Urutan Tradisional Wanita Bangi

Urutan Tradisional Wanita Bangi Legasi Anak Bidan Kampung.. Urutan Tradisional Menjadi Pilihan Selamanya... # UNTUK WANITA SAHAJA #
Mencari Tukang Urut Wanita? Sibuk & Tiada Masa Ke Sana??

Saya Sendiri Ke Rumah Anda
Pakej Urutan:
# Urutan 1 Badan Melancarkan Darah
# Sengal Badan & Otot
# Urutan Sengkak
# Urutan Buang Angin Badan

*Sila Hubungi Untuk Khidmat Nasihat
*Boleh Datang Mengurut Di Rumah Saya di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
*Perkhidmatan Rumah Ke Rumah
*Khas Untuk Wanita Sahaja

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera,Pohon maaf untuk sesiapa yang msg/whatapps/dm/pm & call yg tidak dpt dibalas k...
31/12/2019

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera,

Pohon maaf untuk sesiapa yang msg/whatapps/dm/pm & call yg tidak dpt dibalas ketika UTWB tidak beroperasi.Untuk makluman ,UTWB bercuti seketika untuk bulan Disember lalu.

Sempena tahun baru ,saya mewakili pihak UTWB menyusun sepuluh jari sekiranya ada yg terasa hati dalam waktu perkhidmatan.
Memohon agar tahun baru ini memberi seribu rahmat kepada kita semua.Amin yra.

UTWB akan beroperasi semula pada 7 Januari 2020.Segala urusan booking boleh terus kepada Puan Diana ya.

Selamat bercuti & berhati-hati di jalan raya 💞

22/11/2019

Assalamualaikum dan Selamat Petang

Kepada pelanggan yg Diana sayangi, perkhidmatan UTWB bercuti sehingga 24 Nov. Untuk makluman juga, telefon Diana tertinggal di rumah dan Diana berada di kampung kerana urusan kecemasan keluarga.

Segala urusan tempahan dan pertanyaan boleh berurusan di page ini.

Diana mohon maaf atas perkara ini.

Diana

Assalamualaikum & Selamat Pagi..Alhamdullilah, diberi kesempatan untuk bersyukur dgn segala nikmatNya..Semoga yang baik-...
13/11/2019

Assalamualaikum & Selamat Pagi..

Alhamdullilah, diberi kesempatan untuk bersyukur dgn segala nikmatNya..Semoga yang baik-baik untuk kita semua ya.Amin yra..

Dua hari lepas,diberi kesempatan mengurut di Ward Executive Hospital Putrajaya.Alhamdullilah..Tahniah untuk En Farhan & isteri atas kelahiran anak yang pertama.Sebelum balik berpantang di Muar,sempat mengurut utk pulihkan semangat & buang angin utk rawatan ibu bersalin.

Utk pengetahuan semua,En Farhan mula ambik terapi urutan tradisional mengurut isterinya sejak kandungan isterinya berusia 5 bulan.Bersyukur segala proses kelahiran dipermudahkan.Amin yra..

Jadi untuk mommies semua yang tercari-cari terapi tradisional boleh whatapps/dm & call utk sebarang pertanyaan.Yang nk mgurut badan pun jgn malu2..insyaAllah kita ikhtiar amalan urutan tradisional.







Assalamualaikum & Selamat Tengahari Berakhir sudah bulan Oktober,selamat datang November.Semoga bulan ini baik-baik lah ...
06/11/2019

Assalamualaikum & Selamat Tengahari

Berakhir sudah bulan Oktober,selamat datang November.Semoga bulan ini baik-baik lah kehendaknya.Amin yra

Hari ini baru ada kesempatan utk upload kata-kata semangat dripda kesayangan Diana semua.Terima kasih juga yg borang sampai 3 botol minyak..Masih setia bersama UTWB..

Untuk slot November ,tempahan mengurut boleh buat mcm biasa ya.Jgn tunggu sampai badan masuk angin.Hilang mood nk bercuti nanti .😄

Yang cari barang pantang,minyak urut Aboleh terus call/whatapps Diana juga ya.Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kalian semua.Amin yra






Assalamualaikum dan Selamat Tengahari Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang menyokong UTWB. Tempahan mengurut unt...
03/11/2019

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari

Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang menyokong UTWB. Tempahan mengurut untuk hari ini telah penuh. Insyaallah, tempahan utk hari Isnin hingga Jumaat masih ada.

Untuk tempahan mengurut minggu depan, tuan/puan/sis boleh whatapp ke nombor Diana 019-3970195.

Kat sini juga Diana nak bgtw yg UTWB ada jual set berpantang dan juga set param/pilis buatan traditional orang kampung.

Kesemua produk ini buatan tangan dan tiada bahan campuran kimia. Insyaallah selamat digunakan.

Utk pembelian barang-barang set pantang dan set param/pilis pun boleh whatapp ke nombor Diana ditalian 019-3970195.

Diana mendoakan semua urusan kalian dipermudahkan oleh Allah SWT.

Salam Zohor

Diana
019-3970195








28/09/2019

Alhamdullilah,

Di sebalik ujian dugaan kehilangan keluarga tersayang.Masih ada rezeki yang Allah tuliskan.Syukur.Amin yra.

