Harum Sery Ratu - HQ

Harum Sery Ratu - HQ Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Harum Sery Ratu - HQ, Aromatherapy service, 47-1, Jalan 7/7A, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Bangi.

"DAPATKAN FREE EXTRA SAMPLE KHAS UNTUK AGENT" - Gritz buka peluang untuk 20 ORANG jadi business partner jualan Aura Body...
13/11/2024

"DAPATKAN FREE EXTRA SAMPLE KHAS UNTUK AGENT"

- Gritz buka peluang untuk 20 ORANG jadi business partner jualan Aura Body Wash 7 Wonders
- Modal min beli 5 botol dengan diskaun 25% ! Best kan ?
- dapat FREE 2 BOTOL SAMPLE

Nak tau lebih details tekan link di bawah

14/02/2021

Harum Sery Ratu telah rebranding kepada 7 Wonders. Layari page Gritz Essential Oils untuk update terkini..

12/11/2020

𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐋𝐀, 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐁𝐀𝐁, 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.
Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita pernah mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia boleh menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐁𝐀𝐁 𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐋𝐀

Berikut adalah keadaan yang menyebabkan sakit kepala :
• Tekanan (tension headache).
• Kemurungan
• Migrain (pengecutan salur darah)
• Penyakit serta ketegangan dalam mata.
• Sakit gigi dan tulang rahang.
• Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
• Kejang otot.
• Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
• Angin Ahmar
• Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
• Tekanan Darah Tinggi
• Pengambilan dadah dan racun

𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍

Rawatan bergantung kepada penyebab :
• Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau
Asprin.
• Cuba teknik bertenang dan urutan.
• Jika migrain, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda
dan ubah suai pemakanan anda.
• Tangani tekanan anda dengan baik.
• Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
• Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀 𝐃𝐎𝐊𝐓𝐎𝐑.

Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
• Demam.
• Pening kepala yang kuat pada umur melebihi 40 tahun.
• Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang
ringan.
• Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
• Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
• Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
• Selepas kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.
• Kejang tengkuk/leher.
• Khayal/lali.
• Sawan.
• Rasa lemah dan kebas.
• Kabur penglihatan atau buta.
• Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau
awal pagi.
• Loya, muntah.
• Hilang selera makan dan susut berat badan.
• Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV

𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍

• Tangani tekanan anda dengan baik.
• Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
• Pemakanan seimbang.
• Kerap bersenam.
• Berhenti merokok.
• Amalkan gaya hidup sihat

𝐒𝐎𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐙𝐈𝐌

Perlukah saya menjalani pemeriksaan CT-brain?
Keutamaan diberikan kepada kes-kes yang mempunyai tanda-tanda amaran 'red flag' atau menunjukkan tanda-gejala jangkitan atau ketumbuhan dalam otak .
Kajian CT-brain mendapati hanya satu peratus pengidap sakit kepala menunjukan keputusan kajian yang positif.
Ketumbuhan dalam otak adalah penyebab utama Headache/Sakit kepala, ya atau tidak?

TIDAK
Penyebab utama sakit kepala adalah disebabkan ketegangan 'tension headache'.

𝐎𝐥𝐞𝐡 : 𝐃𝐫. 𝐉𝐚𝐦𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡

Kindness. Always be our priority
04/11/2020

Kindness. Always be our priority

03/11/2020

Harum sery ratu sentiasa di hati 😍

𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸  𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗽𝗮𝗴𝗶 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵;-1. 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿..𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿…𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿..Bersyukur sebab a...
30/10/2020

𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗽𝗮𝗴𝗶 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵;
-
1. 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿..𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿…𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿..
Bersyukur sebab anda masih diberikan peluang untuk meneruskan hidup. Anda juga masih diberikan kesempatan untuk melakukan yang terbaik pada hari ini, lebih baik daripada hari kelmarin.

2. 𝗧𝗲𝗸𝗮𝗱 𝗕𝗲𝗿𝗺𝗼𝘁𝗶𝘃𝗮𝘀𝗶
Pasang niat dalam hati yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel motivasi-motivasi pendek dan bacalah dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan baca news paper, jangan baca gossip-gossip ataupun sebarang aktiviti mengumpat bersama kawan-kawan. Sebabnya, ia akan mengeluarkan energy negative lalu menghalang anda daripada bermotivasi sepanjang hari.

3. 𝗗𝗲𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗿𝗶 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗠𝗼𝘁𝗶𝘃𝗮𝘀𝗶
Luangkan masa 3-5 minit untuk memberi motivasi kepada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak dijaga ia mudah turun. Kesannya anda menjadi lemah semangat.

4. 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗔𝗽𝗮 𝗝𝘂𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗕𝘂𝗮𝘁, 𝗠𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗶𝘀𝗺𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵..
Bila anda mula punch kad untuk nak masuk kerja, mulakanlah dengan baca Bismillah.., moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuatkan anda lalai dan mengantuk.

5. 𝗦𝗲𝘁 𝗧𝗮𝗿𝗴𝗲𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila keluar rumah ke tempat kerja.. Kita tak tahu apa yang kita nak capai pada hari ini, betul tak? Kita hanya nak sampai di sana bekerja lepas tu nanti petang, balik rumah dan berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi bangun dan perkara yang sama berulang lagi.
Hidup anda bagai dalam 1 bulatan..situ-situ saja..
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai. Lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari perniagaan anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ini dalam bidang bisnes anda.

6. 𝗟𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗪𝗮𝗿𝗻𝗮 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗵
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuatkan kita lebih energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari lihat warna-warna yang cerah seperti merah, kuning, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri. Berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗛𝗮𝘁𝗶 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗮𝗳𝗮𝗻
Lupakanlah kisah semalam yang pedih. Lepaskanlah semuanya..Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan kesemuanya dari dahulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Salam Jumaat 😘😘😘

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.Ya Allah, kami memohon agar dapat mencintai RasulMu, mencintai oran...
29/10/2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

Ya Allah, kami memohon agar dapat mencintai RasulMu, mencintai orang-orang yang mencintai RasulMu dan mencintai amal RasulMu yang dapat mendekatkan diri kami kepada cintaMu.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن.

"Belajarlah untuk melepaskan, bukan hanya untuk kebaikan kita tapi untuk kebaikan orang lain".Choose To Shine 🤩
22/10/2020

"Belajarlah untuk melepaskan, bukan hanya untuk kebaikan kita tapi untuk kebaikan orang lain".

Choose To Shine 🤩

Address

47-1, Jalan 7/7A, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60387402524

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harum Sery Ratu - HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram