28/03/2024
TESTIMONI
Berikut 2 testimoni terbaru berkaitan isu ketiadaan pelanggan secara drastik sehingga sales terjejas di premis perniagaan SPA dan klinik.
Seperti biasa testimoni yang saya lampirkan di dalam posting-posting sebelum ini dan yang terbaru ini bukanlah pengakuan yang diminta tetapi screenshot dari perbualan saya dengan mereka. Saya seronok jika tiba-tiba dihubungi menyatakan perubahan baik yang berlaku. Sebenarnya banyak testimoni tentang akuan sihat dan pulih datang daripada mulut pesakit secara face to face. So yang macam tu tiada bukti untuk ditunjukkan.
Apa pentingnya saya sering tunjuk screenshot perbualan dari pesakit? Semestinya untuk yakinkan orang yang baru ingin berjumpa dengan saya. Yang pasti screenshot perbualan adalah benar walaupun isinya ringkas tapi tanpa paksaan dan yang pasti bukan rekaan dan hype. Next time saya akan tunjukkan p**a video ringkas situasi pesakit yang menerima rawatan. Bagaimana tindakbalas rawatan - menjerit, pengsan, muntah, mata merah, mengilai, sendawa kuat, mengaum, bersilat, menyanyi dan sebagainya.
Berbalik kepada isu ketiadaan pelanggan secara tiba-tiba. Sebenarnya daripada 10 kes yang ada isu sedemikian saya dapat sahkan hanya 20% yang benar-benar genuine atau mempunyai unsur gangguan. Ramai yang akan hubungi nak pagar kedai, pelanggan mereka mengadu tak nampak kedai, staf nampak benda halus berkeliaran dalam kedai dan macam-macam lagi.
Kenapa hanya 20% yang benar ada unsur gangguan? Kerana kebanyakannya salah diagnose oleh perawat sebelumnya. Dah puas panggil pelbagai perawat pagar kedai namun hakikat sebenarnya masalah bukan di dalam kedai tapi berpunca dari gangguan dalam badan sendiri seperti ada unsur saka atau mereka yang sebenarnya 'menyihir' kedai sendiri kerana tidak menjaga staf dengan baik, interior yang tak cantik, pengurusan yang tiada SOP dan pelbagai lagi.
Sebab itu apabila ada pesakit yang minta saya datang ke kedai atau premis perniagaan ada kemungkinan saya bukan terus pagar/memulihkan kedai tetapi tuan badan dulu yang perlu dipulihkan. Seperti 2 kes di bawah saya boleh terima yang memang wujud unsur gangguan di kedai. Bermula dengan merawat pemiliknya baru appointment seterusnya untuk pemulihan kedai.
Inna Allaha maas sobiriin
Jika ada masalah yang serupa bolehlah hubungi admin.
Terima kasih.
Admin Mua'az
wasap.my/60192633269