13/02/2024
Bila dipersoal sesuatu amalan tu ramai menjawab perkara baik apa salahnya kalau nak buat..
Ini sebenarnya berkait dengan tidak maklum dengan prinsip asas dalam Islam iaitu SETIAP AMAL IBADAT MESTI ADA DALIL BARU BOLEH BUAT kerana asasnya beramal itu tidak boleh dan HARAM kecuali ada dalil. Sedangkan SETIAP perkara dalam MUAMALAT adalah HARUS dan perlu DALIL untuk mengharamkan.
Ini termasuk mengkhususkan perkara ibadat ditempat tertentu yang tak ada dalil khusus.Kalau kita buat kerana kebetulan ada kesesuaian tempat dan masa seperti solat dibawah pokok itu tak mengapa.Tetapi kalau kita khususkan mesti solat dibawah pokok ini setiap kali masa sembahyang ...atau khususkan solat dibuat atas jambatan atau tepi sungai maka ini tidak boleh Lagipun jika ada dalil yang tidak membolehkan lagi lah TIDAK BOLEH.
Prinsip ini selalu ditegaskan oleh almarhum Sheikh Yusof Qardhawi dalam banyak kitab-kitabnya.