Urut & Masak J.A.

Urut & Masak J.A. ♡ Urut Wanita Bangi & Kajang ♡ Masak skala kecil untuk infaq, sedekah, potluck, jamuan, dll.

Dengar baik-baik.💕
19/04/2026

Dengar baik-baik.💕

19/04/2026

I want to give a huge shout-out to my top Stars senders. Terima kasih, Sis.💕🥰

Atashinichichan Chan

19/04/2026

Nasib baik pagi ni bukan pergi kerja.

Tapi 30 minit jugak lah drive (dengan kesabaran) belakang dia, sedangkan perjalanan yang sepatutnya boleh jadi 15-20 minit sampai. Santai betul ye, bang. Syahdu menikmati angin pagi, cuaca pun mengundang.

Harap lepas ni abang pandang lah belakang sekilas lalu ye atau cek cermin kat motor abang, kereta belakang ke apa.

Punya panjang kereta-kereta belakang dek dia bawak motor tengah-tengah camni. Jalan memang 1 lane je, jalan kampung. Mujur kat sini dah jadi 2 lane (sekejap je, depan nun 1 lane balik sampai Jenderam Hilir, then 2 lane semula). Kalau jalan yang lagi satu menuju Teras Jernang dengan abang ride camni, naya ke orang, bang.😅

Perjalanan saya belakang abang takat ni je. Yang lain-lain yang akan jalan terus lagi, saya tak tahu dah, bang.🥲

Kita sama-sama guna jalan, sama-sama berhemah ye. Kalau boleh, janganlah jadi punca orang lain lambat sampai destinasi. Kadang kita tak tahu orang dah plan perjalanan lebih awal, nak sampai awal, tapi kerana sikap lewa kita, menyebabkan hal orang lain 'sangkut', elok bersemangat jadi tak bersemangat.

Saya pun antara yang selalu keluar awal ke rumah klien, kalau dalam Waze tunjuk 1 jam perjalanan, saya akan extra awal 1 jam lagi sebab tak nak rushing-rushing bawak kereta. Tapi selalu akan encounter hal yang camni.

P/s: Tak semua rider camni. Abang ni pun ok je, mungkin sambil healing, cuma dia bawak slow dan berada di tengah, so driver belakang tak boleh nak potong.

Bismillahirrahmanirrahim..Semoga dapat membantu ibu-ibu lalui tempoh berpantang dengan baik dan terjaga emosi mereka.🥰Li...
18/04/2026

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga dapat membantu ibu-ibu lalui tempoh berpantang dengan baik dan terjaga emosi mereka.🥰

Link wasap ada kat komen.⬇️

Overheat.. hmm.. 🤒
17/04/2026

Overheat.. hmm.. 🤒

Mungkin apa yang saya nak jelaskan kat bawah ni akan kedengaran tak profesional.Cuma sebagai seorang Terapis Urut, yang ...
16/04/2026

Mungkin apa yang saya nak jelaskan kat bawah ni akan kedengaran tak profesional.

Cuma sebagai seorang Terapis Urut, yang bekerja menyediakan khidmat urut kepada para wanita tak kira usia dan latar belakang....
..Menjadi tanggungjawab untuk jelaskan keadaan saya, kenapa saya buat MEMO ni.

Saya kena jugak bagitahu 1️⃣ saya seorang ibu tunggal, 2️⃣ saya bergerak secara solo. 3️⃣ Ada seorang anak yang masih kecil (9 tahun) yang perlu diuruskan.

Lock appointment 1 hari lebih awal sangat-sangat saya hargai untuk saya atur lokasi, rancang perjalanan, persiapkan apa yang patut, dan letakkan anak saya dalam jagaan yang selamat agar saya dapat bekerja mengurut dengan tenang.

InsyaAllah kerjasama anda amat saya hargai. Jazakallahu khair.😊

Barangkali jika seorang anak dipanggil Ilahi terlebih dahulu, menangisnya kedua ibubapanya meratapi; selain dari rasa ka...
15/04/2026

Barangkali jika seorang anak dipanggil Ilahi terlebih dahulu, menangisnya kedua ibubapanya meratapi; selain dari rasa kasih lahiriah sebagai ibu dan bapa kepada anak, mungkin kerana terputusnya doa² dari anak soleh solehah. Who knows.... but again, redha.

Semoga yang belum ada rezeki anak, diperkenankan doa-doa agar dikurnia zuriat soleh solehah. Ameen..

Assalamualaikum w.b.t. & Selamat Pagi 🌱

📷 : Kaedah Haraki HQ

Alhamdulillah..Meraikan sahabat-sahabat baru.Rhynaz CheamongAtashinichichan ChanEsmeralda Lydia JohnnyHijau LelayangSall...
15/04/2026

Alhamdulillah..

Meraikan sahabat-sahabat baru.

Rhynaz Cheamong
Atashinichichan Chan
Esmeralda Lydia Johnny
Hijau Lelayang
SallehAhmad Sallehkimi
Rissa Stacy
Kojack Mohamed Salleh

Sebenarnya ramai lagi, tapi tak tahu lah kenapa PakMet hanya tag yang ini saja. Jangan sedih ye kalau nama tak pernah naik. Saya still hargai semua.

Salam kenalan. Semoga kekal interaksi ye.💕

Sebelum ni, saya ada buat satu video pengumuman untuk STOP PENJAGAAN PANTANG tahun 2026 ni.Tapi dalam tempoh 2 bulan ni,...
15/04/2026

Sebelum ni, saya ada buat satu video pengumuman untuk STOP PENJAGAAN PANTANG tahun 2026 ni.

Tapi dalam tempoh 2 bulan ni, ada 3 orang ibu bersalin dah approach untuk Penjagaan Pantang, termasuklah bersalin waktu Raya baru-baru ni.

Sekurang-kurangnya, ibu-ibu ini meminta saya untuk jagakan mereka sekejap sementara menunggu Confinement Lady (CL) yang mereka dah book balik dari cuti Raya.

Apakan daya, pada waktu tu, saya juga dah berada kat kampung di Pantai Timur dan Selatan Malaysia untuk beraya. Pendek cerita, tak berada di Bangi & Kajang.

Saya rasa simpati. Ada yang mesej minta tolong urut - tak tahan sakit dek bengkak susu. Menangis-nangis dia.

Setelah dipertimbangkan, saya dah siapkan satu Pakej Pantang Bajet (Basic - Penjagaan Ibu sahaja) untuk dibuka semula dengan harga offer RM600 - 7 hari.

Nanti saya kongsikan ya.

Pagi ni..Ada orang bangun..Terasa tenang, serabut, ceria, letih, macam²..Jom hadiahkan kata² semangat!💪🏻Assalamualaikum ...
15/04/2026

Pagi ni..
Ada orang bangun..
Terasa tenang, serabut, ceria, letih, macam²..
Jom hadiahkan kata² semangat!💪🏻

Assalamualaikum w.b.t. & Selamat Pagi 🌱

Address

Bangi

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urut & Masak J.A. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Urut & Masak J.A.:

Share