepas mengambil kira kemampanan pembiayaan kewangan semasa kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Daerah berkenaan membabitkan Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Petaling, Klang, Johor Bahru, Kinta, Timur Laut, Kota Kinabalu dan Kuching dengan fokusnya untuk mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti KKM.

Beliau berkata ini memandangkan setakat hari ini, kerajaan telah membelanjakan RM78.73 juta daripada peruntukan RM100 juta bagi skim perubatan itu.

Katanya dengan anggaran perbelanjaan ini, peruntukan untuk skim berkenaan yang dilancarkan pada 15 Jun lepas, dijangka akan habis digunakan menjelang April ini.


01/03/2024
01/03/2024

Berikut adalah 6 langkah pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal mampu mengurangkan padah risiko penyakit berkaitan mulut serta mampu meningkatkan kualiti hidup.

Segera berjumpa doktor gigi sekiranya anda mempunyai tanda-tanda awal kanser mulut.

Happy chinese New Year 2024..Kami buka klinik juga ya 🤗🤗
09/02/2024

Happy chinese New Year 2024..
Kami buka klinik juga ya 🤗🤗

Address

Pekan Kota Marudu
Bandau Kota Marudu
89100

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+6088669477

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Medisinar Klinik & Surgeri Kota Marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Medisinar Klinik & Surgeri Kota Marudu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category