03/09/2020
Kursus Penulisan Kreatif (Cerpen) (Jika Sehari/Minimum 8 Peserta)
Kursus Bersijil Penulisan Kreatif Institut Alam Dan Tamadun Melayu UKM (ATMA). Sasaran buat peminat penulisan cerpen. Khusus untuk memberi pendedahan kepada peserta asas penulisan kreatif, kepengarangan, yang akhirnya akan membolehkan peserta menghasilkan karya cerpen.
Objektif Kursus:
• Untuk mencungkil bakat penulisan
• Mendekatkan dunia sastera Malaysia kepada khalayak dan masyarakat
• Melahirkan komuniti pengarang kreatif
Pengajar / Pembimbing:
Mohd Faizal Bin Musa (Faisal Tehrani)
Felo Penyelidik,
Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
Yuran Penyertaan: RM 500.00
Kursus Penulisan Kreatif (Novel) (Jika Sepenggal/Minimum 6 Peserta)
Kursus Bersijil Penulisan Kreatif Institut Alam Dan Tamadun Melayu UKM (ATMA). Sasaran buat peminat penulisan novel. Khusus untuk memberi pendedahan kepada peserta asas penulisan kreatif, kepengarangan, yang akhirnya akan membolehkan peserta menghasilkan novel. Kursus sepenggal ini mengambil masa 6 minggu (pada setiap Sabtu tetapi waktu anjal untuk dirundingi). Kursus ini disasarkan kepada semua lapisan masyarakat yang berminat untuk menulis novel.
Kursus ini merupakan satu usaha ATMA untuk mendekati masyarakat awam dan berkongsi kepakaran yang ada di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan massa. Ia memberi pendedahan kepada peserta asas penulisan kreatif, kepengarangan, dan akhirnya akan membolehkan peserta menulis sebuah novel. Tiada had umur untuk peserta. Butiran kursus adalah seperti berikut:
Tarikh Kursus: Berdasarkan ketentuan rundingan mengikut minimum peserta
Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang (Setiap Sabtu/Waktu anjal boleh berubah)
Tempat: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
YURAN PENYERTAAN: RM 2000 (Yuran untuk 6 sesi bimbingan rapat (close coaching) termasuk modul bahan kursus, makanan, sijil dan cenderamata)
PENGAJAR/PEMBIMBING Mohd Faizal Bin Musa (Faisal Tehrani) Felo Penyelidik, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia
Maklumat Lanjut dan pendaftaran sila hubungi: No. Tel: 03 89215280 03 89214737 03 89213492 Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia
Web: www.atma.ukm.my Fb Page: https://www.facebook.com/sijilpenulisankreatif