Ultimate Massage & Rehabilitation Centre

Ultimate Massage & Rehabilitation Centre is a chain of rehab, massage and physiotherapy centre which provides healthcare & injury services

FEEDBACK DARI CUSTOMER. TERIMA KASIH MEMPERCAYAI KHIDMAT KAMI.
17/09/2025

FEEDBACK DARI CUSTOMER. TERIMA KASIH MEMPERCAYAI KHIDMAT KAMI.

14/06/2025

kami Officially sebagai penaja rasmi kepada Negeri Sembilan United futsal team

“Bangun pagi pun rasa macam lepas lari 10km?”Sakit belakang, tegang tengkuk, lenguh badan — jangan tunggu sampai melarat...
30/04/2025

“Bangun pagi pun rasa macam lepas lari 10km?”
Sakit belakang, tegang tengkuk, lenguh badan — jangan tunggu sampai melarat.
Badan anda sedang bagi signal — “Aku penat, tolonglah jaga aku.”

Sport Massage kami bukan sekadar urutan —
Ia terapi khas untuk longgarkan otot yang tegang, lancarkan perjalanan darah, dan segarkan semula badan.

Dari atlet hingga ke orang kerja pejabat – semua layak rasakan kelegaan ini.

Jom beri reward pada badan anda yang setia berkhidmat setiap hari.
https://syafaahinsanrehabs.wasap.my/
https://syafaahinsanrehabs.wasap.my/

20/02/2025
Facet Joint Syndrome ialah keadaan yang menjejaskan sendi-sendi kecil yang terletak di antara vertebra tulang belakang, ...
20/02/2025

Facet Joint Syndrome ialah keadaan yang menjejaskan sendi-sendi kecil yang terletak di antara vertebra tulang belakang, yang dikenali sebagai sendi facet. Sendi ini penting untuk memberikan kestabilan dan memudahkan pergerakan tulang belakang yang lancar. Apabila sendi ini meradang, rosak atau haus, ia boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan yang ketara, satu keadaan yang disebut sebagai sindrom sendi facet.

Punca *Facet Joint Syndrome*

*Penuaan*: Kehausan semula jadi rawan pada sendi facet dari semasa ke semasa.

*Arthritis*: Keadaan seperti osteoarthritis boleh menyebabkan degenerasi sendi.

*Trauma atau kecederaan*: Kesan mendadak, kemalangan atau tekanan berulang.

*Postur yang salah*: Penjajaran tulang belakang yang tidak betul berpanjangan.

*Penggunaan badan berlebihan*: Pergerakan berulang atau mengangkat berat.
*Keadaan tulang belakang degeneratif*: Seperti herniated disc atau spinal stenosis.

Pada suatu petang, Azim, seorang ahli terapi urut sukan yang berpengalaman, menerima panggilan dari seorang pesakit bern...
14/12/2024

Pada suatu petang, Azim, seorang ahli terapi urut sukan yang berpengalaman, menerima panggilan dari seorang pesakit bernama Adam. Adam mengadu tentang kecederaan otot yang serius selepas sesi latihan intensif, dan dia meminta Azim datang ke rumahnya untuk sesi urutan. Rumahnya terletak di sebuah kawasan terpencil, jauh dari bandar.
Setibanya di sana, Azim merasa sedikit pelik. Rumah itu besar, tetapi kelihatan sepi dan sunyi. Adam menyambutnya dengan senyuman, tetapi matanya kelihatan seperti terkejut atau gelisah. Tanpa banyak berbual, Adam membawa Azim ke bilik belakang, di mana dia biasa menerima rawatan.
Azim mula mengurut belakang Adam, tetapi tiba-tiba, dia merasakan ada sesuatu yang aneh. Udara di bilik itu terasa sejuk dan berat, dan Azim dapat merasakan mata Adam yang memerhatikannya dengan intens. Ketika tangannya menyentuh belakang Adam, tiba-tiba, Adam kelihatan sgt sakit, walaupun Azim tidak mengurut dengan kuat.
"Maafkan saya," kata Adam, "ada sesuatu yang... yang tak kena."

Azim bertanya , "Apa maksud tuan? Ada apa dengan belakang tuan?"

Adam hanya berdiam diri, kemudian berkata, "Sejak saya pindah ke rumah ini, saya selalu merasakan ada sesuatu yang mengikut saya. Kadang-kadang, saya dengar suara-suara aneh atau benda bergerak sendiri."

Pada ketika itu, Azim mendengar bunyi langkah kaki yang perlahan dari arah koridor. Dia berpaling, tetapi bilik itu kosong. Dengan hati yang berdebar, dia cuba menyelesaikan urutannya secepat mungkin. Namun, ketika dia menyentuh satu titik tertentu pada belakang Adam, dia merasakan sesuatu yang keras dan dingin, seolah-olah ada benda lain yang menyentuh tangannya.

"Jangan sentuh tempat itu," suara Adam berbisik dengan ketakutan.

Azim menarik tangan, terkejut dan gelisah. Sebelum dia sempat bertanya lagi, lampu bilik itu tiba-tiba berkelip-kelip, dan bau busuk mula memenuhi udara. Azim tidak dapat menahan rasa takut dan segera memberitahu Adam bahawa sesi urut sudah selesai.
Dengan cepat, Azim mengemas peralatan dan keluar dari rumah itu, tidak mempedulikan Adam yang kelihatan semakin pucat. Begitu dia melangkah keluar dari pintu, dia merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikuti di belakangnya.
Sejak malam itu, Azim tidak pernah menerima permintaan urutan dari kawasan terpencil tersebut lagi. Rumah Adam tetap kosong, dan tiada siapa yang berani mendekatinya, kerana kisah aneh itu terus menghantui setiap orang yang mendengarnya.

jv with commercedotcom
03/06/2024

jv with commercedotcom

    terima kasih tuan Azrul Affandi Sobry HM dapatkan khidmat rawatan dari saya. get well soon bro!
02/06/2024


terima kasih tuan Azrul Affandi Sobry HM dapatkan khidmat rawatan dari saya. get well soon bro!

terima kasih tuan hafiz untuk feedback yang baik.
26/10/2023

terima kasih tuan hafiz untuk feedback yang baik.

AssalamualaikumKami dari team Syafaah Insan Massage & Rehabs  😊  Servicehttps://syafaahinsanrehabs.wasap.my/servis & raw...
14/09/2023

Assalamualaikum
Kami dari team Syafaah Insan Massage & Rehabs 😊
Service
https://syafaahinsanrehabs.wasap.my/
servis & rawatan dari kami
✅ Sports Massage
✅ Full Body Massage
✅ Wet & Dry Cupping (Bekam)
✅ Physiotherapy
✅ Low Level Laser Therapy
✅ Electric nerve & muscle stimulation
===========================

*Untuk membuat temujanji bagi tempahan slot perkhidmatan, anda boleh menghubungi kami menerusi whatsapp di bawah* 👇:

https://syafaahinsanrehabs.wasap.my/
https://syafaahinsanrehabs.wasap.my/
===========================
Dont wait too long gais !! Your body are in the safe hands bersama pasukan proffesional kami yang terlatih dan berkelayakan dalam mengendalikan rawatan dan perkhidmatan ini 😉

===========================


























Address

No 34, Jalan 9/9J, Seksyen 9, Bdr Baru Bangi
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 10:00 - 16:30
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

0196931142

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ultimate Massage & Rehabilitation Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram