
31/08/2025
🇲🇾 *Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68*!🇲🇾
Pada tanggal 31 Ogos 2025 | 7 Rabiulawal 1447H, marilah kita bersama-sama mengenang perjuangan para pejuang tanah air yang telah mengorbankan tenaga, masa dan nyawa demi kemerdekaan negara tercinta.
Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga membawa erti kebebasan dalam membina jati diri bangsa, memartabatkan agama, dan memperkukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum.
Sebagai warga Malaysia, mari kita terus menjaga keamanan, mengisi kemerdekaan dengan ilmu, amal soleh dan nilai integriti yang tinggi. Semoga Malaysia terus diberkati, makmur dan sejahtera di bawah lindungan Allah SWT. 🌺
Ikhlas daripada:
Warga Kerja Optom Eyecare, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
✨ Merdeka! Merdeka! Merdeka!