Penawar Syifa Tradisional Islam

Penawar Syifa Tradisional Islam Product perubatan altenatif islam sudah lebih 5 tahun dalam pasaran. Kaedah perubatan melalui Raudha

Alhamdulillah.Ustaz rekomen Minyak Kasturi Bidara Raudhah Al Syifa sebagai pedinding diri dari sihr tafriq, InsyaAllahun...
16/09/2022

Alhamdulillah.
Ustaz rekomen Minyak Kasturi Bidara Raudhah Al Syifa sebagai pedinding diri dari sihr tafriq, InsyaAllah
untuk info lebih lanjut klik laman sesawang Ustaz sekarang ustazfairuz.com

14/09/2022

Assalamualaikum.
Ustaz nak tanya tuan dan puan pernah rasai tak pekara seperti dibawah.
Jika ada mohon share untuk manfaat .

11/09/2022
11/09/2022

Assalamualaikum
ustaz nak tanya tuan-tuan dan puan-puan pernah mengalami keadaan seperti ini.
Jika ada boleh komen dibawah.
like dan share jika anda rasa bermanfaat

11/09/2022
11/09/2022

Alhamdulillah ..
semoga dipermudah dan dipercepatkan segala urusan .
Amin

15 Tips Murah Rezeki!1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.2. M...
11/09/2022

15 Tips Murah Rezeki!

1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.
2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.
3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.
4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.
5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!
6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.
7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.
8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.
9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!
10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.
11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.
12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).
14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.
15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri.
Alhamdulillah... dan ini p**a 10 PANTANG DALAM MENJEMPUT REZEKI BERLIMPAHAN & DOA MAKBUL
1 - Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.
2 - Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.
3 - Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.
4 - Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.
5 - Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.
6 - Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.
7 - Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.
8 - Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.
9 - Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.
10 - Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Alhamdulillah ❤️❤️❤️

Batal sihir!Jom sama2 kita amalkan agar terlindung dari sihir dan segala perbuatan syirik ni.. aminn 🤲🏻Amal surah2 berik...
10/09/2022

Batal sihir!
Jom sama2 kita amalkan agar terlindung dari sihir dan segala perbuatan syirik ni.. aminn 🤲🏻

Amal surah2 berikut pagi dan petang:

1. Al kausar. 2x
2. Al kafirun. 3x
3. Al nasri. 4x
4. Al masad. 5x
5. Al ikhlas. 6x
6. Al falaq. 7x
7. Al nas. 7x

In shaa Allah sihir akan keluar @ terbatal

Cara-cara nak batalkan sihir ini terima daripada seorang Ustaz,katanya mesti minta izin sebelum di amalkan baru mujarrab "kerana tinggi adabnya" Wallahua’lam...

Kredit : doa untuk semua

Address

Laman Puteri 3, Bandar Seri Puteri
Bangi
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penawar Syifa Tradisional Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram