27/02/2026
Maaf ye, sahabat-sahabat.. 2 hari tak sihat, tak online.
Selesema je.... tapi running nose tu teruk sangat. Pening kepala. Susah tidur.
Alhamdulillah.... walaupun camtu, Allah campakkan kekuatan dan kepekaan untuk teman anak buat homework sebelum tidur. 'Kejut' sahur. Kuatkan kudrat masak sahur untuk makan berdua. Siapkan anak pergi sekolah. Temankan dia tunggu van sekolah.... (uiiii sejuk pagi-pagi - sebab demam kan.... kalau tak demam, syok je Subuh-Subuh tu turun teman anak tunggu van sekolah)๐ฌ
MasyaAllah... Tiada daya dan upaya. Semuanya atas izin DIA.๐คฒ๐ป
*******
Di sebalik kekuatan ni, tersimpan pengorbanan sorang anak 9 tahun.
Dia dah siap-siap, dengan uniform, beg sekolah dah pack awal dari semalamnya. Kena tunggu van sekolah dalam 6.37 ke 6.40 camtu. Kalau ikutkan, Nad akan selalu turun sekali temankan, tapi pagi tu Nad tak tahan sejuk. Menggigil. Anak kata kata, "takpe, Ummi, Jannah boleh turun sendiri tunggu van sekolah sampai. Ummi rehat ye".
Masa tu rasa... Ya Allah... dah pandai cuba nak berdikari anak ni. Tahu dia nervous sebenarnya pertama kali turun, Ummi tak temankan. Tapi dia nak cuba. Dia beranikan diri. Dia tahu dia tetap kena pergi sekolah. Hati rasa cam sebak tengok sosok dia makin jauh melangkah berjalan ke lif.
"Jannah....!".
Dia toleh.
"Sini....!".
Dia patah balik.
"Harini Jannah temankan Ummi kat rumah, boleh?".
Dia tanya kenapa?
"Ummi rasa tak larat sangat. Kalau Jannah ada temankan, at least just in case if anything happen to me, you are around and know what to do, who to call".
Bukan sebab kesian tengok dia nak turun sorang-sorang tapi sebab kudrat Nad macam perlukan bantuan kecil dia. Temankan Nad.
Dia tanya, macam mana nak bagitahu pakcik van? Ummi nak mesej Cikgu ngan Ustazah ke? Jannah tak pergi sekolah agama dengan sekolah kebangsaan ke?
...??? Dia tak percaya Ummi nya minta dia duduk rumah temankan.
Nad PM driver van, bas sekolah, PM cikgu kelas, ustazah, semua yang berkaitan.
Kat sini, pentingnya bagitahu status kita tanpa malu - single parent. Jujur yang Nad minta anak tinggal kat rumah kej*p dengan Nad kerana keadaan Nad tak mengizinkan.
*******
Dari pagi sampai petang, Nad memang rehat. Tidur kej*p-kej*p terjaga, sebab nak ke toilet.
Nad puji anak Nad. Dia ada kat sebelah. Kej*p-kej*p gerak-gerakkan badan Nad tanya "Ummi? Ummi ok?". Kej*p-kej*p cek dahi, cek leher, cek tangan - camtu rupanya dia cek suhu badan kita.๐
Sekali Nad terlelap. Dalam pukul 6.30 PM, terbangun. Anak baring kat sebelah. Tapi dia baring mengadap arah lain. Nad bangun nak siapkan lauk berbuka.
Masa intai dia, tertidur rupanya dia....๐ฅบ
*******
Terima kasih, sayang..... Umur Jannah mungkin masih kecik, tapi jiwa dan pengorbanan Jannah besar pada Ummi. Ummi akan ingat sampai bila-bila.
Semoga Allah sentiasakan jagakan anak ini untukku...... ๐คฒ๐ป