12/02/2026
Bagaimana Kami Rawat Pesakit Terlantar Yang Tak Sedar – Jangan Ajar Berdiri Dulu
Ramai datang dengan satu soalan:
“Bila boleh berdiri?”
Saya jawab perlahan…
Kalau otak belum bangun,
nak berdiri untuk apa?
Pesakit terlantar yang tak sedar bukan masalah kaki.
Masalahnya ialah kesedaran otak.
Jika GCS rendah,
jika mata tak respons,
jika arahan tak difahami —
rehabilitasi biasa tidak akan berfungsi.
Sebab itu di tempat kami,
kami tak terus ajar duduk.
Kami tak terus ajar berjalan.
Kami nilai dahulu:
• Glasgow Coma Scale (GCS)
• Respons mata
• Respons suara
• Respons motor
• Corak pernafasan
• Kestabilan autonomik
Jika otak belum stabil,
kami hidupkan sistem dulu.
Kerana tanpa kesedaran,
rehab hanyalah gerakan kosong.
Dan itu ramai tak sedar.
👉 Bersambung ke Siri 2 – Apa sebenarnya yang kami rangsang dalam otak pesakit tidak sedar?