
14/03/2025
Semua Ahli GAYONG sedia maklum akan pertemuan bersejarah diantara Pahlawan Mat Kilau dengan Arwah Dato Meor Abdul Rahman ( ADMAR ) bersama rombongan Gayong pada 1969.
Rombongan itu terdiri daripada 5 orang iaitu ADMAR, Cikgu Majid Mat Isa, Arwah Cg Siti Kalsom, Cg Khir Saad dan saudara ADMAR seorang perempuan, kalau tak salah sepupu atau adik Ipar ADMAR.
Setibanya ke rumah Pahlawan Mat Kilau. Rombongan tersebut dijemput naik ke atas rumah kerana pada waktu itu Pahlawan Mat Kilau sudah dalam keadaan uzur kerana sakit tua. ADMAR telah bertanyakan kepada Mat Kilau
” Aki..Aki kenal tak Syed Zainal Al Attas salah seorang Pahlawan Pahang? “ sambil Mat Kilau mnerenung wajah ADMAR lalu di jawab
” Oo..Kenal..orang panggil Tok Janai..dia adalah guru saya”.
Lantas ADMAR pun berkata
” Aki saya ni Cucu Syed Zainal Al-Attas, Ayah saya Daeng Uda Mohd Hashim dan Bonda saya Shariffah Alluyah anakanda Syed Zainal al-Attas..”
Dalam waktu yang sama air mata Pahlawan Mat Kilau mengalir…
“Aki..saya sekarang mengajar Silat Seni Gayong..” Kata ADMAR
“Aki nak tengoklah macam mana permainan Silat Gayong” jawab Mat Kilau.
Lalu ADMAR mengarahkan Cikgu Majid dan Cikgu Khir Saad mengusung Mat Kilau di bawa ke Tanah bagi di persembahkan permainan Silat Seni Gayong. Dalam persembahan itu ADMAR mengarahkan Cikgu Majid bermain pentas Keris bersama Cikgu Khir Saad dan selepas itu cikgu Majid berpasangan dengan Arwah Cg Siti Kalsom bermain pentas pisau.
Setelah menyaksikan persembahan permainan Silat Seni Gayong dan Penyampaikan Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong kepada Pahlawan Mat Kilau oleh ADMAR..
Pahlawan Mat Kilau sekali lagi menitiskan air mata..lantas keluarlah dari mulutnya pantun yang berbunyi,
"Gayong Bergayut Kata Bersahut Biduk Berlalu Kiambang Bertaut"
Selain pantun atau ucapan ini tiada lagi kata-kata yang diucapkan oleh Pahlawan Mat Kilau kepada rombongan tersebut. Tiada kata-kata dari Mat Kilau selain kata -kata di atas .
Inilah sejarah sebenar apa yang berlaku semasa pertemuan ADMAR dengan Pahlawan Mat Kilau. Cerita ini disampaikan sendiri oleh Ayahanda Dato Raja Abdul Majid selaku salah seorang individu yang terlibat dalam peristiwa tersebut.
Kredit Artikel : Tuan Komando
Jangan lupa saksikan filem Gayong : Membujur Lalu Melintang Patah, arahan Faisal Ishak yang dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip dan Yayan Ruhian, yang akan memulakan tayangannya pada 8 Mei 2025...!!!