
04/03/2025
Harga Kebodohan Kadangkala Percuma – Tetapi Kos Kesihatan Tidak
Semalam, saya terbaca satu kisah yang patut dijadikan pengajaran buat semua – terutama mereka yang bekerja dengan bahan kimia di tempat kerja atau di rumah.
Seorang individu berkongsi pengalamannya mencuci tandas dengan mencampurkan Clorox dan pencuci lantai, tanpa sedar bahawa gabungan ini menghasilkan gas beracun yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Akibatnya, dia mengalami batuk teruk, mata dan hidung berair, serta perlu mendapatkan rawatan kecemasan di klinik. Nasib baik, keadaannya masih di peringkat awal keracunan gas, tetapi doktor tetap mengingatkannya untuk segera ke hospital jika mengalami kesukaran bernafas.
Ini bukan kes terpencil. Banyak bahan pencuci rumah mengandungi bahan kimia yang boleh berbahaya jika dicampur. Dalam industri p**a, pendedahan kepada gas atau bahan kimia berbahaya sering berlaku akibat kurang kesedaran, latihan yang tidak mencukupi, atau sekadar overconfidence.
Sebagai pengamal perubatan dalam kesihatan pekerjaan, saya sering melihat kes di mana pekerja mengabaikan keselamatan kimia kerana “nak buat kerja cepat” atau kerana “dah biasa”. Hakikatnya, kesilapan kecil boleh membawa padah besar.
Beberapa pengajaran dari insiden ini:
✅ Jangan campur bahan kimia sesuka hati. Sentiasa baca label dan fahami kesannya.
✅ Pastikan pengudaraan mencukupi. Ruang tertutup meningkatkan risiko terhidu gas berbahaya.
✅ Gunakan PPE yang sesuai. Sarung tangan dan pelitup muka boleh membantu mengurangkan pendedahan.
✅ Jika terhidu gas beracun, segera dapatkan bantuan perubatan. Jangan tunggu sehingga simptom menjadi teruk.
Di tempat kerja, majikan bertanggungjawab memastikan pekerja memahami risiko bahan kimia yang digunakan. Keselamatan bukan sekadar mematuhi SOP, tetapi tentang menjaga nyawa.
Jangan sampai harga kebodohan menjadi terlalu mahal untuk dibayar.
Harga kebodohan itu kadangkala ianya percuma.
Semalam,aku nak cuci tandas bawah,tempat puan isteri mandi,aku dah janji dengan dia yang aku nak bersihkan beberapa hari lepas,tapi disebabkan kebizian yang melampau aku buat semalam.
Semangat dah ada,bahan-bahan dah siap,pencuci lantai,klorox berus semua dah siap,aku siap bergurau lagi dengan puan isteri sebelum nak cuci lantai.Tapi disebabkan bodoh dan tak terfikir yang clorox+pencuci lantai = bau chemical yang teramat pedih hingga menyebabkan kesukaran bernafas,aku siapkan juga bersihkan toilet,tapi dalam masa yang sama aku terbatuk,terbelahak,kahak,hingus berair mata semua keluar.
Settle cuci aku start kereta terus ke klinik,sampai sana bila aku cakap aku terhidu bahan beracun terus dia heret aku masuk bilik emergency check,tahap oksigen,check paru-paru,check darah tinggi semua lah.
Alhamdulillah masih diperingkat awal keracunan gas/bau chemical kuat.Doktor sarankan aku kalau jadi apa-apa macam kesukaran bernafas terus ke HKL.Doktor sumbat oksigen 20minit then terus bagi aku ubat.
Tapi serius weii korang jangan buat macam aku,serius rasa bodoh sampai ke hari ni tindakan aku semalam.
Aku ingat bila campur lagi cepat lah boleh clearkan lantai semua.rupanya kalau buat gitu lagi cepat pindah alam.ciss.
Next time aku beli ni je settle terus: https://s.shopee.com.my/AKMAjBTs3s 💪🏽
Kredit: FB Smith Ryder