Terima kasih kepada semua customer Diana yang booking berurut dgn Diana minggu ni ya.
Segala kesulitan yang berlaku,Diana mohon ampun ya jika ada yg terpaksa batalkan minit akhir.InsyaAllah kita jumpa minggu depan ya.

Semoga Allah murahkan rezeki kalian dan merahmati kita semua.Amin yra

Salam hormat
❤️

23/09/2019

Assalamualaikum w.b.t,

Sedikit makluman untuk kesayangan Diana.Selain mengurut badan,Diana juga sekarang dapat banyak permintaan untuk mengurut orang yg mengalami masalah saraf.Antaranya yang baru lepas atau sedang menjalani proses chemotherapy,jatuh dan mengalami patah ,yang baru lepas operation ,masalah badan berangin ,angin ahmar dan sebagainya.

Dimaklumkan juga,sebarang urusan tempahan booking mengurut hanya melalui satu pihak sahaja iaitu berurusan terus dengan Puan Diana.Kami,UTWB juga sangat menjaga kualiti urutan bersama terapi urutan tradisional berserta minyak urut tradisi turun temurun.UTWB hanya mempunyai seorang terapi tradisional iaitu Diana sendiri.UTWB tidak akan menghantar/passkan customer yg telah booking kepada tukang urut yg lain seperti kebiasaan customer lalui dgn tukang urut lain terutamanya bila proses urutan pantang.

Jadi di sini, kualiti urutan menjadi ukuran bukannya volume customer yg kebanyakkan tukang urut lain buat.Baru berbaloi dengan bayaran yg dibuat dan puas hati.InsyaAllah.

Proses kesembuhan selepas mengurut segalanya atas izin Allah s.w.t dan mengurut adalah salah satu ikhtiar merawat anggota badan yang mengalami kesakitan.

Diharap segala info ini dapat membantu tuan/puan dalam mencari terapi urutan tradisional cara kampung.
Segala kerja dan tuntutan mengurut adalah ibadah.

*Disclaimer *
Diana menjawab segala pertanyaan soalan daripada kesayangan Diana ya.❤️

Sekian,terima kasih

Puan Diana
019-3970195








Perkongsian memecahkan angin cara tradisional .Selamat mencuba ❤️
22/09/2019

Perkongsian memecahkan angin cara tradisional .Selamat mencuba ❤️

Memecahkan angin dalam urat saraf

Bahan-bahan Air cekur:

2 genggam cekur / kencur
1 genggam halia
1 genggam beras yang sudah dicuci dan direndam selama 3 jam
1 ketul gula Melaka kecil
1 sudu teh kecil bunga cengkih.

Caranya :

Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.

Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.

Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.

Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.

Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.

Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.

Biarkan sejuk sebelum masuk botol.

Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.

Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing. Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan. Jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam. Pastikan juga minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.

Selain membuang angin, air kencur juga membantu menyembuhkan kembung perut, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah

Perkongsian untuk semua! Lelaki pun wajib tahu. Sayang isteri,sayang suami .Pengorbanan yang besar untuk isteri.Hargai i...
21/09/2019

Perkongsian untuk semua!

Lelaki pun wajib tahu. Sayang isteri,sayang suami .Pengorbanan yang besar untuk isteri.Hargai isteri ya para semua sekalian 💐

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Amin yra
18/09/2019

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Amin yra

Kesihatan

Ini pokok sireh cina, jgn buang, pokok ajaib dr Allah
Rebus bersama akar nya, harba sihat utk sakit lutut n sendi, gaot, cuci buah pinggang, kencing manis d.tinggi, cuci peranakan. Rebus 15 min mendidih matikn api, klu bnyk simpan dlm petiais, hilangkn sejuk baru minum @ +air pnas, minum suam lbh mujarap. Saya ada saraf n sendi, dh minum hampir 7 bln, 2 bln minum pagi mlm x perlu ambik saraf, d.tinggi pun dh x de. Saya tanam berpasu2 supaya x putus bekalan. Senang hidup.

Kredit : cindy dila

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Pagi,Alhamdullilah, Selesai sesi mengurut petang & malam semalam.Petang di Country Heigh...
18/09/2019

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Pagi,

Alhamdullilah,

Selesai sesi mengurut petang & malam semalam.Petang di Country Heights & malam di Sri Ixora Apartment Kajang.
Walaupun cuaca masih lagi dalam keadaan tak baik, UTWB masih beroperasi.
Slot petang sesi urut satu badan , slot malam sesi urut satu badan dan tungku.
Syukur,dapat tunaikan tanggungjawab mengurut seperti yg diminta.

Terima kasih kepada customer yang sabar menunggu utk slot mengurut.Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua.
Slot khamis dan jumaat masih ada kosong.Yang mencari terapi /perawat tradisional boleh msg/whatapps/dm Diana ya.
Insyallah,Diana reply satu persatu ya.

Semoga Allah merahmati kalian semua .Amin yra.

Address

Bangi
43650

Opening Hours

Monday 17:00 - 19:00
20:30 - 22:30
Tuesday 17:00 - 19:00
20:30 - 22:30
Wednesday 17:00 - 19:00
20:30 - 22:30
Thursday 17:00 - 19:00
20:30 - 22:30
Friday 17:00 - 19:00
20:30 - 22:30
Saturday 09:00 - 11:00
15:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 11:00
15:00 - 17:00

Telephone

+60193970195

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urutan Tradisional Wanita Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Urutan Tradisional Wanita Bangi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram